Ingatan tersebut masih baru lagi. Kalau orang meninggal dunia, kita kata tanah kubur masih merah lagi, yang hidup sudah berperang berebut harta. Begitu juga dalam kes di Selangor. Kata-kata Tuanku masih lagi terngiang-terngiang di telinga kita semua, tapi PKR tetap buat hal juga.
Hari ini Ketua Polis Selangor menasihatkan supaya orang ramai tidak menyertai mana-mana demonstrasi haram yang dijangka diadakan di Petaling Jaya dan Shah Alam hujung minggu ini bagi mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. (rujuk di sini)
Daripada apa yang saya tahu, hari ini, selepas Solat Jumaat, pemuda PKR Selangor akan menganjurkan satu perhimpunan haram jadah di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam. Perhimpunan tersebut bertujuan untuk mendesak agar perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dibicarakan serentak di Mahkamah Syariah. Perhimpunan yang sama juga telah diadakan minggu lepas di Masjid Seberang Jaya P.Pinang yang juga terletak dalam Parlimen Permatang Pauh. (rujuk di sini)
Di sebelah malam pula saya difahamkan satu forum 'liwat' akan diadakan di Taman Sri Manja,Petaling Jaya. Tak semena-mena kerajaan Selangor terkait dalam dua perhimpunan haram di Selangor hari ini.
Kedua-dua perhimpunan diatas tidak mendapat permit dari polis, walaupun mereka telah memohon dan membuat rayuan kepada Polis Selangor. Saya difahamkan oleh seorang rakan wartawan, polis menolak permohonan mereka kerana kes liwat B.A.B.I (Bung Anwar Bin Ibrahim) sedang berjalan di Mahkamah.
Mana mungkin satu-satu kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah, tiba-tiba kita memandai-mandai pula 'bicara' kan di luar Mahkamah. Kalau tak puas hati berentaplah dalam gelanggang (Mahkamah) yang disediakan. Ini tidak, kes Mahkamah minta gugur, kemudian duduk melalak-lalak macam anjing gila di luar kononnya dia tak bersalah.
Kepada Khalid Ibrahim, anda sebagai MB tolonglah cerdik sikit. Anda kena ingat, PKR sudah jadi kerajaan di Selangor sekarang. Bukannya masih pembangkang lagi. Jadi , tunjuklah contoh yang baik sebagai sebuah kerajaan. Bukannya turut sama bersekongkol dalam perhimpunan haram.
Kata orang tua-tua kepada anak lelakinya yang baru berkahwin atau yang baru dapat anak "hang dah jadi laki orang la ni" atau "hang dah jadi pak orang la ni, janganlah bingai-bingai lagi"
Begitu juga kata saya kepada Khalid Ibrahim " hang dah jadi kerajaan la ni, janganlah dok bengong lagi, jagalah budak-budak hang dan negeri hang elok-elok". Kerja-kerja membangkang biar BN yang buat, kerana mereka menjadi pembangkang sekarang.
Sebagai seorang ketua sebuah kerajaan negeri, sepatutnya Khalid Ibrahim berkerjasama erat dengan polis dalam menjaga keselamatan dan keamanan negeri yang dipimpinnya. Bukannya bersubahat dengan cicak-cicak mengkarung atau pendekar tempang yang suka menganjurkan perhimpunan haram.
Khalid jangan bagi alasan kononnya beliau tidak tahu tentang dua perhimpunan haram hari ini. Mustahil sebagai MB beliau tidak diberitahu oleh orang-orang beliau sendiri atau oleh Polis Selangor. Tetapi sehingga kini, tiada satu kenyataan pun yang dikeluarkan oleh Khalid Ibrahim untuk menasihatkan orang-orangnya agar tidak terlibat dalam perhimpunan haram hari ini.
Tunjukkan contoh yang anda seorang pemimpin yang lebih baik dari BN, bukannya lebih teruk. Tetapi tidak, nampaknya memang kerajaan PKR lebih teruk daripada kerajaan BN yang memerintah Selangor dulu. Bab kutuk BN, PKR memang nombor satu, tetapi mereka sendiri bila diberi amanah, ternyata seratus kali lebih teruk.
Rakan saya juga mengulas perkara yang sama di sini.






