Sunday, February 15, 2009

MIMPI INDAH 16 SEPT JADI MIMPI NGERI 4 FEB...





Saya rasa masih belum terlambat bagi saya untuk “tumpang semangkuk” dalam kemelut politik yang melanda Negeri Perak Darul Ridzwan.Selepas sahaja selesai pilihanraya umum 2008,saya ada memberitahu kepada beberapa orang sahabat saya,yang mana Kerajaan Pakatan di Selangor dan Perak akan “runtuh” sebelum sampai habis penggal ini.Tetapi ada sahabat saya yang menafikan dan ada juga yang tidak memberi apa-apa komen terhadap kata-kata saya itu.Saya berani berkata begitu kerana saya lihat Pakatan yang mereka jalinkan pada masa itu adalah “pakatan cap ayam” bukannya pakatan berkualiti seperti Barisan Nasional.Akhirnya kata-kata saya itu menjadi kenyataan pada 4.Feb.2009.Pada masa sekarang hanya satu negeri sahaja,dan saya tetap yakin satu negeri lagi pun akan menjadi kenyataan juga.Hanya masa sahaja yang menjadi penentu.

Berbalik kepada kisah yang berlaku di Perak mutakhir ini….

Penderhakaan Nizar Jamaluddin merupakan satu lagi episod yang amat memalukan orang-orang Melayu.Mengikut sejarah Melayu hanya dua kali orang Melayu derhaka kepada Raja Melayu.Itu pun tanpa dengan perasaan bongkak membuat pengisytiharan secara terbuka seperti mana yang dilakukan oleh Mantan Menteri Besar Perak.Dua kali tersebut dilakukan oleh Sang Rajuna Tapa di Singapura dan sekali lagi penderhakaan Hang Jebat di Melaka.Kesan daripada penderhakaan itu membawa kepada keruntuhan empayar Melayu

*Tindakan Sang Rajuna bersubahat dengan Majapahit menyebabkan Kerajaan Temasik (Singapura) runtuh.Sehingga kini ,Singapura terus terlepas ke tangan bukan Melayu.

*Tindakan Hang Jebat pula membawa kepada perpecahan orang Melayu di Melaka sehingga menyebabkan Kerajaan menjadi lemah dan akhirnya dijajah oleh Portugis.Peristiwa itu membuka kepada episod penjajahan Barat,dan akibatnya sehingga kini Melaka kehilangan Sultan.

*Penderhakaan terbuka yang dilakukan oleh Nizar ini,menyebabkan segelintir orang-orang Melayu terikut sama menderhaka kepada seorang Sultan yang mempunyai ilmu yang sangat tinggi.Belum pernah berlaku selepas Negara menikmati Kemerdekaan 52 tahun rakyat bertindak menyekat kenderaan yang dinaiki oleh seorang Raja.Inilah akibatnya bila pengikut terlalu taksub sangat kepada ketua mereka yang terlalu “maksum” itu dan sanggup melakukan perkara-perkara “bidaah”.Implikasinya mungkin kita akan dapat saksikan kemudian hari.

Berbalik kepada apa yang berlaku di Perak sepanjang bulan Januari dan Febuari ini.Ianya bermula daripada tindakan ADUN BN kawasan Bota memasuki PKR.Pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang bukan main gembira lagi meraikan kemasukan Datuk Nasharuddin ini.Mereka “menghalalkan” tindakan ini,atas alasan berhijrah kearah kebaikan dan dengan angkuh mereka menggambarkan seolah-olah UMNO sebagai sebuah kapal yang akan karam pada bila-bila masa.Nizar pula tak henti-henti mengatakan ada lagi beberapa ADUN BN di Perak akan turut sama menyertai Pakatan Pembangkang untuk mengukuhkan Kerajaan pimpinan beliau di Perak.Alasan demokrasi turut digunakan oleh Nizar untuk “menghalalkan” tindakan ADUN Bota ini dan beberapa lagi ADUN yang bakal menyusul kemudian.

Sehari dua selepas itu kita kedengaran bahawa dua ADUN PKR yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) hilang.Pada hari sabtu 31.Jan.2009,Nizar menafikan dua ADUN berkenaan hilang atau “diculik”dan beliau mengatakan bahawa ADUN Changkat Jering ,Kapten (B) Osman ada kelihatan bersembahyang Jumaat di Ipoh pada 30.Jan.2009.

Pada hari Ahad 1.Feb.2009,Nizar resah kembali dengan meminta dua ADUN berkenaan menyatakan pendirian mereka.Dalam masa yang sama di Kuala Lumpur,Perdana Menteri ketika ditanya oleh wartawan mengenai desas-desus ADUN berkenaan akan menyertai BN ,menjawab kita akan terima mereka jika mereka berminat bersama BN,tidak kira berapa orang.Dua orang,sepuluh orang atau dua belas orang kita akan terima.Itulah jawapan daripada Perdana Menteri kepada wartawan-wartawan di majlis sambutan Hari Wilayah.

Pada sebelah petangnya sekali lagi rakyat Malaysia terkejut dengan pengumuman daripada Speaker Dun Perak kononya ADUN Changkat Jering dan ADUN Behrang telah menghantar surat meletak jawatan sebagai ADUN kepada beliau.Pada malam yang sama juga kedua-dua ADUN berkenaan menafikan mereka meletak jawatan.Umum mengetahui yang surat-surat perletakan jawatan ADUN-ADUN berkenaan telah dibuat dan ditandatangani pada bulan Mac 2008 iaitu selepas pilihan raya umum.Surat-surat berkenaan digunakan sebagai “peluru” jika didapati ada ADUN-ADUN yang “melompat” parti.

Dua persoalan pelik yang bermain di fikiran saya dalam isu ini:-

1)BILAKAH ADUN-ADUN BERKENAAN MENGUMUMKAN MEREKA KELUAR DARIPADA PKR DAN MENYERTAI PARTI LAIN SEHINGGA MENYEBABKAN SPEAKER MENGELUARKAN SURAT PERLETAKAN JAWATAN YANG DIDALAM SIMPANAN BELIAU PADA 1.FEB.2009 ???

2)ADAKAH ANDA SEMUA TERDENGAR PIHAK BN MENGELUARKAN SURAT PERLETAKAN JAWATAN ADUN BOTA SEMASA BELIAU MENYERTAI PKR ??? SIAPA LEBIH DEMOKRASI ???

Alhamdullilah,kebenaran tetap menyebelahi pihak yang benar,SPR dalam mesyuaratnya pada 3.Feb.2009 mengumumkan surat perletakan jawatan dua ADUN yang berkenaan tidak sah dan mereka tetap kekal sebagai ADUN di kawasan yang berkenaan. Sudahnya dua ADUN berkenaan “berpatah arang berkerat rotan dengan PKR”.Orang sudah tidak perlukan kita lagi buat apa lagi kita hendak kekal di sana (PKR) ibarat “hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong”.Lantas dua ADUN berkenaan mengumumkan mereka bukan lagi ADUN PKR tetapi telah menjadi ADUN bebas.

ALLAH MAHA KAYA,ALLAH MAHA BESAR,tiada siapa dapat menduga atau melawan takdir ALLAH SWT.Sudah menjadi rezeki BN pada 3.Feb.2009 dua ADUN PKR yang berkenaan dan ditambah lagi rezeki BN dengan seorang ADUN DAP menghantar surat kepada Paduka Seri Sultan Perak dan memaklum kepada Baginda bahawa mereka bertiga sudah hilang kepercayaan kepada MB Perak pada ketika itu,iaitu Nizar Jamaluddin dan menjadi ADUN Bebas serta menyokong BN.Rezeki BN datang berganda lagi,seperti yang saya maklumkan diatas,tiada siapa dapat melawan takdir ALLAH,tiba-tiba sahaja ADUN Bota yang menyertai PKR sebelumnya kembali semula ke BN.Maka pada jam 4 petang,4.Feb.2009 bertempat di Putrajaya ,Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak,Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Barisan Nasional Perak dengan penuh gayanya mengumumkan BN telah mendapat majoriti mudah di DUN Perak dan boleh membentuk Kerajaan dengan sokongan tiga ADUN Bebas.Pada masa itu didalam benak fikiran saya terus terlintas “aku ingatkan Anwar Ibrahim yang akan membuat pengumuman begini pada 16.Sept.2008,yang lalu tetapi Najib yang pula yang buat pengumuman pada hari ini”.


444-angka begini tidak digemari oleh orang-orang Cina kerana membawa maksud yang tidak baik .Memang betul pun angka ini membawa maksud yang tidak baik kepada DAP,kerana dengan angka inilah Kerajaan mereka tumbang di Perak.Tetapi ianya menjadi angka yang bertuah kepada BN.Kenapa saya kata begitu ?

4 – empat orang ADUN menyokong BN(Changkat Jering,Behrang,Jelapang & Bota )

4 – jam empat petang pengumuman dibuat oleh TPM

4- peristiwa ini berlaku pada 4hb (4.feb.2009)

999 – angka ini selain menjadi nombor rasmi talian kecemasan ianya juga angka kegemaran orang-orang Cina kononnya membawa tuah,tetapi ianya juga menjadi angka yang tidak membawa tuah kepada Nizar dan DAP.Kerana angka inilah menjadi sebab utama Kerajaan Pakatan di Perak tersungkur.Iaitu pemberian tanah selama 999 tahun kepada penduduk-penduduk Kg.Baru di Perak.Sepertimana mana yang diketahui umum majoriti penduduk Kg.Baru adalah orang-orang Cina.


Kesimpulanya kita sebagai orang orang melayu yang beragama Islam angka apa pun sekali ianya tetap menjadi rezeki kepada kita,tidak kira angka 4 atau 9.Kerana angka 4 BN tawan perak,kerana angka 9 juga menjadi penyebab BN tawan Perak.

Nizar dengan angkuhnya setiap hari melaungkan-laungkan Kerajaan beliau adalah Kerajaan rakyat dan beliau dipilih rakyat.

Sedar atau tidak si Nizar ini bila bercakap,bila masa beliau dipilih oleh rakyat menjadi MB ? Beliau dipilih oleh Sultan.Sultan yang beliau derhaka itulah yang angkat beliau.Beliau sepatutnya berterima kasih kerana Perlembagaan Perak lah yang menyelematkan beliau dan layak menjadi MB.Jika tidak kerana Perlembagaan Perak yang menetapkan bahawa seorang MB mestilah Melayu beragama Islam,tidak merasa Nizar menjadi MB selama 11 bulan dan jawatan MB itu sudah tentu diisi oleh DAP.Jika Sultan dan Perlembagaan Perak telah mengangkat beliau menjadi MB,mengapa pulak Sultan dan Perlembagaan yang sama tidak boleh “menjatuhkan” beliau.

Nizar tidak perlu lagi hendak melaung-laungkan beliau dipilih oleh rakyat dan seluruh rakyat Perak bersama beliau.JANGAN BOHONG DAN JANGAN MAIN SENTIMEN RAKYAT !!!

:- PAS hanya ada 6 kerusi dun dan 2 kerusi parlimen sahaja di Perak

:- Nizar sendiri hanya mendapat 11,994 undi di dun Pasir Panjang.Inikah yang dinamakan dipilih oleh rakyat menjadi MB ? Bukannya beliau dipilih oleh berjuta rakyat Perak menjadi MB.Sultan yang pilih beliau.

:- Sedar atau tidak oleh Nizar bila beliau berkata seluruh rakyat bersama beliau ? Atau hanya kenyataan “syok sendiri”.Lupakah oleh Nizar bahawasanya
BN mempunyai 28 kerusi di dun Perak.


Oleh yang demikian tidak perlulah lagi Nizar nak “syok sendiri” kononya beliau saja yang ada rakyat.Seolah-olah BN tiada rakyat.28 kerusi dun itu adakah bukan rakyat yang pilih? Jangan ingat anda saja yang boleh keluarkan rakyat.BN pun boleh keluarkan rakyat,cuma BN tidak mahu keruhkan lagi keadaan bila kedua-dua belah pihak “rakyat” bertembung di jalan-jalan raya.

Jangan ingat bila beribu orang yang datang bersembahyang hajat atau mendengar ceramah di kediaman rasmi MB itu dijadikan ukuran rakyat perak bersama beliau.Saya berani katakan lima puluh peratus daripada yang hadir itu adalah orang-orang luar.

Sedarlah wahai saudaraku Nizar bin Jamalludin,ALLAH telah mentakdirkan sedemikian.Apabila ALLAH menarik balik rezeki anda,anggaplah ALLAH memberi kesempatan untuk menginsafi diri.Sepanjang 11 bulan berkuasa Nizar banyak melukakan hati Sultan dan orang Melayu.Beliau terikut-ikut rentak biadab sebahagian orang-orang sekeliling beliau yang sememangnya selalu rakus kuasa. Nizar juga tidak perlu menjadi alat kepada manusia yang baling batu sembunyi tangan.

Nizar sepatutnya bersyukur kerana telah diberikan peluang oleh Sultan Perak dan dengan Izin ALLAH SWT dapat juga beliau menjadi MB walaupun hanya untuk 11 bulan.Di luar sana beribu-ribu orang lagi yang menanti peluang hendak menjadi MB,tetapi mereka tidak berjaya.Rezeki Nizar juga bertambah semenjak menjadi MB kerana saya difahamkan beliau sedang membina sebuah rumah di Tapah sekarang.Sebelum menjadi MB beliau hanya menetap di rumah sewa.Sedarlah Nizar bahawasanya rezeki anda lebih baik daripada rezeki orang-orang lain.Janganlah kamu terlalu tamak.Ingatlah kuasa tidak membawa kita ke alam barzath,hanya kain putih,amalan kita,anak yang soleh dan sedekah jariah yang menjadi peneman kita di lubang kubur nanti.

No comments: