Sunday, March 15, 2009

MUHYIDDIN PALING LAYAK

"MUHYIDDIN PALING LAYAK" Itulah kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ,Datuk Seri Nazri Aziz dalam wawancara di muka surat 10 Mingguan Malaysia hari ini (Ahad 15.Mac.2009)


Saya sebenarnya menyokong seratus peratus apa yang dikatakan oleh Nazri Aziz,walaupun pada peringkat awal pencalonan dahulu saya lebih condong kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib atas dasar ”Selangorian” dan atas dasar rekod cemerlang zaman pemerintahan beliau di Selangor sebelum ini.


Tetapi sejak kebelakangan ini,atas dasar semangat sayang serta cintakan parti (UMNO/BN),bangsa,agama dan Negara ,setelah memikirkan semasak-masaknya maka saya merasakan saya harus menyokong TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN sebagai TIMBALAN PRESIDEN UMNO.


Saya tidak pasti samada perwakilan G7 + G6 ke Perhimpunan Agung Umno memegang sifat "kenegerian", "KENEGARAAN" atau semangat "kewangan”"dan mungkin juga semangat "gelaran Datuk". Namun saya tetap berharap perwakilan G7 + G6 agar memegang prinsip "KENEGARAAN".


Antara faktor yang menyebabkan saya menyokong TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN adalah kerana


Beliau mempunyai imej yang bersih.Tidak mempunyai imej yang "berat atau tercalar"untuk menjadi pemimpin nombor dua Negara. Beliau juga disenangi dan dihormati oleh rakan-rakan di dalam komponen BN. Ini yang amat penting untuk kesinambungan BN.Yang paling penting beliau sering kelihatan tegas dan serius tetapi tetap mesra rakyat menyebabkan ianya digeruni oleh pembangkang. Orang seperti inilah yang kita mahu untuk mengembalikan semula kekuatan parti dan mempertahankan hak-hak melayu di Negara ini.


Sepanjang beliau menjadi pemimpin, baik di peringkat Negeri atau Pusat belum pernah kita dengar sebarang masalah dilemparkan terhadap beliau.Kalau ada pun hanya satu tuduhan liar yang tidak berasas sahaja yang dilemparkan oleh PAS terhadap beliau kononnya TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN menjual tanah-tanah Johor kepada kaum-kaum Cina Singapura.


Pada saya tuduhan sebegini adalah perkara biasa bagi sebuah parti pembangkang terhadap parti pemerintah.Pada masa itu PAS melihat Johor sebuah kubu kuat BN yang sukar ditembusi dan tiada isu-isu peribadi yang boleh mereka gunakan untuk menyerang TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN, maka mereka gunakan isu tanah-tanah tersebut.




Sebagai seorang pemimpin yang berwawasan dan ingin melihat Negeri yang diperintah olehnya maju TAN SRI MUHYIDDIN bukannya seorang yang sanggup menggadaikan tanah Negeri dan Negara sendiri kepada pihak asing.Sehingga hari ini tidak ada satu bukti pun yang dapat ditunjukan oleh PAS tentang tuduhan tersebut dan TAN SRI MUHYIDDIN sendiri pun tidak pernah dipanggil oleh BPR pada masa itu untuk tujuan siasatan. Kesimpulanya tidak perlulah kita orang yang sesama umno hendak termakan tuduhan PAS itu.Memang itu sudah kerja mereka sebagai pembangkang untuk ”menghancurkan” umno dan begitu juga sebaliknya.


Kalau kita lihat kembali semasa zaman TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN menjawat jawatan MB Johor ,negeri Johor daripada sebuah negeri yang biasa telah bertukar menjadi sebuah Negeri yang hebat sehingga digeruni Singapura.


Ditahun 70-80 an dahulu kita sendiri boleh lihat berduyun-duyun orang Malaysia pergi ke Singapura untuk tujuan membeli-belah,hinggakan jika hendak beli jarum peniti pun pergi beli di Singapura. Anda semua dapat bayangkan atau tidak berapa banyak pengaliran keluar duit Negara kita ke Singapura,dan ini boleh melemahkan ekonomi Negara.


Bermula daripada situ gandingan Mahathir di peringkat Pusat dan Muhyiddin di peringkat Negeri telah memikirkan sesuatu bagaimana untuk mengatasi perkara ini daripada berterusan.Kerana jika dibiarkan berterusan ianya boleh melemahkan ekonomi Malaysia. Maka mereka telah merancang pembangunan besar-besaran di Johor Bharu sehingga menyaingi Singapura.Akhirnya gandingan Mahathir - Muhyiddin ini berjaya.


Pada lewat 80an jumlah rakyat Malaysia yang berbelanja di Singapura semakin berkurangan kerana semuanya telah ada dan lebih murah di Johor Bharu. Keadaan menjadi sebaliknya ,rakyat Singapura pula yang berduyun-duyun berkunjung ke Johor untuk membeli-belah. Ini amat tidak menyenangkan Perdana Menteri Singapura pada masa itu Lee Kuan Yew,hinggakan pelbagai syarat dan tekanan yang dikeluarkannya kepada rakyat Singapura untuk mengelakan duit Singapura mengalir ke Johor secara khusus dan ke Malaysia secara amnya.


Inilah antara KEJAYAAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN semasa menjadi Menteri Besar Johor.Saya amat berharap agar perwakilan G7 + G6 tidak melupakan fakta ini. Bukti ini pun boleh dilihat di depan mata anda sekarang. Kalau anda tidak percaya sila berkunjung ke Tambak Johor dan duduk disana sehari ,lihatlah sendiri berapa ramainya rakyat Singapura memasuki Johor setiap hari.


TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN juga telah teruji dengan pelbagai krisis.Contohnya krisis kepimpinan 1987 , yang mana pada masa itu umno diharamkan. Apabila umno diharamkan maka BN telah hilang sebuah parti tunjang dalam komponennya. Maka pada ketika itu Presiden MCA , Tun Ling Liong Sik telah mengambil alih jawatan Pengerusi BN daripada Tun Dr.Mahathir Mohammad. Keadaan pada masa itu amat cemas ,kerana tiada peruntukan dalam undang-undang Negara orang cina tidak boleh menjadi PM Malaysia.


Tanpa berlengah panjang,TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN pada masa itu sebagai MB
Johor dan ahli MT umno telah mengumpulkan semua melayu Johor dalam satu perhimpunan yang dinamakan PERHIMPUNAN MELAYU JOHOR di Johor Bharu.Puluhan ribu yang hadir pada perhimpunan tersebut yang diketuai oleh TAN SRI MUHYIDDIN YASIN.


Dalam ucapan di perhimpunan tersebut TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN telah mencadangkan kepada umno agar menerima semula semua pemimpin dan ahli-ahli umno yang telah keluar dan menyebabkan umno diharamkan.Semua yang hadir pada hari itu bersetuju dengan cadangan tersebut dan dengan serta-merta atas inisiatif TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN dan sokongan Tun Dr.Mahathir maka umno baru berjaya didaftarkan semula.Maka selamatlah satu kisah cemas pada masa itu.TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN antara orang yang menjadi ”hero” dalam krisis ini.


Sekali lagi TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN teruji dalam krisis. Iaitu krisis perlembagaan 1993 yang mana krisis dengan Raja-raja melayu.Krisis tersebut bermula di Johor.Sebagaimana yang diketahui umum Sultan Johor adalah seorang Sultan yang amat tegas. Satu cabaran yang agak berat ditempuhi oleh TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN pada masa itu. Tetapi oleh kerana KEBIJAKSANAAN yang ada pada beliau maka krisis tersebut berjaya diatasi oleh TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN dengan penuh tenang tanpa sebarang masalah besar.Ibarat menarik rambut di dalam tepung. Inilah kelebihan yang ada pada seorang insan yang bernama MUHYIDDIN YASSIN.


Akhir kata dalam siri kali ini saya berharap agar perwakilan G7 + G6 memikirkan semasak-masaknya apa yang coretkan ini. Jangan kerana orang itu bagi kita wang,bagi kita gelaran datuk,hantar kad selamat hari jadi kepada kita,hantar sms kepada kita dan pelbagai lagi maka kita korbankan seorang pemimpin yang berkaliber,berkarisma,berwawasan dan mesra rakyat.


Dalam bab ini kita kena pinjam sementara kata-kata PAS iaitu ”orang bagi gula kita ambil,orang bagi beras kita ambil,orang bagi kain pelikat kita ambil orang bagi DUIT pun kita ambil tapi undi tetap undi PAS.


Begitu juga dalam pemilihan kali ini ”orang bagi makan kita makan,orang bagi bilik hotel kita tidur,orang bagi kereta kita pandu,orang bagi gelaran Datuk kita sebat,orang bagi DUIT pun kita rembat,tapi undi kita tetap undi CALON 01 iaitu TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN demi kesinambungan parti dan Negara.


3 comments:

Parpu Kari said...

HIDUP TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN....MEMANG PILIHAN TERBAIK....BANYAK JASA BELIAU, SAYA HARAP PERWAKILAN TIDAK AKAN LUPA JASA BELIAU..

GOMO said...

SALAM BRO....
AKU YAKIN AKAN KEPIMPINAN MUHYIDDIN YASSIN INI. DIHARAPKAN PARA PERWAKILAN AKAN BERTINDAK BIJAK DALAM MEMILIH CALON TIMBALAN PRESIDEN.

MUHYIDDIN YASSIN CALON YANG LAYAK BERGANDINGAN DENGAN DATO NAJIB

Panglima Perang Cyber said...

Sebarkan mesej di bawah ini ke semua tempat di alam maya seberapa segera... Malam ini Jam 9 di Conference Yahoo Messenger, sila datang untuk melihat debat perdana blogger Bpn dengan Bnm.

Add email Ydp BPN di bawah untuk dijemput masuk sidang.

Email Panglimaperangcyber@yahoo.com

Tq