Monday, March 23, 2009

MUHYIDDIN SERAH TENGKUK UNTUK DIPANCUNG


Umum mengetahui yang BN mengalami kekalahan yang teruk dalam pilhanraya umum ke 12 (2008) sehingga gagal mencapai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.Inilah pencapaian BN yang paling buruk selepas 1969.


Selepas itu bermacam cerita yang kita dengar mahukan Pak Lah mengambil tanggungjawab atas kekalahan tersebut.Tetapi hanya ikan-ikan bilis sahaja yang berani bersuara.Tiada pun ikan jerung yang berani buka mulut untuk mendesak Pak Lah meletak jawatan.Pada masa itu ada juga khabar angin yang tersebar kononnya bekas TPM, Tun Musa Hitam datang bertemu Pak Lah di kediaman beliau dan menasihati Pak Lah agar berundur,dan perbincangan Pak Lah ,Musa Hitam tersebut didengari oleh anak lelaki Pak Lah (Kamaludin) ,lalu Kamal naik angin mendengar kata-kata itu dan memarahi Musa Hitam lantas Kamal keluar daripada bilik perbincangan tersebut sambil menghempas pintu dengan kuat. Sejauh mana kebenaran cerita ini,saya pun tidak pasti.Walahualam.


Melihat kepada keadaan pada masa itu tiada pemimpin Umno yang berani bersuara maka Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) telah mengambil langkah berani apabila beliau secara terbuka mengeluarkan kenyataan meminta peralihan kuasa dilakukan demi menyelamatkan Umno dan BN.Ramai yang angkat ”tabik spring” kepada TSMY pada masa itu,kerana keberanian beliau.Rentetan daripada keberanian beliau itu , mengundang akhbar Mingguan Malaysia menemubual beliau seperti yang disiarkan pada hari Ahad,13.Apr.2008.(saya akan siarkan temubual tersebut di dalam posting selepas ini)



Sebelum wartawan dari akhbar tersebut menemubualnya,TSMY dengan serius telah berpesan kepada wartawan tersebut "kamu tulislah apa yang saya katakan,biar orang tahu apa pandangan sebenar saya". Itulah keberanian yang ada pada TSMY.Beliau sanggup mengambil risiko yang tinggi demi keutamaan agama,bangsa,negara dan parti.





Setelah perbincangan demi perbincangan diadakan ,maka Pak Lah telah mengambil keputusan untuk berundur pada Jun 2010.Keadaan menjadi reda seketika,walaupun kebanyakan ahli akar umbi masih tidak berpuashati kerana ianya terlalu lama dan boleh melemahkan lagi Umno serta BN.



Sekali lagi TSMY membuat keputusan yang mengejutkan dunia politik tanahair.


TSMY menyeru supaya tempoh peralihan kuasa difikirkan semula ketika bercakap kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan persidangan FORBES di Singapura.Ini memperlihatkan beliau seorang yang berani dan tegas dalam mempertahankan sesuatu perkara.


Tindakan TSMY ini ibarat menyerahkan tengkuk beliau untuk dipancung demi mempertahankan Umno dan Negara.Beliau rela kehilangan jawatan daripada kehilangan Umno dan Negara.Di zaman ini tidak ramai manusia yang sanggup berbuat begini.Tetapi tidak sesekali kepada manusia yang bernama Muhyiddin.Inilah semangat darah pahlawan Umno yang mengalir dalam diri anak Johor ini.Tidak sesekali takut dan gentar.Orang seperti inilah yang dikehendaki oleh kita untuk dijadikan sebagai pemimpin.Takbirrrrrrrrrr.....


Ramai pemerhati politik pada masa itu menjangka Pak lah akan memecat TSMY sebagai Menteri dan dalam masa yang sama juga telah tersebar berita kononnya TSMY telah mengarahkan pegawai-pegawainya agar bersiap sedia mengosongkan pejabat beliau di MITI Jalan Duta, kerana beliau akan dipecat.


Kita manusia hanya mampu merancang dan berkata-kata,ALLAH jua yang menentukan.Yang benar tetap benar, yang penting apa yang dilakukan oleh TSMY adalah ikhlas bukannya ada agenda politik peribadi.Dengan kehendak dan izin ALLAH , sehingga ke hari ini beliau tetap kekal sebagai Menteri di MITI. Kita sebagai manusia juga harus ingat pada kata-kata ini, ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG-ORANG YANG BENAR.


Semakin lama cerita peralihan kuasa ini semakin panas dan semakin lama dibincangkan,maka pada bulan September 2008 Pak Lah telah memanggil satu mesyuarat khas MT dan telah mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan bersetuju peralihan kuasa dipercepatkan daripada Jun 2010 kepada Mac 2009.


TAKBIR..........


TERIMA KASIH TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN.



Cerita –cerita berkenaan TSMY tidak berakhir disitu sahaja. Ada yang berkata beliau lebih ghairah untuk mendapat kedudukan dalam hirarki tertinggi Umno.


Cakap-cakap orang memang susah untuk kita halang. Orang tua-tua berkata mulut tempayan lebih senang ditutup berbanding dengan mulut manusia walaupun mulut tempayan lebih besar daripada mulut manusia. Dalam kita membuat sesuatu keputusan ianya mesti ada pro dan kontra. Ada yang menyokong dan ada yang membenci.


Walau apa pun keputusan yang disukai ramai mesti diambil kira.Ini terbukti melalui pencalonan yang diperolehi oleh TSMY. Daripada 191 bahagian Umno di seluruh negara , TSMY mendapat pencalonan tertinggi iaitu 91 pencalonan.Sekali ganda berbeza dengan pencalonan yang diperolehi oleh dua pencabar beliau Ini menunjukan apa yang diperkatakan oleh TSMY sebelum ini mendapat sokongan ahli-ahli Umno seluruh negara.


Keberanian TSMY mendesak peralihan kuasa ini dipercepatkan juga adalah untuk menyelamatkan maruah Pak Lah selain daripada menyelamatkan Umno.Ianya ibarat serampang dua mata. Jarang kita dapat melihat keberanian seorang ”anak buah ” menegur seorang ”bosnya” untuk memelihara maruah ketua beliau.Kebanyakan orang suka membodek Sesungguhnya Pak Lah harus berterima kasih kepada TSMY.




Kenapa saya berkata begitu ? Ini kerana selepas PRU 2008 ,sindrom marahkan Pak Lah dikalangan ahli-ahli Umno membuak-buak.Secara kebetulan Umno akan mengadakan pemilihan pada bulan Disember 2008. Jika TSMY tidak mendesak Pak Lah berundur ,saya yakin seratus peratus Pak Lah akan dicabar dalam pemilihan Umno tersebut. Apabila dicabar saya sekali lagi yakin seratus peratus Pak Lah akan tewas dalam perebutan jawatan Presiden kerana sindrom marahkan Pak Lah amat tinggi pada masa itu. Walaupun Datuk Sri Najib (DSN) pada masa itu mengumumkan yang beliau tidak akan bertanding jawatan Presiden.Tetapi tidak ada jaminan tokoh-tokoh lain tidak akan menentang Pak Lah.Dalam masa yang sama juga Ku Li telah menggerakan jenteranya.


Walaupun DSN mengatakan beliau tidak akan bertanding jawatan Presiden,tetapi jika mendapat gerombolan pencalonan ,tidak mungkin DSN mampu menolaknya. Kerana beliau juga jarus menjaga karier politik beliau dan suara ahli akar umbi.


Cakap-cakap diatas semakin menjadi kenyataan.Mesyuarat bahagian Umno akan bermula pada Oktober 2008. Pada bulan Ogos dan September 2008 cakap-cakap yang bahagian-bahagian Umno seluruh negara akan mencalonkan DSN ke jawatan Presiden Umno semakin kuat. Ada yang mengatakan Pak Lah tidak akan mendapat cukup kuota untuk bertanding jawatan Presiden. Saya yakin dengan cakap-cakap tersebut.Dan akhirnya Pak Lah memilih jalan selamat iaitu mendengar pandangan TSMY dengan memilih jalan peralihan kuasa dipercepatkan.


Jika tidak nama Pak Lah sekali lagi akan tercatit dalam lipatan sejarah politik tanahair,iaitu penyandang jawatan Presiden Umno,Pengerusi BN dan Perdana Menteri tewas dalam pertandingan merebut jawatan Presiden Parti yang beliau wakili.


Sebelum ini sudah pelbagai sejarah yang dicipta oleh Pak Lah sepanjang menjadi PM selama enam tahun.Antara sejarah yang pernah dicatit oleh Pak Lah sebelum ini adalah pencapaian terbaik BN dalam PRU 2004,pencapaian terburuk BN dalam PRU 2008.Bernikah sewaktu menjawat jawatan PM.Melantik menantu sebagai penasihat khas.Menantu dan bapa mertua sama memegang jawatan tertinggi dalam parti.Naik kan harga minyak sebanyak 30 sen dan 70 sen dan pelbagai sejarah lagi.


Sesungguhnya Pak Lah dan penyokong-penyokong beliau harus berterima kasih kepada TSMY kerana berani menegur Pak Lah secara terbuka demi menjaga maruah Pak Lah.Cuba anda semua bayangkan jika tanpa teguran daripada TSMY sudah tentu Pak Lah masih enak dibuai mimpi (yes ,we still have a strong goverment,walaupun tidak mendapat majoriti 2/3) dan akhirnya kalah dalam pemilihan Umno.


TSMY pernah mengatakan ”kita mesti mengatakan yang benar walaupun yang benar itu pahit untuk didengar”. Dan TSMY sudah mengotakan apa yang dikatakan oleh beliau itu.Walaupun pahit untuk diterima tetapi Pak Lah harus menerimanya.


Satu persoalan saya ,dimana dua orang lagi calon Timbalan Presiden sebelum ini sewaktu TSMY bersuara tentang peralihan kuasa ? Kenapa mereka tidak berani bersuara pada masa itu ? Pada hakikatnya mereka sendiri pun bersetuju jika Pak Lah berundur.


Tetapi bila orang lain sudah buka jalan,mereka pula yang tiba-tiba terlebih-lebih menonjol. Inilah yang dikatakan LEMBU PUNYA SUSU ,SAPI YANG DAPAT NAMA.


Sekalung tahniah diucapkan kepada Pak Lah kerana sudi mendengar pandangan TSMY, yang mewakili suara ahli akar umbI.


Sekalung tahniah juga kepada TSMY kerana berani bersuara walaupun pahit untuk ditelan. Jika kita hendak tunggu 2012 atau 2010 sudah pasti Umno akan hancur terlebih dahulu.J asa mu tetap di kenang wahai TSMY. Sesungguhnya Tan Sri adalah seorang pemimpin yang berani dan berkaliber serta layak untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri.


Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan TSMY.


8 comments:

generasi muda johor said...

Semoga mat taib dan khairy kalah dlm pemilihan umno nanti..amin

GOMO said...

SALAM BRO....
SEMEMANGNYA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN BERANI DALAM MEMBUAT PERUBAHAN. GANDINGAN YANG MANTAP BERSAMA NAJIB BAGI MEMBANGUNKAN MALAYSIA INI.

SOKONGAN PENUH KEPADA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN.

Parpu Kari said...

SALAM BRO FAIZAL, TAHNIAH BRO, SATU ARTIKEL YANG SANGAT TEPAT DAN MANTAP!

MARILAH KITA BERDOA SEMOGA TAN SRI MENANG SEMASA PEMILIHAN NANTI DAN BELIAU BOLEH TERUS MENGUATKAN UMNO BERSAMA SAMA DATO SERI NAJIB

Cheguman @ Demang Lebar Daun said...

Saya setuju dengan pendapat saudara. Bagaimana pula dengan calon ketua pemuda? Betulkah KJ ada masalah sendiri?

ruang bicara faisal said...

kpd cheguman

terima kasih kerana bersetuju dgn pendapat saya.

pada pandangan PERIBADI saya

saya merasakan laluan kj sakit.saya tak nampak dia berada dlm persaingan.

saingan hanya mukriz dan khir sahaja.

siapa menang susah nak ramal

walau apa pun dlm politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

sama-sama kita tunggu dan lihat

Anonymous said...

muhyiddin mesti menang.jangan perhancurkan umno lagi.terima kasih kpd sedara faisal atas tulisan yang mantap

Anonymous said...

muhyiddin kurang popular.dia nampak sombong

ruang bicara faisal said...

muhyiddin NAMPAK sombong

anda kata NAMPAK.

saya setuju dgn anda NAMPAK sombong tapi sebenarnya tak sombong.

cuma beliau serius dlm menjalankan tugas.org seperti ini yang kita nak.