Monday, May 11, 2009

KITA BERJAYA !!!



Sedikit pesanan kepada rakan-rakan blogger dan pengunjung blog saya.

Kita semua haruslah bersabar dan bertenang menerima keputusan Mahkamah hari ini. Semua itu ada hikmah disebaliknya.

Tak kan lari gunung dikejar. Manusia mampu merancang,tetapi Allah jua yang menentukan segalanya.

Pesanan saya kepada semua usahlah kita risau dan usahlah rasa gundah gelana. Jika tidak aral melintang Insyaallah Perak akan kembali ditadbir oleh BN dengan aman damai.

Kita hanya merancang, tetapi Allah jua yang menentukan. Kita sebagai orang Islam harus percaya kepada Qada & Qadar.

Ceritanya begini...

nizar bintang tiga akan mengadap Tuanku Sultan Perak,mungkin besok,mungkin lusa. Apabila mengadap Tuanku,beliau akan mencadangkan kepada Tuanku untuk membubarkan DUN.

Tuanku akan bertanya,mengapa kamu nak bubarkan DUN. Maka si bintang tiga akan menjawab kerana patik sudah hilang majoriti Tuanku.

Maka Tuanku akan berkata,sekiranya kamu hilang majoriti ianya harus dibuktikan didalam DUN,selaras dengan keputusan Mahkamah hari ini sebarang undi tidak percaya harus dibuat di dalam DUN.

Maka Tuanku akan mengarahkan sidang DUN diadakan untuk melihat bukti Nizar tidak lagi mendapat majoriti dan Dun yang akan membuat keputusan samada DUN Perak patut dibubarkan atau tidak.

Maka apabila Nizar membawa usul DUN Perak dibubar di dalam dewan,sudah tentu ianya tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Dun. Ini kerana pengikut pakatan bintang tiga hanya ada 28 kerusi,manakala BN 31 kerusi.

Maka pada saat itu juga usul undi tidak percaya akan dibuat terhadap nizar bintang tiga ini. Sekali lagi nizar bintang tiga dan kuncu-kuncunya akan tumpas,kerana BN menguasai majoriti DUN.

Seperti yang saya katakan tadi,kita hanya merancang tetapi Allah jua yang menentukan. Manalah tahu kot-kot pada hari tersebut ada pula Adun-Adun BN 3-4 orang atau lebih yang nak menyokong nizar bintang tiga ni. Maka kita akan tewas. Tapi kita juga tak tahu kot-kot pada hari tersebut ada pula Adun-Adun pakatan bintang tiga ini yang memberi sokongan kepada BN.

Cuma apa yang saya bimbangkan disini ialah,takut tiga orang Adun bebas yang menyokong BN tersebut diculik dan disimpan oleh mafia-mafia sebelah sana. Maklumlah mereka mengamalkan politik binatang. Sepertimana bekas Adun Bukit Selambau dan Hilmi Malik hilang.

Apa pun saya yakin kita akan berjaya. Kita harus yakin pada diri sendiri dan pada orang-orang kita. Tetapi kita hanya mampu merancang,Allah jua yang menentukan.

Banyakan bersabar,banyakan berdoa dan sembahyang hajat,semoga kejayaan bersama kita. Masanya tak lama ,saya rasa mungkin dalam minggu ini atau minggu depan Sidang Tergempar Dun Perak akan diadakan.

Insyaallah minggu depan MB Perak akan jadi milik orang kita balik. Tiada apa kerugian bagi pihak kita. nizar bintang tiga akan dapat balik gaji dia yang tiga bulan lepas. Dr.Zamry kena pulangkan balik gaji yang dia terima tiga bulan lepas. Itu sahaja. Maka dapatlah nizar bintang tiga itu merasa balik masuk pejabat MB yang dia gila-gila kan itu esok.

Tadi selepas keputusan Mahkamah pun dia terus pasang balik di Mahkamah juga tulisan
MENTERI BESAR di kereta Camry kesayangan dia tu.


Cuma saya agak mushkil sedikit disini ialah bagaimana dengan keputusan p/raya kecil Bukit Gantang. Saya nampak ada ruang untuk calon BN memfail petisyen kerana nizar bintang tiga telah menipu didalam borang calon.

Di ruangan pekerjaan nizar bintang tiga menyatakan pekerjaan beliau sebagai Adun Pasir Panjang. Tidak sebagai MB Perak. Sedangkan beliau adalah MB Perak seperti mana yang diputuskan Mahkamah hari ini. Sebarang petisyen p/raya hendaklah dikemukakan dalam tempoh 60 hari selepas keputusan digezetkan. Apa pun kita sama-sama tunggu keputusan dalam hal ini.

Seperti yang saya katakan diatas,ada hikmah disebalik keputusan Mahkamah hari ini. Berikut adalah salah satu hikmah yang kita sudah boleh nampak. klik sini

Ikuti pandangan seorang Peguam disini

5 comments:

GOMO said...

SALAM BRO...
KITA BERSABAR WALAU APA SEKALIPUN RINTANGAN DAN FITNAH YANG DATANG DARI PIHAK KOMUNIS BINTANG TIGA INI.

ALLAH AKAN MENYOKONG DI PIHAK YANG BENAR...

NIZAR BOGEL ANWAR TELANJANG http://gomo-no1.blogspot.com/2009/05/nizar-berpesta-bogel-anwar-pula.html

Anonymous said...

oit mangkak..
klo da zamry mamak 2 dah kner gntung ngan exco haram 2..
ape jadah nyer..
yg gila kuasa 2 apersai..

Anonymous said...

HMM..MENARIK SUNGGUH IDEA TU..TP NK CKP CKET LAA..KLU KORG NK KATE DIE TIPU DALAM PILIHANRAYA PSAL JAWATAN..KORG KNE ADMIT GK LAA PSL PERSIDANGAN BWH POKOK TU..KIRE PERSIDANGAN BWH POKOK TU SAH LAA KAN..N USUL YANG MENGENAI PERGANTUNGAN 7 ORG TU SAH LAA KAN..SO PEMIMPIN BN KNE IKUT LAA..MAHKAMAH KUARKAN KEPUTUSAN ATAS DASAR NIZAR BUKAN MB..KLU BTOL PON KEPUTUSAN MHKAMAH HANYE MENYATAKAN SIVAKUMAR TIDAK BOLEH MENGANTUNG BUKAN JAWATANKUASA KEBEBASAN ADUN KN??N KEPUTUSAN PERGANTUNGAN ITU DI BUAT OLEH JAWATANKUASA KEBEBASAN ADUN..SO ARAP PHM LAA KN..APE NK TKT..KLU KORG RASE RAKYAT PERAK SOKONG KORG..TERIMA JELAA PEMBUBARAN DUN..NAPE NK KECOHKAN LAGI POLITIK PERAK??N BOLEH KE BUKAN ADUN JADI SPEAKER??

Anonymous said...

Sudah lah faisal..cukuplah mengutuk orangnya..kerana dosa orang yang kau kutuk tu akan balik kepada kau..
Terimalah hakikat yang Perak ni bukan milik BN dah...Zambri yang dilantik Sultan tu tak sah..takkan kau nak kata mahkamah menderhaka pulak.Kerajaan koranglah yang membuang kuasa Raja Raja Melayu sehingga kuasa boleh dibawa kemahkamah..cukuplah..tak perlulah disalahkan pembangkang..Korang yang gelojoh sangat nak merintah..kalau dibuat pilihanraya pun boleh kah korang menang,setelah rakyat melihat kejadian mengheret speker cam anjing di dlm dewan dan kekasaran serta penangkapan ke atas orang2 diluar dewan..seluruh dunia menyaksikannya.Tak payah nak putar belit keadaan sebenar..rakyat akan hukuman yg cukup dasyat nanti..

ruang bicara faisal said...

bodoh payah nak ajar. inilah penyokong yg berjaya dilahirkan oleh bintang tiga

situasi sekarang semuanya balik asal semula seperti feb lepas. kecuali persidangan du 7 mei lepas adalah sah. ini perintah mahakamah.

tiada lagi persidangan bawah pokok.

persidangan itu haram.

tiada perkenan sultan

tidak memnuhi agenda

tiada hansard sehingga kini

tidak lebih sekadar bermain2 atau berlakon drama sidang dun di bawah pokok. mcm kanak2 yang kata dia superman atau ultraman. begitulah sikap adun hangpa bawah pokok.

aku berharap hangpa terima keputusan dun nanti sepertimana hangpa terima keputusan mahkamah hari ini.

pasal bubar dun hangpa tak payah cakap lah. bn ada 28 kerusi disana. semua kerusi bn belum tamat tempoh. yg ada masalah parti kamu mengapa sampai ke kerusi kami hendak dikacau sehingga dibubarkan. suruhlah org2 hangpa letak jawatan. tengok posting aku yg satu lagi. org hangpa pun tak setuju dun bubar