Monday, May 11, 2009

MULIANYA HATI BN

Semua yang terjadi ini ada hikmahnya disebaliknya. Anggaplah ini semua sebahagian daripada ujian Allah swt.

Hari ini kita boleh melihat dengan jelas perbezaan antara dua darjat.

Nak ditakdirkan perkara ini baru saja berlaku dua tiga hari lepas dan hari ini berlaku lagi. Allah swt jadikan jarak masanya begitu dekat supaya rakyat tidak terlupa.

Sebagaimana yang kita lihat hari khamis lepas,Sivakumar bertindak tidak mematuhi keputusan Mahkamah supaya Dr.Zambry serta 6 Exconya dan 3 wakil bebas dibenarkan masuk ke Persidangan Dun Perak.

Mereka menghina keputusan Mahkamah apabila keputusan itu tidak menyebelahi mereka. Pelbagai tuduhan dan tomahan dilemparkan kepada Mahkamah.

Tetapi hari ini apabila keputusan menyebelahi mereka,maka dipuji dari dasar laut sehingga ke langit biru.

Maka apabila Mahkamah memutuskan begitu, dengan segera Dr.Zambry dan para Exconya mengemas dan mengosongkan Pejabat mereka semua, kerana akur dengan keputusan Mahkamah.

Disini kita boleh melihat dengan jelas siapa yang lebih mulia. Harap rakyat dapat menilai semua ini.

Maka apabila si nizar bintang tiga ini dapat kembali jawatannya dengan begitu angkuh beliau mengumumkan pemecatan Penasihat Undang-Undang Negeri. Inilah yang dikatakan tidak pandai mengukur baju di badan sendiri. MB tiada kuasa memecat Penasihat Undang-Undang ,kerana beliau berada di bawah S/usaha Kerajaan Negeri.

Puak-puak ini terlalu angkuh dan sombong sehingga tidak tahu dimana yang mereka berkuasa dan dimana mereka tidak ada kuasa. Bila dia ingat dia MB atau dia Speaker maka dia ada kuasa ke atas segala-galanya.

Begitu juga dengan Sivakumar ,dia suka-suka hati dia saja pecat S/usaha Dun Perak. Sedangkan jawatan itu berada dibawah S/usaha Kerajaan Negeri.

Saya tidak dapat bayangkan jika puak-puak ini menjadi peneraju Negara kelak. Saya rasa Negara kita akan jadi seperti Myanmar. Akan jadi Kerajaan Junta.

No comments: