Wednesday, May 13, 2009

NASIB MENYEBELAHI KITA


Nasib betul-betul menyebelahi kita semalam (selasa) kerana Dr.Zambry berjaya mendapat perintah Mahkamah untuk menangguhkan perlaksanaan perintah nizar bintang tiga sebagai MB.

Kalau tidak habislah hancur tanah-tanah di Perak semalam.

Semasa DR.Zambry dalam proses membuat rayuan di Mahkamah semalam,lebih kurang jam 11.00 pagi,ngeh koo ham telah mengadakan sidang media di Bangunan Suk Perak mengumumkan beberapa perkara yang akan dilakukan dengan segera oleh kerajaan beliau.

Antaranya ialah:

Perlantikan Ahli-Ahli Majlis akan dilakukan dengan segera selewat-lewatnya hari ini (rabu).

Perlantikan Ketua-Ketua Kampung juga akan dilakukan dengan segera.

Pemberian geran tanah 999 tahun kepada kampung-kampung baru juga akan dilakukan dengan segera.

Cubalah tuan-tuan dan puan-puan sekalian bayangkan sekiranya Mahkamah lewat membuat keputusan semalam,sudah tentu beribu-ribu ekar tanah-tanah Perak ini akan tergadai.

Bersyukur kita ke hadrat Allah swt,kerana memudahkan urusan Mahkamah semalam tanpa sebarang gangguan dan halangan. Semua gerak geri ini datang daripada Allah. Renungkanlah kenapa Allah memudahkan segala urusan Mahkamah semalam.......

Terima kasih juga kepada Dr.Zambry kerana cepat bertindak.

No comments: