Wednesday, May 13, 2009

PERAK BERTUKAR MB LAGI ?

Dengar ceritanya pakatan bintang tiga bermesyuarat malam tadi hingga ke awal pagi. Dikhabarkan mesyuarat itu agak tegang sedikit.

Masing-masing asyik menyalahkan satu sama lain dan akhir sekali bekas banduan ,Anwar Ibrahim pula yang disalahkan. Katanya kerana Anwar yang memulakan langkah yang menyebabkan Adun Bota lompat masuk PKR.

Kata mereka jika tidak kerana itu tak akan berlaku peristiwa di Perak sekarang. Maka nizar bintang tiga pun syok duduk diatas kerusi MB tanpa sebarang gangguan.

Juak-juak PKR Perak juga menjadi mangsa dalam mesyuarat malam tadi,kononnya mereka memandai-mandai menghantar surat perletakan jawatan Adun Behrang dan Adun Changkat Jering tanpa pengetahuan pimpinan tertinggi parti. Kesian Mustafa Kamil Ayub,Ustaz Zul dan Hj.Mail.

Itulah Mustafa Kamil Ayub,gelojoh sangat nak jadi MB Perak kononnya nak singkirkan Jamal dan Osman,kemudian dapat bertanding di kerusi berkenaan,kemudian tendang Nizar untuk jadi MB Perak. Hangpa semua ni kalut,paham tak kalut. Nah ! sekarang yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.

Itulah serba sedikit rumusan mesyuarat mereka malam tadi. Terima kasih kepada H......H......A
kerana berjaya menjalankan tugas risikan dengan baik malam tadi.

Mesyuarat malam tadi juga memutuskan untuk nizar bintang tiga membuat rayuan di Mahkamah Rayuan hari ini bagi mengenepikan perintah penangguhan yang diperolehi oleh Dr.Zambry semalam.

Sama-samalah kita tunggu keputusan hari ini. Mungkin MB Perak akan bertukar lagi. Mungkin tidak .

Kita tunggu siapa MB Perak. Dr.Zambry atau Tan Ah Chong

Saya dengar cerita satu rundingan sulit antara beberapa Adun pakatan bintang tiga Perak dan orang kuat BN berlangsung malam tadi di Hotel Sunway Piramid Tower. Saya akan cuba untuk dapatkan cerita lanjut. Dan Insyaallah saya akan cuba siarkan cerita berkenaan jika ianya tidak menggangu perancangan pihak kita.

2 comments:

jebat33 said...

Kau ni mmg di lahirkan bodoh lah faisal rohban,apa yg kau perjuangkan pun aku tak tau..insaf lah !

Anonymous said...

beramuk la korang pkr..tp jgn la marah2 kan abg aljuburi 2,cian dia tak lama lg dia ner simpan kat kandang di sg buluh...masa 2 bru aman negara ni dr semua hal termasuk selsema babi..