Sunday, May 10, 2009

SURAT TERBUKA KEPADA MENTERI DALAM NEGERI


Kepada :

YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin

Menteri Dalam Negeri



Tarikh : 10.Mei.2008


Assalamualaikum wbt,

Kehadapan Datuk Seri yang dicintai dan dikasihi. Semoga sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat disamping keluarga tercinta.

Di kesempatan ini juga saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri diatas perlantikan Datuk Seri sebagai Menteri Dalam Negeri. Semoga KDN akan terus berjaya dan maju jaya di bawah kepimpinan Datuk Seri.

Tujuan saya menulis surat ini kepada Datuk Seri adalah untuk memaklumkan dan memberi cadangan tentang beberapa perkara yang sedang hangat diperkatakan di dalam Negara kita sekarang ini.

i ) Peningkatan kes bunuh yang semakin melampau sekarang. Seperti yang kita semua sedia maklum,boleh dikatakan setiap hari sekarang ini kita boleh melihat dan membaca di dada-dada akhbar tentang kes bunuh. Ianya seperti sudah tidak ada kesudahan. Pada zaman sekarang nampaknya manusia senang-senang dibunuh seperti membunuh haiwan. Satu langkah segera perlu diambil bagi membendung perkara ini.

ii )
Kes Mat Rempit yang semakin menjadi-jadi sekarang juga amatlah membimbangkan. Ianya seolah-olah tiada kesudahan. Saya tidak menyalahkan Polis sepenuhnya di dalam hal ini,kerana saya tahu dengan anggota Polis yang cukup terhad adalah amat sukar untuk mereka mengambil tindakan terhadap Mat-mat Rempit berkenaan. Jika ada tindakan sekalipun,tetapi akta sedia ada pula tidak cukup kuat untuk mendakwa dan memberi pengajran kepada mereka.Oleh yang demikian disini saya ingin mencadangkan dua perkara kepada pihak Kerajaan.

ii. (a) Semua wakil-wakil rakyat DUN hendaklah melaksanakan kempen 'NO TO REMPIT' untuk memberi kesedaran tentang bahaya merempit kepada anak-anak muda dan penjaga mereka di DUN masing-masing. Kempen melalui media masa juga perlu dilakukan. Ianya mesti dilakukan secara berpanjangan. Jangan hanya bermusim.

ii.(b) Kerajaan melalui Kementerian Belia Dan Sukan dicadangkan agar membina sebuah litar lumba motosikal bertaraf sederhana di setiap Negeri. Biarkan mereka menunjukan bakat mereka dan merempit disana. Jangan keluarkan terlalu banyak peraturan terhadap mereka,kerana jika terlalu banyak peraturan dikeluarkan mungkin menyebabkan mereka tidak berminat untuk ke litar.Sebaliknya mereka kekal memilih jalan raya sebagai tempat merempit. Sebelum merempit dilitar tersebut mereka hendaklah menandatangi satu surat persetujuan bahawasanya jika berlaku apa-apa kemalangan semasa didalam litar tersebut ianya menjadi tanggungjawab mereka sendiri. Mungkin juga daripada sana kita dapat mengcungkil bakat-bakat baru dalam sukan lumba motosikal. Jika setelah ada litar dan mereka masih merempit di jalan-jalan raya maka tindakan tegas hendaklah diambil terhadap mereka dan juga penjaga mereka.

iii ) Datuk Seri,gejala ragut juga semakin menjadi-jadi sekarang. Terbaru,seperti yang kita semua sedia maklum dua orang ibu yang mengandung terbunuh disebabkan kes ragut. Seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara minggu lepas,agak sukar bagi Polis untuk mengatasi seratus peratus kes ragut,kerana penjenayah sentiasa bergerak. Maka pihak Polis amat mengharapkan kerjasama daripada orang ramai untuk mengatasi masalah ini. Oleh yang demikian saya suka ingin mencadangkan disini,agar pihak Polis disetiap Daerah seluruh Negara memberi penerangan , latihan dan kursus kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi 'agen' kepada pihak PDRM bagi membenteras jenayah ragut dan jenayah-jenayah lain. Mereka juga perlu diberi latihan bagaimana dan apa yang harus dilakukan bila berdepan dengan penjenayah. Mereka ini harus disaring dan didaftarkan dengan PDRM untuk mengelakan salah guna kuasa. Bagi mereka yang berjaya membantu Polis dalam kes-kes tersebut,saya cadangkan diberikan sedikit bayaran saguhati dan sijil penghargaan kepada mereka mengikut kes yang mereka terlibat,sebagai dorongan dan semangat kepada mereka untuk bekerja lebih keras membantu polis dimasa hadapan. Dengan cara begini masalah kekurangan anggota Polis juga dapat diatasi untuk sementara waktu. Jika PDRM sudah ada beribu-ribu 'agen' mereka diseluruh negara dan di segenap pelusuk Daerah maka penjenayah pun akan merasa takut untuk terus melakukan kerja-kerja jenayah,kerana mereka bimbang mereka diperhatikan oleh 'agen-agen' PDRM.

iv ) Seperti yang kita semua maklum,setakat ini dua puluh enam orang tahanan ISA telah dibebaskan semenjak Datuk Seri Najib mengambil alih pemerintahan Negara sebulan lebih yang lepas. Oleh yang demikian saya sebagai rakyat Malaysia mempunyai hak untuk bersuara seperti mana pihak-pihak lain bersuara untuk membebaskan tahanan ISA atau memansuhkan ISA. Saya disini ingin mencadangkan kepada Datuk Seri supaya ISA tetap dikekalkan. Memandangkan dua puluh enam orang telah dibebaskan oleh KDN,maka sudah tentu ada ruang kosong yang banyak di Kem Kemunting untuk diisi oleh tahanan-tahanan baru. Sekali lagi saya ingin mencadangkan kepada Datuk Seri agar tangkapan-tangkapan ISA baru hendaklah dilakukan oleh KDN. Oleh yang demikian saya merasakan dengan kemelut-kemelut politik Negara dan Negeri Perak yang tidak menentu sekarang ,kerana terlalu banyak batu-batu api yang menghasut rakyat sana dan sini maka saya merasakan mereka-mereka semua ini wajar dikenakan tahanan ISA. Mereka bukan saja menghasut malah menyelewengkan fakta dan menyebar fitnah yang tidak berasas kepada rakyat. Penyakit ini jika tidak diatasi dengan segera boleh menyebabkan ianya menjadi barah. Ekonomi Negara boleh punah ranah,rakyat boleh bergaduh,insiden perkauman juga boleh berlaku. Mereka-mereka ini berpolitik sepanjang masa dan tidak akan berhenti untuk membuat kacau sehingga ke PRU ke 13. Untuk mengatasi perkara-perkara ini semua maka saya mencadangkan batu-batu api ini semua dikenakan tahanan ISA dengan seberapa segera.

Sekian dahulu untuk kali ini Datuk Seri. Saya pohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau apa-apa yang tidak kena didalam surat terbuka saya ini.

Yang buruk datang daripada saya dan Yang Baik datang daripada Allah.

Jazakallah Hu Khairan

Yang Benar

Faisal

4 comments:

PaKMie said...

Salam faisal dan kawan-kawan...

Saya amat tertarik dan bersetuju cadangan-cadangan yang dibuat oleh saudara.

Kerajaan sekarang seolah-olah semakin tidak bermaya jika tindakkan seperti yang diketengahkan oleh saudara faisal ini dibiarkan.

Ketegasan oleh kerajaan selama ini harus disanjungi. Memandangkan keadaan dalam negara sekarang seolah tidak menentu dan terkawal adalah lebih baik pihak kerajaan menyusun dan mengemaskini kembali undang-undang sedia ada dan menambaik lagi keatas undang-undang yang sepatutnya sesuaian dengan keadaan dalam negara masa ini.

Jika ia dibiarkan dan tanpa tindakkan yang segera oleh pihak kerajaan besar kemungkinan mereka-mereka yang suka mengambil kesempatan diatas kelemahan yang ada akan bertindak lebih agresif lagi.

Paling penting sekarang kerajaan harus bertindak dengan segera keatas pemimpinan politik Pembangkang di Perak. Majoriti rakyat di negara ini sudah lama merasa juak dengan tindakkan-
tindakkan jahat pembangkang di Perak tersebut. Jika ianya dibiarkan ia terus berlaku tanpa kerajaan mengambil tindakan tegas dengan seberapa segera boleh mendatangkan lagi suasana sedemikian kepada negeri-negeri lain di negara ini dan amat membahayakan.

Salam perjuangan utk saudara ku Faisal dan rakan2 blogger BPN. Demi agama, bangsa dan negara kita sama-sama tentukan negara kita dalam keadaan selamat dari penjahat-penjahat yang bertopengkan kebaikan.

Saya menyokong penuh atas usaha-usaha yang baik...

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Pakmie.blogspot.com

Anonymous said...

Nak lepas,lepaslah semua sekali.Ni tak,puak Hindraf dan pendatang asing je.Yang muslim ramai lagi kat dalam.Takut sangat ngan hindu,diorang 'batuk'sikit je dah gelabah..

PUTRA MERDEKA said...

salam tuan, isu pembebasan tahanan ISA telah saya coretkan didalam blog saya 2 hari lepas dibawah tajuk 'hishammuddin... lembik yang dikeraskan?' sudikan lah membacanya jika ada masa, apapun kita berkongsi keresahan yang sama, terima kasih & salam

Anonymous said...

Antara blog paling bangang