Saturday, May 9, 2009

TERKINI DARI KOTA BHARU ,NIK ABDUH KALAH !


Berita yang baru diterima dari Kota Bharu mengatakan Nik Abduh Bin Datok Nik Abdul Aziz kalah dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda Pas Kelantan.


Nik Abduh mendapat 54 undi ,manakala pencabarnya Abdul Latif yang juga seorang Adun di Kelantan mendapat 74 undi.

Khabar angin yang semakin kuat bertebaran di Kelantan sekarang mengatakan ada berlaku politik wang dalam pemilihan ini. Cerita ini sudah mula bising dan menjadi buah mulut orang ramai di Kelantan.

Khabarnya seorang orang 'kuat' dari team erdogan menjadi pembekal utama $$$ dan pengedar $$$ untuk memastikan Nik Abduh kalah.


Nampaknya apa yang dikatakan sebelum ini iaitu Pas dilanda politik wang sudah menjadi kenyataan.

Ini baru langkah pertama,kita nanti langkah-langkah seterusnya. Pelbagai lagi cerita busuk akan keluar dari dalam Pas.

Kemaskini @ 1811hrs : Saya baru sahaja menghubungi seorang Pemimpin kanan Pas yang saya kenali,seperti mana yang saya pernah coretkan di blog saya sebelum ini.klik sini Beliau tidak menafikan berlakunya politik wang dalam pemilihan di Kelantan ini. Walau bagaimanapun beliau akan cuba mendapatkan maklumat lanjut yang jelas dan meminta saya menghubunginya kembali esok.

10 comments:

Anonymous said...

ape yang ko merepek ni labu..??

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
che_wan said...

Hahahahaha......

Ku ingatkan "gedebe" sangat rupa2nya sama saja "MATA DUITANNYA".

Anonymous said...

Orang PAS amal politik wang?
Orang PAS kan smua betol...
Aku x percaya la...

Tapi kalau politik balak aku percaya....


Saya pun org Kelantan juga,sekor sekor aku tahu perangai geng2 pembesar Kelantan ni.Nik Aziz je yg nampak zuhud tp yg lain tukar keta mcm tukar baju.....

Balak pun dah licin....

Anonymous said...

Mana SPRM..biasa kalau ada rasuah dikalangan pembangkang akan serta merta disiasat dan dipaksa meletak jwtn.Tengok kes lembu korban...kalo takde bukti jgn tudoh...Yang sudah sebati dgn rasuah(depa kata politik wang-taik dia) ni UMNO ni.Bangga makan RASUAH.. dok pegang jwtn situlah,walaupun dah ada bukti..
Bagi bukti Pezal bukti..aku orang kelantan aku tahu.sapa dia,bila,dekat mana baru org pecaya..Aku nak gi buat report.Kalau tak bila kau mati nanti akan diseksa didalam neraka..

Anonymous said...

2 X 5 jerrr...dah lama dah berlaku beb...tapi sebab pakai kopiah pandai lakon.....
tak pe lah org UMNO kalau politik wang dia tak der junjung quran...tapi org PAS politik wang siap main agama lagi.....cakap berdegar degar ekor penuh taikkkkkk
TAKBIR!!!!....Hallelujahhhhhhhhh.......

Anonymous said...

aku dah dpt perbezaan... dalam UMNO... politik wang nie BUDAYA... dalam PAS jadi penyakit.... mcm tak sama jer... hahaha... lain kali bro... jgn ler samakan TAKBIR dengan Hallelujahhhhh tu.. lain ler kalau kamu tu non muslim....

irfan said...

Politik wang??? ishh..kau ingat PAS ni macam UMNO kerr?!

Jangan nak tuduh tak tentu pasal kalau takder bukti. UMNO yang dari dulu dah tak terkira dah begitu banyak rasuah dan komisyen haram.

PAS ni kalau betul amal rasuah dah lama dah kena dakwa.

Semua orang tak perfect. Tapi kalau nak bandingkan salah laku UMNO dan PAS ni, bagai langit dan bumi..bagai kuman dan gajah..jadi jangan lah nak samakan kesalahan PAS yg sebesar kuman (jika ada lah) dengan kesalahan UMNO yg sebesar gajah tu..tak pun sebesar dinasour

Anonymous said...

PAS ni semuanya dah kompom ke masuk syurga......????

dorang pun manusia juga.......

Anonymous said...

susah kalau ada pngikut taqlid cm depa2 yg xpecaya ni...dh bg bukti nanti ckp bukti tu palsu..dibwat2.. cube la ngaku n cari jalan muhasabah diri..sekurang2nya UMNO berani mendedahkan kepincangan dalaman dan berani utk membuat perubahan dan penambahbaikan.. pelik betul..ape yg nk di agung2kn pas tu..kite agungkn ALLAH DAN RASUl..bkn manusia yg xma'sum ..