Monday, May 11, 2009

UMNO TERIMA PUKULAN BERDARAH HIDUNG DI HARI KELAHIRAN


Seperti mana yang kita semua sedia maklum,hari ini merupakan hari ulangtahun UMNO
ke 63.

Tetapi hari ini juga kita menerima keputusan yang kurang mengembirakan di Mahkamah KL,apabila Mahkamah memutuskan Nizar Bintang Tiga sebagai MB Perak yang sah.

Sebagai rakyat yang mendukung demokrasi,maka kita terima jua keputusan ini. Kita tidak melakukan demontrasi untuk membantah.

Keputusan Mahkamah hari ini juga membuktikan yang Mahkamah kita adalah telus dan adil,tidak seperti mana yang digembar-gemburkan oleh Pembangkang selama ini kononnya Mahkamah kita tidak adil dan dikawal oleh Kerajaan.

Nampaknya UMNO menerima satu tumbukan yang kuat hingga berdarah hidung di hari kelahirannya.

Walau bagaimana ditumbuk,ditendang,disepak,diterajang dan sebagainya hingga hilang sebelah kaki pun KITA AKAN TETAP BANGKIT, LAWAN DAN LAWAN, DAN LAWAN HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR.

Pesanan kepada ahli-ahli UMNO dan BN. Kita terima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Jangan bertindak diluar kawalan. Bawa bersabar,bawa mengucap,banyakan istigfar. Kita orang Islam kena terima kehendak Qada & Qadar. Biar undang-undang yang menentukan segalanya.

4 comments:

Hawaii five -O said...

Apa nak di risaukan, sbb apa yg mahkamah putus kan itu betul, TAPI UNDI TIDAK PERCAYA masih boleh diusulkan semasa bersidang nanti... JGN panik... lps ni pakat ramai2 ADUN BN dan BEBAS, usulkan undi x percaya pada MB, abis cerita , tutup kes.

Sebab bila usul x percaya pada Nizar di buat, sure hal ni xleh bwk ke mahkamah....

Ada hikmahnya.... smua yg terjadi....

Pada Nizar dan geng, jgn anggap anda boleh terus tersenyum lebar, sbb UNDI X PERCAYA , boleh dilancarkan pada persidangan nanti.....

Anak Lenggong said...

Kita terima dengan hati yang terbuka kerana ini ketentuan daripada illahi dan qadar dan qadar adalah daripada nya...sekarang kita tunggu berani tak Nizar mempersembahkan kepada paduka Sultan untuk bubarkan dewan...seperti yang dikatanya..

Anonymous said...

mb je orang dia, dewan dah orang kita
hidup UMNO hidup Melayu Perak

armouris said...

info tentang hidung berdarah kat sini - Hidung Berdarah