Monday, May 11, 2009

UMNO ! UMNO ! UMNO !


Pejam celik,pejam celik tanpa disangka-sangka hari ini usia UMNO genap 63 tahun. Pelbagai kenangan pahit manis telah dilalui oleh UMNO sepanjang usianya ini.

UMNO inilah yang menjadi buah mulut dan pujaan nenek,moyang kita dulu. Tetapi bila sampai ke peringkat anak cucu UMNO inilah yang dikeji mereka. Tak mengapa....melayu mudah lupa.

Sebenarnya krisis yang melanda UMNO inilah yang menyebabkan UMNO semakin kuat. UMNO tidak pernah malu mengaku kekurangan atau kesilapan dirinya. Inilah wajah UMNO yang sebenar. Bukannya seperti parti-parti lain yang sering mengaku mereka selalu betul sepanjang masa.

UMNO telah banyak melahirkan bijak pandai melayu di dalam Negara ini samada dalam bidang ekonomi,pendidikan dan politik.

Ramai bijak pandai melayu bila sudah berjaya maka mereka mula melupakan UMNO,tetapi UMNO tidak pernah berdendam kepada mereka.

Ramai orang melayu bila mahu belajar politik,UMNO lah tempat mereka belajar bertatih,tetapi bila sudah besar sehingga pandai berjalan dan berlari maka ditinggalnya UMNO dan mereka pula yang menikam-nikam UMNO. Tapi UMNO tidak pernah berdendam kepada mereka. Nik Aziz sendiri setelah tamat belajar di India dan apabila pulang ke Malaysia beliau menjadi ahli UMNO dan bekerja dengan Kemas pada masa itu. Tetapi selepas gagal mendapat kenaikan pangkat dalam Kemas maka beliau meninggalkan UMNO dan memasuki PAS.

Itu cerita Nik Aziz. Saya sendiri pun pernah derhaka kepadaUMNO untuk seketika. Kenapa saya derhaka ? Kerana ikutkan darah panas anak muda pada masa tersebut dan tiada 'didikan'. Tetapi saya cepat tersedar dan saya kembali ke landasan yang sebenar.

Semua orang pernah buat silap ,tapi kita hendaklah bangkit memperbaiki kesilapan kita.Jangan malu mengaku kesilapan. Kalau kita malu maka kita akan gagal. Begitu juga dengan UMNO.

Nasihat saya kepada anda semua jangan hanya kerana satu dua masalah ,maka kita hukum UMNO sekejam-kejamnya. Seburuk-buruk mana manusia sekalipun tetap ada kebaikan pada dirinya. Begitu juga kepada UMNO.

Sekiranya ada yang tidak kena pada UMNO kita tegur. UMNO sentiasa terbuka menerima teguran daripada ahli dan rakyat.

Sempena hari ulangtahun kelahiran UMNO pada hari bersejarah ini,marilah kita sama-sama MEMAAFKAN UMNO. Kita buang yang keruh dan kita ambil yang jernih.

Marilah kita bersama-sama dengan Presiden baru UMNO melakukan perubahan kepada UMNO. Setiap ahli ada hak untuk bersuara dalam UMNO,samada memberi cadangan atau teguran.

Jika anda semua ada masalah atau apa-apa cadangan dan teguran untuk kepada UMNO dan tidak tahu kemana hendak disalurkan,anda boleh salurkan kepada saya melalui blog atau email: faisalrohban@gmail.com

Saya akan cuba untuk membantu anda sebaik mungkin. Begitu juga kepada mereka-mereka yang pernah membuat aduan,memberi cadangan atau masalah tetapi tiada tindakan terhadap aduan tersebut anda juga boleh menyampaikan kepada saya.

KEPADA AHLI UMNO YANG SAYANG DAN CINTAKAN UMNO ANDA DIMINTA MENGIKUT SEMUA LANGKAH-LANGKAH DI BAWAH INI.

JIKA ANDA GAGAL MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH DI BAWAH INI SAYA KATEGORIKAN ANDA SEBAGAI AHLI UMNO YANG TIDAK SETIA DAN TIDAK SAYANGKAN PARTI
.

AYOHHHH....
BUKTIKAN KESETIAAN KITA KEPADA PARTI KESAYANGAN KITA.


1) KLIK DISINI DAN DENGAR SAMPAI HABIS,SELEPAS HABIS,ULANG BALIK DUA KALI LAGI.


2) AHLI UMNO JUGA DIWAJIBKAN MENINGGALKAN KOMEN DI RUANGAN INI ,WALAUPUN SEBARIS AYAT.

3 ) SEBUTKAN SEBANYAK 63 KALI 'SAYA SAYANGKAN UMNO'.

4 ) DOA, BACA BISMILAH DAN SELAWAT TIGA KALI DULU TERHADAP JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW. KEMUDIAN BACA DOA DI BAWAH INI '

YA ALLAH YA TUHANKU ,AKU BERSYUKUR PADA MU,DENGAN LIMPAH IZIN DAN KURNIA MU DAPAT JUGA UMNO SAMPAI USIA 63 TAHUN PADA HARI INI.

YA ALLAH YA TUHANKU,PELIHARA DAN LINDUNGILAH UMNO DARI SEGALA MALA PETAKA DAN BALA BENCANA.

YA ALLAH YA TUHANKU, BERILAH KEKUATAN KEPADA UMNO DALAM MEMBELA NASIB AGAMA,NEGARA DAN BANGSA.

YA ALLAH YA TUHANKU HANYA PADA MU TEMPAT KAMI MEMOHON DAN KAU PERKENANKANLAH PERMINTAAN HAMBA MU YANG HINA INI.

AMIN-AMIN YA RABAL ALAMIN.

11 comments:

Anonymous said...

hidup umno
selamat hari ulang tahun

Abas said...

Salam:

HIDUP UMNO!!!

DULU, KINI DAN SELAMANYA.

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 63

Malaysian-2Day said...

InsyaALLAH, UMNO akan terus kukuh demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA! Mati UMNO matilah Bangsa dan AGAMA.

SAYA SAYANGKAN UMNO

puteripencinta_islam said...

selamatkan islam,selamatkan umno,selamatkan melayu...

najamarine said...

hidup UMNO.....

Allahu akbar..

UMNO dulu kini selamanya.....

unichik said...

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

hidup umno!!

sy bersyukur menjadi insan bertuah, dilahirkan di bawah kempimpinan kerajaan BN. saya bertuah punya pemimpin dari UMNO yang bekerja keras memastikan nasib anak bangsa terbela.

sy juga hampir terpesong pada tahun 1998 semasa masih di tingkatan 2 akibat pengaruh dan hasutan segelintir guru di sekolah.

saya bersyukur cepat sedar. sy bersyukur ayah dan ibu saya sering mengingatkan jasa dan bakti UMNO kepada rakyat malaysia.

semoga UMNO terus maju dan terbilang

unichik said...
This comment has been removed by the author.
ruang bicara faisal said...

terima kasih bebanyak kpd yg memberi sokongan dan kerjasama

dakwan said...

Saya bukan ahli UMNO tapi menyokong UMNO dari dulu lagi. Secara terang saya menyatakan kepada rakan-rakan yang menyokong pembangkang terutama Cina dan India, saya ada penyokong BN. Saya melihat "Dacing"....tak kisah...UMNO, MCA, MIC.....janji "Dacing"....

Hidup UMNO! Hidup BN!

Anonymous said...

hoi bodoh keputusan mahkamah dah keluar laaaaa

kat utusan

zambry boleh pegi mampus

dakwan said...

Kadang-kadang bila baca komen dari mereka pro pembangkang ni...sangat memjelekkan...hehehehe

Bahasa yang digunakan amat kasar.

Fakta yang sangat dangkal.

Apa nak jadi nasib Melayu ni....