Wednesday, July 29, 2009

GPMS & JMM ANAK JANTAN

Naib Presiden GPMS En.Jais Abd Karim serta Pengerusi GPMS Selangor,En.Mustafa dan Pengerusi JMM,En.Azwandin sedang menyerahkan memorandum kepada Nik Nazmi.
En.Mustafa,Pengerusi GPMS Selangor (dua dari kiri,berkacamata) sedang memperkatakan sesuatu kepada Nik Nazmi


TAKBIRRRR...

Syukur kehadrat Allah SWT kerana usaha RBF dan beberapa rakan blogger lain telah bersahut.

Pada jam 11.35 pagi tadi (rabu) dua buah NGO iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah menghantar satu memorandum berkenaan dengan Wan Siti Farihan kepada Pejabat MB Selangor.

Memorandum tersebut diterima oleh Setiausaha Politik MB Selangor,iaitu Saudara Nik Nazmi. Beliau berjanji akan menyampaikan Memorandum tersebut kepada MB Selangor.

Sekalung tahniah diucapkan kepada En. Jais dari GPMS dan En.Azwandin dari JMM kerana berani bertindak membawa suara bangsa. Inilah NGO yang rakyat Malaysia perlukan. Rakyat tidak perlukan sebuah NGO yang hanya berani bercakap sahaja tetapi perlaksanaan kosong.

Untuk melihat isi kandungan memorandum tersebut sila klik disini

No comments: