Wednesday, July 8, 2009

MANEK URAI (1) PAS SALAHGUNA JENTERA KERAJAAN NEGERI

Pertama sekali maafkan saya jika saya tidak melaporkan sebarang perkembangan daripada MU di dalam blog saya. Ramai rakan - rakan yang menghubungi saya meminta saya melaporkan perkembangan daripada MU.

Untuk pengetahuan sahabat sekalian ,kehadiran saya di MU bukan atas kapasiti sebagai blogger. Tapi atas kapasiti jentera PRK. Masalah yang saya hadapi disini ialah masa. Terasa tak cukup 24 jam sehari. Terlalu banyak kerja-kerja p/raya yang terpaksa dilakukan. Bermula daripada subuh hari dan berakhir tengahmalam. Amat sukar bagi saya untuk kemaskini blog. Faktor kemudahan internet tidak menjadi masalah disini. Ini kerana sistem wi fi yang amat memuaskan terdapat di Comand Centre BN,sampai ke dalam tandas pun ada wi fi . Faktor masa yang menjadi halangan.

Walau bagaimanapun,anda semua masih boleh mendapat perkembangan PRK MU melalui blog ini yang dikendalikan oleh rakan kita dari Kelantan yang bernama Yol. Manakala untuk gambar-gambar pula anda boleh lihat disini.

PAS SALAH GUNA JENTERA KERAJAAN NEGERI UNTUK PRK MU

Selama ini setiap kali menjelang p/raya hamPAS bagaikan anjing menyalak bukit menyelar BN kononnya menyalahgunakan jentera kerajaan untuk kerja-kerja p/raya. Ibarat kata depan mata tak nampak,tapi kuman diseberang laut jelas kelihatan.

Kalau BN buat dipanggil rasuah ,kalau dia buat , dipanggil sedekah atau amal jariah. Dasar setan lidah bercabang. Cakap tak serupa bikin.



Kenderaan rasmi Pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan digunakan untuk kerja-kerja kempen di MU. Gambar ini dirakam oleh saya sendiri di hadapan markas induk hamPAS di Sungai Sok pada 8/7/08 jam 1.00 tengahari.



Kerusi-kerusi Majlis Daerah Kuala Krai disediakan untuk hamPAS pada hari penamaan calon. Sila lihat perkataan MDKK di belakang kerusi yang diduduki oleh mamat berkopiah itu. Gambar ini saya petik daripada akhbar Sinar hamPAS harian edisi Kelantan.

1 comment:

Manek Urai 2009 said...

Assalamualaikum

Terima kasih atas kesudian tuan mempromosi blog http://manekurai2009.blogspot.com/ di laman tuan.

Kita mungkin sering berjumpa di Command Center BN tapi belum mengenali satu sama lain.

Insyaallah kita akan raikan bersama-sama kemenangan BN di Manek urai ini.

Terima kasih juga atas tenaga yang dicurah membantu jentera di sini.

Wassalam