Friday, August 14, 2009

LIDAH NIK AZIZ & HARAKAH = LIDAH SYAITAN

CORETAN SELEPAS SUBUH


Menemui sahabatku sekalian yang aku cintai dan ku sayangi setiap detik. Aku berharap kalian semua berada di dalam keadaan sihat walafiat sepanjang masa.


Sahabatku sekalian, jika malam tadi aku mencoretkan posting berkenaan Hassan Ali dalam keadaan penuh emosi, tetapi pagi ini aku mencoretkan posting ini dengan penuh syahdu di hening pagi Jumaat yang mulia ini. Selepas solat subuh jam 6.30 pagi tadi , aku termenung memikirkan nasib agamaku dan bangsaku yang terus menerus dilacurkan oleh cerdik pandai agama demi keuntungan politik mereka.


Lantas aku mencapai komputer cabuk ku ini untuk mencoretkan sesuatu.


Sudilah kiranya kalian membaca tulisanku yang tidak seberapa ini sehingga penghujungnya. Aku cuba coretkan yang terbaik dan mudah difahami oleh semua. Semoga kita sama-sama dapat berkongsi padangan dan pendapat.


Sahabatku semua, aku rasa tidak menjadi kesalahan kepada saya jika terus menggelarkan sebagai Harakah Lidah Rasmi Syaitan.


Setiap berita yang mereka laporan pasti ada penipuan. Tetapi mereka tetap memperbodohkan rakyat dengan mengatakan hanya laporan mereka sahaja yang benar dan tepat.


Begitu juga dengan Nik Aziz,seperti mana yang saya kata dua hari lepas. Sepatutnya beliau yang cerdik pandai agama menggunakan lidah beliau dengan sebaik mungkin supaya dapat memberi berkat dan manfaat kepada masyarakat. Tetapi tidak bagi beliau,dia terus gunakan lidah beliau sebagai lidah syaitan untuk memecah belah masyarakat mengikut kepentingan politik beliau dan PAS.


Dua perkara yang saya ingin beritahu disini.


Perkara pertama ialah berkenaan kenyataan Nik Aziz yang mengatakan tidak menjadi masalah jika DAP menghina Islam kerana mereka masih dalam proses mengenali Islam.


Sudah 52 tahun Tanah Melayu merdeka dan Islam dinobatkan sebagai Agama Rasmi Negara, adakah orang-orang cina masih tidak memahami asas Islam. Mustahil ?. Hanya segelintir sahaja daripada mereka yang sengaja ingin mencabar Islam dan orang-orang Islam. Atau pun mereka sengaja 'test market' bagi menguji sejauh mana kehebatan orang-orang Islam mempertahankan agama mereka.


Sewaktu kartunis Denmark membuat karikatur Nabi Muhammad SAW ,umat Islam seluruh dunia bangkit membantah perkara tersebut malah Nik Aziz pun turut sama membantahnya di Kota Bharu . Pada masa itu tidak pula terkeluar perkataan yang kartunis itu masih dalam proses mengenali Islam daripada mulut Nik Aziz. (Rujukan 1)


Tetapi hari ini apabila DAP menghina Islam ,itulah yang menjadi kenyataan daripada lidah syaitan yang berada dalam mulut Nik Aziz. Semuanya kerana keuntungan politik yang dikejar olehnya. Sehingga sanggup mengelirukan masyarakat.


Perkara yang kedua ialah mengenai sumpah Saiful yang dipertikai oleh Nik Aziz tahun lalu. Nik Aziz berkata sumpah hendaklah dimulakan dengan menyebut perkataan Walahi,Wabillhi dan Watallahi. (Rujukan 2)


Ya memang benar. Saya setuju dengan Nik Aziz. Tetapi Nik Aziz lihat atau tidak sumpah Saiful. Memang pun Saiful bersumpah dengan cara begitu. (Rujuk gambar no 3 dari atas dan klik pada imej)


Kemudian dikatakan pula oleh juak-juak PAS kononnya sumpah tiada dalam ajaran Islam. Tetapi mengapa pula Pemuda Pas di zaman Salahuddin Ayub mencabar Pengerusi SPR bersumpah dengan cara yang sama seperti mana Saiful bersumpah. Dikata olehnya golongan munafik sangat takut bersumpah dengan cara Islam. Saya amat berharap agar Salahuddin dapat mengatakan benda yang sama kepada Anwar Ibrahim,kerana beliau amat takut untuk bersumpah. (Rujukan 3)


Dikata lagi oleh Nik Aziz kononnya cara Saiful bersumpah memegang Quran dan di dalam Masjid sama seperti cara kristian.


Tetapi tidak sedarkah oleh Nik Aziz yang beliau menyokong perkataan Allah digunakan oleh kristian. Adakah itu tidak sama dengan Islam ?


Saya amat berharap sangat-sangat agar satu hari nanti Nik Aziz tidak mengeluarkan kata-kata kononnya orang-orang Islam yang pergi Sembahyang Jumaat setiap hari Jumaat sama seperti orang kristian yang ke gereja setiap hari Jumaat pada waktu yang sama dengan orang-orang Islam Bersembahyang Jumaat. Nauzubillah...


Saya pernah berjumpa dengan Bekas Timbalan MB Kelantan yang juga Ahli Parlimen Pengakalan Chepa sekarang iaitu Ustaz Abdul Halim Abd Rahman. Saya bertemu dengan beliau di Lapangan Terbang Subang,kerana kami menaiki pesawat Firefly yang sama menuju ke Pulau Pinang pada bulan Ogos 2008.


Pada waktu itu baru seminggu selepas Saiful bersumpah. Oleh kerana jadual penerbangan ditunda selama satu setengah jam,maka saya mempunyai masa yang banyak untuk bertanya soalan dan berbual dengan beliau.


Saya bertanya beliau tentang sumpah Saiful dan kenyataan Nik Aziz yang mempertikai sumpah tersebut.Beliau menjawab sumpah Saiful boleh diterima dan sah. Soal pegang Quran atau tidak itu tidak menjadi masalah katanya. Yang penting sumpah tersebut sah.


Saya bertanya lagi, kenapa Nik Aziz cakap sumpah Saiful cara kristian dan menafikan mengikut cara Islam. Ini akan membuat masyarakat keliru.


Beliau mengeluh panjang sebelum menjawab. Lantas beliau memegang tangan saya sambil berkata dalam loghat Kelantan "Ginilah,kecek tok guru demo tok sah pakai la.Dia mulut celupar dan kecek ikut sedap mulut dia jah".(Beginilah,cakap tok guru awak jangan pakai.Mulut dia celupar dan bercakap ikut sedap mulut dia sahaja).


Lantas saya bertanya, kalau begini Datuk maknanya,memang benarlah Anwar seorang peliwat ?


Beliau tersenyum simpul dengan penuh makna dan saya dapat membaca apakah maksud senyumannya itu serta bahasa badan beliau,cuma tidak terkeluar daripada mulut beliau sahaja.


Setelah saya bertanya sekali lagi barulah beliau menjawab begini.


Kami tahu siapa Anwar Ibrahim yang sebenar dan kami tahu ada golongan di dalam PAS yang mengambil kesempatan daripada Anwar Ibrahim. Sepanjang 18 tahun PAS memerintah Kelantan empat Menteri Kewangan telah bertukar. Daim Zainuddin,Anwar Ibrahim,Dr.Mahathir dan Abdullah Badawi. Yang paling teruk sekali adalah Daim dan Anwar. Saya tahu kerana saya Timbalan MB Kelantan,katanya lagi.


Saya kira itulah jawapan yang paling selamat bagi beliau walaupun cuba memesong ke lain sedikit. Saya berpuas hati dengan jawapan beliau dan saya dapat rumuskan apa kesimpulannya. Jika beliau yakin Anwar bukan seorang kaki liwat,saya rasa belum sempat habis soalan yang saya tanya lagi beliau sudah menafikannya dan tak mungkin saya dapat bertanya soalan kedua lagi.


Kesimpulannya disini memang ramai pemimpin-pemimpin PAS yang tahu Anwar adalah peliwat hatta Nik Aziz sendiri pun tahu,tetapi mereka tetap mahu menggunakan Anwar sebagai alat kepentingan politik mereka. Ini kerana Anwar telah memberi seribu satu keuntungan kepada mereka dan mereka harus kudakan Anwar sebaik mungkin.


Ibarat kerbau membajak sawah. Walaupun petani berkenaan tahu yang kerbau itu baka tidak baik,disebabkan kerbau itu kuat dan rajin bekerja maka digunakan sebaik mungkin kerbau itu untuk membajak bendang. Apabila kerbau itu sudah tua dan petani berkenaan sudah mengaut keuntungan berlipat kali ganda, tanah bendang pun sudah ditukar menjadi perumahan,maka kerbau itu tidak dihiraukan lagi. Begitulah nasib seekor kerbau dan nasib ini juga bakal menimpa Anwar Ibrahim.


Tidak menjadi masalah kepada saya mahu pun UMNO jika kamu ingin terus bekerjasama

dengan Anwar untuk mengejar keuntungan politik kamu ,walaupun kamu tahu siapa dia yang sebenarnya. Dosa tersebut kamu yang tanggung,bukannya kami yang tanggung.

Tetapi dalam kamu mengejar keuntungan kepada kamu, jangan pula kamu terus-menerus mengelirukan masyarakat dengan perkara-perkara yang tidak benar dan mempemain atau memperdagangkan agama.


Saya ibaratkan PAS dan Nik Aziz seperti berikut.


Ali seorang yang baik dan alim serta patuh kepada perintah agama, tetapi dia miskin. Satu hari datang seorang yang bernama Jusoh berjumpa dengan Ali. Jusoh ini sedikit jahil serta tahi judi dan pakar dalam perjudian. Sesiapa yang mengikut Jusoh pasti akan kaya kerana beliau akan mengajar taktik dan teknik berjudi yang berkesan serta mampu membawa kemenangan sepanjang masa kepada si penjudi.


Kata Jusoh kepada Ali, kalau kamu nak duit banyak kamu kena ikut aku dan aku akan bagi kamu kaya. Mula-mula Ali menolaknya kerana Ali tahu yang Jusoh itu sedikit jahil dan Ali tidak mahu wang daripada hasil judi

.

Tetapi apabila Jusoh sering memberi sedikit demi sedikit wang judinya kepada Ali,maka Ali mula rasa seronok dan syok dengan wang yang banyak. Lama kelamaan Ali pun turut sama berjudi.


Yang paling parah pula apabila si Ali turut sama berkempen kepada orang-orang kampungnya dan mengajak mereka berjudi sambil berkata judi tidak berdosa.


Lantas Imam kampung tersebut berjumpa dengan Ali dan memberitahu dia yang berjudi itu haram serta menasihati dia agar berhenti berjudi dan jangan ajak orang-orang kampung turut sama berjudi. Kata imam tersebut tadi,kalau kamu tidak mahu mendengar nasihat saya tidak mengapa , kamu boleh terus berjudi tetapi jangan hasut orang lain supaya berjudi dan berkata judi itu tidak berdosa. Kamu tanggung dosa kamu, saya sudah jalankan tugas saya sebagai seorang imam memberitahu perkara yang benar.


Ali terus keras kepala dan berkata judi tidak berdosa serta menuduh imam tersebut dengki kepadanya kerana dia mempunyai wang yang banyak dan menuduh imam tersebut telah dibeli atau diupah oleh ketua kampung untuk merosakan imej Ali sebagai orang yang beriman serta alim.


Begitulah kisahnya , seorang yang baik dan alim seperti Ali pun sanggup menukar hukum demi kerana wang. Begitu jugalah dengan PAS dan Nik Aziz yang sanggup angkat sesiapa saja , buat apa saja dan cakap apa saja, asalkan memberi keuntungan politik kepada mereka yang seterusnya boleh memberi kuasa kepada mereka juga.


Harus diingat , dalam dunia ini, sekuat mana pun iman seseorang itu, sepanjang mana pun jubahnya, sebesar mana pun serbannya, berapa banyak pun dia bersembahyang serta berzikir dan sebagainya tetapi mereka akan tewas dengan tiga perkara. KUASA,WANG DAN BETINA.(Rujukan 4)


Begitulah juga dengan PAS, mereka berpolitik kerana mengejar kuasa. Daripada kuasa kelak akan menjadi wang. Apabila mendapat wang,betina pula yang dicari.(Rujukan 5)


No comments: