Monday, September 7, 2009

NIZAR OIII !!! LIMA ADUN PAKATAN JUMPA PM MALAM TADI

Gelora politik Kerajaan Pakatan yang melanda Selangor sekarang sukar untuk dibendung lagi. Ianya sudah membuak-buak keluar,walaupun cuba ditahan-tahan oleh Peliwat Tangguh Tetap Tangguh. Telur sudah dihujung tanduk. Bak tajuk lagu popular nyanyian Shidee , di zaman Wahid Kasran menulis dalam Mingguan Malaysia dulu, iaitu 'Sayang Semuanya Sudah Terlambat'

Khabar lewat malam yang diterima mengatakan lima Adun Pakatan Selangor, melakukan kunjungan 'mesra' ke atas PM yang juga Pengerusi BN Selangor pada malam tadi. Kunjungan ini juga boleh ditakrifkan sebagai kunjungan menghulurkan salam perkenalan. Maklumlah tidak lama lagi bakal ehem...ehem...

Mereka semua datang dengan penuh ikhlas, mereka datang tanpa dipaksa, tanpa diupah dan tanpa diumpan. Apabila orang datang dengan ikhlas dan baik,maka Datuk Seri Najib menerima kedatangan mereka dengan hati yang terbuka,kerana beliau seorang PM dan beliau boleh berjumpa dengan sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang ingin berjumpa beliau.

Apa intipati perjumpaan mereka saya belum dapat mengetahui lagi. Mungkin mereka datang berbincang dengan PM untuk meminta 'projek-projek federal dilaksanakan DUN mereka'. Mungkin juga 'hal-hal lain'.

Tetapi hati saya dan rakan-rakan Blogger Selangor Bangkit merasakan mereka datang untuk membincangkan pembentukan kerajaan baru di Selangor.

Manalah tahu mungkin Allah SWT nak menjadikan 16 September yang bakal mendatang beberapa hari lagi sebagai tarikh keramat penyatuan dua belah pihak Adun yang berlainan idealogi politik selama ini.

Kepada mana-mana kontraktor yang bakal hendak tandatangan perjanjian atau mana-mana pelabur yang ingin melabur di Selangor, dinasihat menangguhkan dulu hasrat seketika. Kalau yang sudah terlepas tandatangan atau melabur, berdoa sajalah agar ianya kekal jika kerajaan baru mengambil alih Selangor sedikit hari lagi.

Termasuk juga syarikat insuran yang dibawa oleh Saifudin Nasution Al-Kataki untuk skim insuran berkelompok. Doakan semoga perjanjian anda tidak dibatalkan jika kerajaan baru mengambil alih pemerintahan kelak.

Hajiman Ibrahim di Kumpulan Semesta juga khabarnya tidak senang duduk lagi sekarang. Beliau ibarat cacing kepanasan. Sampai jam dua pagi masih berada di pejabat kerana cuba menutup mana-mana lubang yang lompong di syarikat tersebut.

Chegu Bard juga sudah boleh melupakan kerusi empuk di KDEB. Ahli-ahli majlis juga khabarnya sudah tidak lagi diangkut oleh tauke-tauke cina ke karaoke.

Ronnie Liu serta Adun Sekinchan, Ng Sue Lim juga sudah boleh melupakan duit-duit kopi yang dikutip ratusan ribu ringgit setiap bulan dari tauke-tauke rumah urut,kelab malam dan cyber cafe .

Cina-cina yang memakai jean, beg silang di dada dan cincin penuh dijari yang berbatu permata sebesar penumbuk juga sudah tidak lagi akan kelihatan mengunjungi pejabat Teresa Kok selepas ini.

Tiada lagi staf pejabat Elizabeth Wong yang akan diarah untuk membeli rokok marlboro selepas ini. Bau rokok juga akan perlahan-lahan hilang dari pejabat Eli.

Xavier pula bakal membatalkan pembinaan rumah mewah di Kelab Golf Seksyen 13. Manakala Ean pula sudah berhenti membuat invoice-invoice palsu.

Bagi Khalid Ibrahim pula tiada lagi pemberian lembu-lembu korban atas nama MB ke Bandar Tun Razak pada hari raya korban akan datang.

Inilah balasan kepada orang-orang yang menipu rakyat. Mereka hanya pandai bercakap, tetapi bila diberi peluang mereka gagal melaksanakan dengan baik. Mereka terus menerus melakukan rasuah dan penipuan terhadap rakyat. Mereka laga-lagakan rakyat pelbagai kaum yang hidup harmoni selama ini.

Ayuh Selangor Bangkit.....Lawan,lawan,lawan dan lawan.....

Azmin Ali pasti tersenyum riang melihat tersungkurnya Khalid dan Exco-exconya...

12 comments:

Anonymous said...

NAK TANYA SIKIT..

Kalo kat Karaoke satu malam 2orang belanja sampai RM926.70.. depa pi duk buat apa sampai mahal macam tu eh?

Nak kelalak menyanyi dan minum Coke pun, kalo banyak tu boleh MELETUP perut?

Aku terjumpa satu resit kat tepi jalan lepas due ekok tu lempaq bilasaja depa keluaq pagi buta2 tadi?

HERAN

Jeffry said...

YEEZEEKKK!!...BILA RAKYAT DH MULA BANGKIT, DAH NAMPAK KEPINCANGAN YG DI LAKUKAN OLEH SI LEMBU2 YG TAMAK MAKA DAH TIBA MASANYE UTK RAKYAT MENYEPAK KELUAR PARASIT2 BADIGOL YANG TAK TAU DEK UNTUNG.

KESEPAKATAN DAN PERPADUAN YG SELAMA INI TAK PERNAH DI USIK, MEREKA KACAU!. NAH SKRG HAMIK HABUAN KAU KHALIDDD!!..KEHKEHKEHKEH..ARIBA2 ANGERE2!!!..YEHAAAAAAAAAA!!!

DAULAT TUANKU!!!...DAULAT TUANKU!!!...DAULAT TUANKU!!!

Anonymous said...

btl ke ko ckp nie mat?

kalau betul bole jadi hikmah ramadhan tahun ni..

amin..

YANG GAMBI said...

Salam,

Allah Hu Akbar......... Selangor akan kemabili dipaksi pemerintahan yang adil untuk bangsa dan agama.

KMZ said...

lantak diorang...
sape suruh wat hal...
orang dah bagi peluang memerintah negeri nie, diorang nak bagi hancur negeri 2 pulak...
ingat senang ke nak memerintah negeri nie...
mungkin ini balasan Tuhan bagi orang yang tamak kuasa...

matstimakarpinang said...

lu maboklah dalam bulan puasa ni, ada betolkah?

Media Cyber said...

tawan selangor! HAPUSKAN PAKATAN RAKYAT CORRUPT SELANGOR!

Ezo said...

Bagi jadi.....jangan tak jadi....nak dengar citer...budak PAS di Mesir,menang tender restoran selangor di Rumah Selangor Mesir hayyu asyir....

Korang ingat tak budak yang kena HALAU KELUAR malam exam yang masuk dalam HARAKAH satu ketika dulu....alah...dalam tahun 2005 kot...haaaa dia menang tuh...

SAH...PR pun main bagi kroni...so...pas nih...jangan main sedap jer cakap BN suka main kroni..

Apa pun,,,kawan nak ajak korang datang gak kat ezoegypt...rasa kawan macam sorang2 jer lawan budak2 PR di mesir nih...lawan,,,,tetap lawan!!!

Anonymous said...

Kalau betul.Alhamdulillah.Tapi jangan sampai jadi macam 16 sept nuar.We have the numbers,we have the numbers..Lepas tu habuk pun tarak..Habis semua penyokong ditipu hidup2.Hehehe

reez said...

Halamakkk..
Pasni takde lg ar lembu² Khalid sponser ke Bdr Tun Razak utk raye Qurban??
Tak meraso den hehe..

Sgt² berharap sgt, satu barisan k'jaan yg bersih dpt dibentuk di S'gor..

Dan jugak puak² Hindraf tu dh tak bole berbunyik..

Anonymous said...

Taik kucing awak orang...........

hanizam said...

hah..hah..hah...padan muka kejaraan Khalid Beer...orang bagi undi dulu,suruh tadbir elok-elok...cari gabungan exco yang mantop, tapi bala yang ko dapat...

baik ko bubar je DUN selangor ni...nak kata PR kuat, tak jugak...
to suppoter PR, jangan ingat dulu BN kalan sebab tak kuat, tapi kami memang nak tukar ADUN yang buat kerja tak betul...suruh undur cara baik, tak mau...kita balaslah masa 8 MAC 2998..baru tau yang kita ni memang nak dorang undur...

pasni kalau dah dapat balik selangor, JANGAN TIDOR...buat kerja elok-elok...jangan makan rasuah...pergi karaoke berkepit dengan GRO..

ADIOS...Wellcome to new goverment...