Monday, September 7, 2009

SEMBOYAN HAMPIR BERBUNYI DI SELANGOR

Sebulan yang lepas lagi saya telah mencadangkan kepada seluruh jentera BN, siapkan jentera pilihanraya secepat mungkin. Biar ianya sentiasa dalam keadaan bersedia. Bila siren atau semboyan telah dibunyikan maka ianya dapat bergerak secepat mungkin.

Dalam situasi politik Selangor sekarang, jentera -jentera BN sepatutnya sudah bersedia 24 jam. Ibarat seperti pasukan pertahanan awam,anggota bomba atau tentera, yang sentiasa dalam keadaan bersedia menunggu siren atau semboyan dibunyikan.

Kalau semboyan sudah berbunyi baru kamu semua nak cari kayu bendera,baru nak tubuh jentera kempen,baru nak gerakan perang saraf atau lain-lain lagi yang berkenaan p/raya,maka jawabnya hancurlah lagi BN dalam p/raya negeri Selangor.

Ambil iktibar peristiwa lepas. Politik sekarang, bukan lagi politik gaya BN zaman kuno. Dulu letak batu atau kayu jadi calon pun menang. Sekarang, No Way Man ! Kamu kena bersaing sengit dengan calon lawan, siapa hebat,siapa cerdik,siapa pintar dia akan menang.

Kamu semua jangan berada dalam keadaan selesa, kononnya akan dapat kembali Selangor dengan jalan yang mudah tanpa p/raya negeri. Itu hanya satu pilihan, tapi kamu semua jangan lupa pilihan yang satu lagi berada di tangan Khalid dan Tuanku, iaitu bubarkan DUN.

Kita kena bersedia dalam dua kemungkinan,bukannya ambil satu kemungkinan yang mudah sahaja.Kemudian kamu semua pergi duduk kedai kopi di malam hari bersembang bagai nak rak kononnya semua beres kerana RBF dan GAP telah buat semua kerja.

Ayuh,ayuh,ayuh seluruh jentera BN Selangor,ayuh bangkit bersama RBF dan GAP,siapkan diri mu untuk ke medan perang.

Ingat pesanan RBF sebulan yang lalu. Rujuk disini


4 comments:

antipkrsarawak said...

salam rbf!
teruskan usaha untuk bangkit semula di selangor! kita runtuhkan kerajaan sial pakatan pembangkang! bn jangan ambil mudah lagi kali ni! anwar tak senang nak tarawih dah tu!!! kami sokong usaha rbf gap dan lain-lain geng kita! insya-allah pru-dun sarawak nanti kita ramai2 berkampung di sarawak! kita serang pkr dan lahabau2 pembangkang!!!

Anonymous said...

kerajaan bn dulu baik sangat ka??
rakyat selangor kena fikir kerajaan mana yg boleh bagi air percuma?
bn merintah 51 tahun ada ka depa ingat kebajikan rakyat????
banggang betul la

faizal said...

jangan lah nak berbohong rbf..

depa gaduh sat jaaa..lama-lama aman laa balik..

biasa laaa..sedangkan lidah lagi tergigit..

depa bukan nak join UMNO pun..

UMNO aja yang perasan (syok sendiri)

fikir laa logik sikit..

Anonymous said...

Bro. Tengok mamat 4:55 tu... Mat sabsidi. seronok betul dia dapat air percuma sampai suruh jilat bontot cina pun sanggup. tak tau matematik punya kaki...