Wednesday, November 11, 2009

ANUAR MUSA PERLU PANGGIL SPRM SIASAT PEMAIN KELANTAN



Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Anuar Musa selaku Presiden KAFA kerana berjaya mengubah landskap bolasepak Kelantan dalam masa yang singkat semenjak beliau mengambil alih KAFA beberapa tahun lalu.

Hasil daripada usaha beliau lah pasukan Kelantan yang sering menjadi pasukan belasahan sebelum ini berjaya masuk ke perlawanan akhir sebanyak dua kali tahun ini,Piala FA dan Piala Malaysia.

Rentetan daripada itu, maka sukan bolasepak sudah mula hidup kembali dan berkembang dengan baik di Kelantan sekarang. Semua orang nak main bola,cakap bola,makan bola,tidur bola dan segala-galanya bola.

Pembaca sekalian jangan terkejut, dalam tahun ini di kedai-kedai pakaian sukan di Kelantan, jersi pasukan Kelantan lebih mahal daripada jersi MU atau Liverpool. Itulah hebatnya penangan bolasepak di Kelantan.

Saya tidak mahu mengulas tentang insiden keganasan di Stadium Bukit Jalil ,kerana semua orang telah tahu.

Apa yang saya ingin beritahu disini ialah,saya merasa amat hairan dengan permainan pasukan Kelantan dalam perlawanan akhir sabtu lepas. Seolah-olah ada yang tidak kena.

Saya dan keluarga juga bertandang ke 'medan perang Bukit Jalil' sabtu lepas. Kami berada di tingkat tiga. Daripada sana saya dapat melihat dengan jelas corak permainan pasukan Kelantan. Ianya di luar jangkaan sama sekali. Tidak seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini. Amat jauh berbeza.

Dapat dilihat dengan jelas pemain-pemain seolah-olah sengaja melakukan kesilapan. Hantaran tidak tepat dan sebagainya. Mereka bermain tidak sepenuh hati. Jika hendak dikatakan pemain Kelantan gugup kerana jumlah penonton terlalu ramai,saya rasa tidak logik. Kerana beberapa bulan sebelum ini pemain Kelantan ada pengalaman bermain dalam perlawanan akhir menentang Selangor dalam siri Piala FA. Jumlah penonton sama juga dengan perlawanan sabtu lepas.

Oleh yang demikian,di sini saya dengan sukacitanya ingin mencadangkan kepada Tan Sri Anuar Musa agar dapat meneliti balik rakaman video perlawanan tersebut. Selepas menyaksikannya ,jika Tan Sri merasa ragu dengan pemain-pemain tertentu ,Tan Sri bukalah pintu kepada SPRM untuk melakukan siasatan.

Kita tidak boleh berkompromi lagi dengan rasuah bolasepak. Penyakit inilah yang menghancurkan bolasepak negara di tahun 90 an dulu. Kita kena memastikan agar ianya tidak berulang kembali.

Bukan niat saya untuk melakukan tuduhan sembrono terhadap pemain-pemain Kelantan. Saya hanya ragu-ragu dan mengesyaki sahaja. Mereka juga yang membuatkan saya ragu-ragu. Jika mereka tidak bersalah tidak mengapa. Oleh yang demikian saya berharap agar Tan Sri dapat membersihkan jika ada anasir-anasir yang cuba kembali menjijikan arena bolasepak negara.

Sesungguhnya jika benar ada berlaku rasuah dalam perlawanan tempohari maknanya pemain-pemain yang terlibat telah mengkhianati sokongan puluhan ribu rakyat Kelantan yang datang ke Bukit Jalil dan terpaksa mengharungi perjalanan 450 km,habis wang ringgit,habis masa, tinggal rumah dalam banjir dan mungkin ada yang terpaksa menjual lembu dan kambing untuk datang ke Bukit Jalil.

Jauh di lubuk sanubari saya , saya masih mengharap tidak ada berlaku rasuah dalam perlawanan akhir sabtu lepas. Jika tidak berlaku rasuah ,saya kena terima hakikat bahawa sukan bolasepak kita masih lagi berada di tahap yang teruk. Maka saya boleh takrifkan perlawanan sabtu lepas bukan perlawanan akhir Piala Malaysia,tetapi perlawanan akhir Majlis Sukan Sekolah Malaysia sepertimana yang ditulis oleh seorang pembaca dalam Utusan Malaysia semalam (rujuk di sini).

Akhir kalam, saya berharap agar Tan Sri dapat membuka pintu seluas-luasnya kepada SPRM untuk menyiasat.






6 comments:

pak tam said...

salam bro

ini smua kesan dari MB kelantan, yg sering sgt mendoakan org islam lain ditimpa bala kerana tidak sama fikrah.....

Media Cyber said...

siasat pasal kerusi jer? jangan .. nanti PAS campur tangan lagi perit masalah ni. biarkan org kelantan macam tu.. biarkan rakyat negeri lain melihat kelakuan mereka yang terdesak di itu yg tlh diajar oleh PAS kepada mereka.

http://unitmediasiber.blogspot.com/2009/11/siapa-patut-keluar-parti-siva-atau.html

Anonymous said...

kepada empunya blog....amat berbesar hati kami jika tuan/puan sudi meletakkan link kami (ruangan teman setia) http://www.malaysia-instinct.com/ di blog milik anda. kami adalah sebuah portal

berita yang baru setahun beroperasi dan amat berharap sokongan rakan untuk membantu kami berkembang....terima kasih

djoe said...

mungkin sebahagian pemain kurang pengalaman bermain di pertandingan akhir dengan kehadiran puluhan ribu penonton...

Anonymous said...

jika mereka terbukti tak rasuah. sanggupkah saudara di saman mereka?

apakah saudara sanggup meminta maaf kepada setiap seorang dari mereka?

ini melibatkan kesalahan kita dengan manusia. tak tertangung nanti kalau kita tersalah syak.

Shah Qamary said...

sy fhm tahap keyakinan saudara terhadap pasukan yg saudara sokong. tp saudara juga perlu fhm bahawa bolasepak adalah sukan yg terbuka. siapa2 boleh menang, siapa2 boleh kalah. sy yg mengikuti perkembangan bolasepak eropah pun tak jumpa mana2 kenyataan utk menyiasat para pemain Manchester United yg kalah kpd pasukan baru dlm liga, Burnley. apa yg sy nk nyatakan ialah seeloknya hasil post-mortem perlawanan, perlu didedahkan kpd peminat. itu yg sewajarnya.

mengenai hal menteri yg dinyatakan, sy pasti ianya lebih bersangkutan dgn si penyampai maklumat, ataupun penasihat menteri. sbb kita sedia maklum menteri ini sgt2 cetek pengetahuannya berkenaan sukan, terutamanya bolasepak. namun, ianya adalah sesuatu yg normal utk setiap menteri menerima dan menyampaikan maklumat 'bulat2' di dewan. dia sendiri tak tahu dgn jelas berkenaan sesuatu perkara. byk jugak menteri yg hanya membaca utk menjawab soalan2.

jadi, sy mohon maaf sekiranya ada pendapat sy yg tampak seakan membangkang. tp sy cuma mengetengahkan sudut pandangan yg lain.