Tuesday, November 3, 2009

NIZAR PENIPU !!! TAK SALAH JAIS TAHAN DR.ASRI


Negara menjadi gempar dalam dua hari ini. Semuanya gara-gara penahanan bekas Mufti Perlis oleh JAIS. Beritanya bukan saja menghiasi muka depan dada-dada akhbar utama dan peti-peti televisyen,malah turut sama menghiasi perut-perut blog serta hangat dibincangkan di kedai-kedai kopi.

Daripada pemimpin atas hingga ke pemimpin bawah dari semua parti-parti politik semuanya mempertikai tindakan JAIS. Malah ada yang menghubungi Dr.Asri untuk melahirkan rasa simpati dan berjanji akan menolong beliau. Menurut beliau hanya seorang sahaja yang tidak menghubungi beliau,iaitu Anwar Ibrahim. Kenapa ? Fikirlah sendiri ! Sila rujuk di sini

Beruntung sungguh nampaknya jadi Dr.Asri, semua orang sayang dan semua orang melahirkan simpati.

Kepada rakan-rakan blogger , terlebih dahulu saya minta maaf jika pandangan saya tidak sama seperti anda semua.

Saya berpandangan,tidak menjadi kesalahan JAIS menahan Dr.Asri kerana menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah. JAIS adalah sebuah badan yang bertindak melaksanakan undang-undang atau peraturan yang ada.

Kenapa perlu ada tauliah untuk menyampaikan kuliah agama di Selangor ?

Di Selangor ada banyak kumpulan ajaran sesat yang sering memberi 'kuliah agama' kepada pengikut-pengikut mereka. Di Selangor juga banyak masjid-masjid dan surau yang sering disalahguna untuk kepentingan politik tetapi menggunakan lesen kuliah agama.

Itulah salah satu sebabnya mereka-mereka yang hendak menyampaikan kuliah agama di Selangor harus ada tauliah daripada JAIS. Perkara ini sebenarnya senang sahaja,bukannya terlalu susah. Ianya menjadi susah kerana sikap kita semua yang suka melanggar peraturan.

Peraturan yang ada pada JAIS sudah molek, ianya untuk memudahkan kerja-kerja pemantauan serta memastikan penceramah agama tulen yang menyampaikan ceramah,bukannya penceramah palsu. (Bukan maksud saya Dr.Asri penceramah palsu)

Dalam peraturan JAIS jelas, sesiapa nak menyampaikan kuliah agama harus ada tauliah, tidak kira siapa dia. Mufti,bekas Mufti,pemimpin politik atau sesiapa sahaja. Malah Nik Aziz sendiri pernah diharamkan daripada menyampaikan sebarang ceramah agama di Masjid atau Surau di Selangor di waktu zaman Khir Toyo mula-mula menjadi MB dahulu.

Sebab itu saya kata,benda yang mudah tetapi kita yang susahkan. Sepatutnya Dr.Asri sebagai bekas Mufti atau tuan rumah tempat Dr.Asri menyampaikan ceramah agama,memohon kebenaran atau tauliah daripada JAIS terlebih dahulu sebelum menyampaikan ceramah. Bukan susah sangat pun.

Contohnya begini, undang-undang jalan raya di Malaysia, pemandu harus berhenti jika lampu isyarat berwarna merah. Maka sesiapa yang melanggar lampu merah harus disaman oleh polis. Tiba-tiba satu hari ,kenderaan yang dinaiki oleh bekas Ketua Polis Negara melanggar lampu isyarat merah. Adakah boleh anggota polis yang melihat kejadian itu tidak menahan dan menyaman kenderaan tersebut kerana beliau bekas KPN ? Tidak boleh ,kerana undang-undang tidak mengira siapa.

Kita harus hormat kepada undang-undang yang kita buat. Bukannya kita sendiri yang melanggarnya atau kita yang membela orang yang melanggar undang-undang.

Sebab itu saya tetap mempertahankan tindakan JAIS menahan Dr. Asri tidak salah. Mereka melaksanakan undang-undang yang ada tanpa mengira kedudukan. Cuma caranya adalah sedikit tidak kena, ianya nampak kasar.

Apabila saya berkata begini tidak bermakna saya tidak menyokong atau menghormati Dr.Asri. Saya tetap menghormati beliau sebagai seorang cerdik pandai agama. Cuma dalam masa yang sama kita juga perlu hormat pada undang-undang. Undang-undang tidak mengira siapa,yang salah tetap salah. Jadi tidak perlulah kita semua menghentam JAIS semaksimum mungkin. Mereka hanya menjalankan amanah yang telah diberi kepada mereka.

Ulasan terbaik dari rakan blogger X-PKR. Rujuk di sini




20 comments:

Anonymous said...

JAIS.....
NAMAMU HEBAT...
TINGKAH-LAKU-MU ORANG MELUAT..
TERIMALAH HAKIKAT.

ORANG KAPIAQ BERCERAMAH DALAM MASJID, DIBIARKAN ....
ORANG ALIM MENGAJAR ILMU AGAMA DIKATAkan SESAT, ALIH-ALIH KATA TIADA TAULIAH. SEMEMANGNYA KAMU BANGSAT.

MASALAH REMAJA DIKESAMPINGKAN, MASALAH MAKSIAT DI HOTEL, PAKAT-PAKAT TANGKAP. APA KAJADAH, SUKA MENGINTAI ORANG DITEMPAT SEMBUNYI, KESALAHAN DEPAN MATA, BUAT-BUAT TAK NAMPAK.

JADI KELEMAHAN, KETIDAKSUNGGUHAN, KECUAIAN, KEALPAAN DAN KEKABURAN DI PIHAK JAIS, JIKA DISENARAIKAN BOLEH DIJADIKAN SEBUAH NOVEL BERSIRI DENGAN TAJUK
"JAIS HANYA GAH PADA NAMA"

-Tumpang Lalu-
Alor Setar,
Kedah

ahmadfarihan said...

Salam RBF,
Dalam hal seperti ini yg perlu kita semua sedar bukanlah sahaja tentang lunas-lunas kedaulatan undang-undang dan juga bukanlah boleh kita kupas seluruh permasalahan ini hanya dengan analogi yg begitu mudah. Yg perlu kita fahami dalam kisah terutamanya yg melibatkan manusia ialah cerita yg tersirat terbendung di dalam hati. Ya... kita pasti tidak pasti apakah yg berlaku sebenarnya dalam hal ini setidak-tidaknya sehingga yg menangkap itu menjelaskan motif dan alasan yg kukuh berkenaan cara serta suasana penangkapan dan juga pendakwaan yg tak kunjung tiba itu. Rakyat berasa ralat sekurang-kurangnya tentang dua perkara. Yang pertama ialah berkenaan undang-undang yg wujud itu termasuklah aplikasinya dan juga berkenaan suasana yg berlaku pada malam itu dan juga esoknya. Umum mengetahui bahawa Dr MAZA adalah orang yg dihormati banyak pihak dan perkembangan Dr MAZA dari dulu lagi diperhatikan umum. Kalau tidak boleh berceramah ketika mufti inikan pulak waktu beliau bukan mufti. Permohonan tauliah ini adalah begitu berbeza kalau dibandingkan dengan ujian lesen memandu. Ujian lesen memandu adalah bersifat objektif dan kaedahnya mudah. Kalau markah lulus sudah dicapai maka pastilah sahaja calon itu lulus. Tetapi proses sijil tauliah ini adalah tidak setelus ujian memandu. Ada unsur-unsur subjektiviti dalam perlaksanaannya. Kalau sudah pasti tidak lulus, apakah perlu menghinakan diri sendiri untuk mngambilnya. Sepatutnya pihak jabatan agama negeri perlu prihatin dan menghormati pandangan serta keputusan rakyat. Kalau mufti atau bekas mufti yg cemerlang yg dipandang perlukah lagi sijil dan temuduga ini? Kewujudan undang-undang ini maksudnya ialah untuk mengekang ajaran sesat... apakah Dr MAZA sesat? Maksud perlaksaan undang2 itu dan orang yg menerima akibatnya tidak setara. Apakah kita redha Dr Asri tidak boleh berceramah dimana2 yg dipinta rakyat? Itu persoalan2 darihal yg pertama.
Yang kedua pula yang meragukan ialah berkenaan suasana keseluruhan insiden ini. Seakan-akan ada yang melatah. Yg diterangkan pegawai jabatan berkenaan ialah operasi ini dirancang dan pemantauan telah dibuat sejak sekian waktunya. Namum yg lucu dan geramnya ialah pendakwaan tak kunjung tiba. Apakah cerita ini setara dengan apa yg berlaku? Rakyat perlukan jawapan.
Saya sedar, pendapat Dr MAZA itu ada yg mungkin jauh berbeza dgn pendapat ulama2 yg lain. Lantaran itu sekiranya tidaklah rumusan dan ijtihadnya sama asalkan kaedah2nya yg berlandaskan kaedah dan dalil2, nas2 dan pendapat2 yg betul lapangkanlah dada kita.
Dr MAZA bukanlah maksum. Dia juga pasti ada salah dan silapnya. Namum sekiranya tidak melanggar syariat dan meruntuhkan akidah, biarlah ada pendapat yg lain. Islam itu terbuka. Buktikanlah kepada masyarat yg sedang menilai. Islam itu juga ilmu. Janganlah halang. Saya juga faham akan pendapat RBF dalam hal ini, namum jelas rumusan kita berbeza. Kalau kita boleh redha dengan perbezaan ini mengapa pula tidak mereka yg di atas sana. Sama-samalah kita lihat dan berdoa.

Wassalam.

P/S: Do you still have the numbers?

cherita nan lalu said...

saya bersetuju dengan pandangan RBF..tak kira sesiapa pun, setiap orang mesti tertakluk pada undang-undang...kalau tidak apa gunanya undang-undang yang ada jika semua orang boleh melanggarnya...yang salah tetap salah, yang betul tetap betul...macam nak masuk rumah orang jugaklah, takkan main masuk jer..sekurang2nya mintaklah kebenaran dahulu...berfikirlah dengan rasional, bukan emosional...

Anonymous said...

Salam. Ikut peraturan yang ada memanglah JAIS dilihat hanya jalankan tanggungjawab... bagus juga lepas ni penceramah yg tak bertauliah dah tak berani lagi bila tengok bekas mufti pun kena tindakan.

Tapi kaedah dan cara yang digunakan langsung tak professional.

Terburu-buru dan kelam-kabut. Buktinya tak dapat jalankan pendakwaan kerana baru nak siasat. Tangkap dulu baru nak siasat? Akibatnya, imej JAIS sendiri yang terjejas. Memalukan institusi Islam sahaja.

The Unspinners said...

Adakah anda bermaksud Dr Asri sesat bila mengatakan Selangor ada banyak ajaran sesat? Negeri lain pun ada ajaran sesat. Kelantan da MB sesat.

ANda kena ambilkira latarbelakang beliau. Adakah kerana dia berbeza pandangan dan agak vokal kita perlu tangkap mereka?

Islam banyak sangat dipecahbelah oleh perbezaan pandangan ulamak. Ulamak yang ada kuasa akan guna kuasa terhadap mereka yang berbeza pandangan.

Matanglah pengausa ugama. malanglah. Islam bukan ugama yang sempit tapi luas.

Jeffry said...

SLM BRO..BTUL GAK TU..UNDANG2 YG ADA SKRG DI CIPTA OLEH MANUSIA..TAKKAN MANUSIA X BLH PATUH PD UNDANG2 CIPTAAN MEREKA SENDIRI?

The Unspinners said...

TAMBAHAN

Tauliah ini semua hanyalah peraturan untuk tangkap pembawa ugama sesat.

Jarang sekali dikuatkuasakan melainkan terhadap pembawa ajaran sesat.

Apabila peraturan ini diguna untuk tangkap Dr Asri, ia menunjukkan Jais menyalahguna kuasa.

Kalau mahu dikuatkuasakan undang2, banyak pihak boleh dihadapkan termasuk ahli2 politik PAS yang berceramah mengani ugama tanpa tauliah.

Anonymous said...

Isu penagkapan Dr Asri bukan masalah nye. Memang bagus JAIS menguatkuasakan undang-undang tetapi penangkapan Dr Asri nampak sebagai penangkapan terpilih sedangkan ramai lagi penceramah bebas, orang-orang tabligh yang pergi rumah ke rumah tau di masjid memberi ceramah tetapi tidak ditangkap walapun tidak bertauliah.

Sedangkan skrg orang-orang kafir pun ke masjid untuk berceramah dengan menggunakan ayat suci al-quran dengan bacaan salah tetapi tidak ditangkap.

Jadi itulah yang membuatkan gempar satu Malaysia.

Jose

Anonymous said...

tiap-tiap hari aku buka blog ini... hampeh... lepas ni aku tak akan baca lagi blog ini sampai bila-bila.

ruang bicara faisal said...

unspinners

saya tidak mengatakan dr.asri sesat. saya kagumi beliau. tapi saya bercakap atas dasar undang-undang perlu dipatuhi tanpa memilih bulu.

minta kerajaan slgr tukar sikit undang2 jais. minta dia masukan perkataan kecuali.

sesiapa yang hendak mengajar agama di selangr harus ada tauliah KECUALI mufti,bekas mufti dan bla bla bla

pencinta kebenaran said...

mm...klau cam tu ngape nye si xiavier tu tak kena tangkap sbb bagi ceramah dalam masjid?

x-pkr said...

bravo RBf.....

wa setuju sesangat tulisa sdra. JAIS hanya buat keja, yg salah skg Dr. Asri yg tengah gila publisiti...

Dia masuk mahkamah dgn muka semacam dan tangan kat belakang.....npk sangat riak! kalau betul JAIS tak bersedia nak dakwa beliau, Dr. Asri harus jaga akhlaq sbg bekas mufti.

Npk skg dia pun dahh mcm politician, gila publisiti dan menurut shj 'game-plan' dicatur oleh musuhnya, tanpa beliau sedari ianya perangkap...

Anonymous said...

bukan undang2 dipersoalkan tapi cara pelaksanaan...memang betul kalau KPN yang langgar lampu merah boleh disaman tapi mengikut pertimbangan anggota polis tersebut...undang2 tidak memilih bulu tapi sebagai pelaksana undang2 mereka mestilah ada sikap toleransi(perlu diingat ini bukan kesalhan jenayah ataupun hudud)....

dalam kes ini tidak nampak pun Dr Asri melawan, malah memberi kerjasama sepenuhnya....bayangkan anda didatangi hampir 50 penguatkuasa termasuk polis apakah tindakan anda?

banyak iktibar boleh diambil dari kes ini...Hanya disebabkan kes tanpa tauliah hampir kebanyakan NGO,majlis agama dan sebagainya menghentam dr asri tetapi dimanakah mereka2 ini dikala rakyat memerlukan penjelasan tentang hukum-hakam islam contohnya isu kafir mengkafir,isu pangkah pas masuk syurga,isu sembahyang 2 imam,isu org kafir masuk masjid dan berceramah dsb..mengapa mereka membisu?

Adakah hanya kerana ulama2 lain,ngo2 dan majlis agama diam dan DR Asri bersuara dengan lantang kita mengatakannya menentang arus islam perdana negara ini?

Banyak bloggers2 mempertikaikan kenapa Dr Asri masih mengeluarkan kenyataan ,menagapa beliau tidak mengambil sikap berdiam diri dan memilih saluran lain untuk bersuara..Dalam kes ini ramai yang telah menfitnah/menuduh DR Asri sebagai wahabiyyah dan adakah dengan tuduhan2 ini DR Asri perlu duduk diam? Adakah kalau seorang perempuan dirogol ianya wajar duduk diam? Perlu diingat fitnah itu lebih besar dosa dia dr membunuh....

Ustaz Uthman El-Muhamady dalam kenytaan media menjelaskan perlunya seseorang itu (Dr Asri) patuh kepada pemimpin (Sultan Selangor)disebabkan JAIS dibawah tanggunjawb DYMM tetapi mengapa beliau berdiam diri didalam kes2 demonstrasi jalanan membantah ISA, isu-isu melibatkan kesultanan perak dsb....

Jelas Ulamak2 sekarang hanya bersuara bila tidak melibatkan politik...Kawan percaya jikalau Dr Asri ini ulamak PAS nescaya NGO,Ulamak2,ustaz2hanya diam seribu bahasa

wallahuallam

Ekeng A/L Etong said...

Betul kata pencinta kebenaran. Si Xiavier tu ada tauliah ke? Sapa yang kasi tauliah?

Lagi satu Bro! kenapa pukul 12 iaitu dah habis ceramah baru Dr Asri ditangkap? Kalau tak ada tauliah atau permit, kena tahan awal-awal lagi.

Anonymous said...

Siapa yang layak menentukan seseorang itu bertauliah atau tidak? Mungkin ramai antara JAIS sendiri pun tidak layak....

Apa latar-belakang, pengalaman dan tahap akademik pegawai-pegawai atasan JAIS tu?

Bila tiada ciri-ciri yang jelas dan munasabah, ia boleh dikatakan 'salah-guna kuasa' dan itulah yang membara kemarahan ramai tu.

Anonymous said...

kalau Akhil Hayy yang langsung takder tauliah, kelulusan dalam apa2 bidang agama bleh ke hulu hilir bagi ceramah..

kenapa Dr.Maza tak leh?

Anonymous said...

JAIS buat tangkapan terpilih sebab ada tangan ghaib dibelakang JAIS.

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Bro.memanglah pasal tauliah tu perlu, & orang paham nak buat ceramah kena ada tauliah, tapi yang orang pertikai sangat tu, p tangkap Dr. Asri ni mengalahkan nak tangkap penjenayah ganas?! tak boleh ka hampa buat cara 'sopan santun' sikit yang hampa nak tahan tu mantan mufti, bukan ayah pin atau rasul melayu. so yang tu yang orang pertikai sangat.

Anonymous said...

mungkin kisah Dato' Asri ada hikmahnya,memberi ceramah tak de tauliah dari JAIS.JAIS mempunyai peraturan2 yg perlu dikuatkuasakan.So lepas ni,pegawai2 JAIS kena masuk surau2 dan masjid dan tangkap puak2 yg beri ceramah tak bertauliah dan buat fitnah.Baru meriah dan tak double standard.Mula2 tangkap keling murtad Xavier tu,beri ceramah tak bertauliah,bukti dah ada(gambar2 dlm net) dan tangkap sekali pecacai2 yg bersekongkol bawak dia masuk Masjid.bangang punya melayu PKR&PAS,kalau nak suruh dia beri ceramah pun suruh dia duduk luar,hangpa kat dalam masjid la,bodoh tak habis2 melayu PKR&PAS

Mustaqim Abdul Rahman said...

saya sokong byk penulisan saudara....tp isu tauliah jais nie lebih pada isu fndamental islam dari isu tauliah...

seingat saya selangor antara negeri yg rancak dengan penumbuhan ajaran tarekat dll(sesat atau tak hanya allah jer berhak hukum)....mungkin ini kerana rakyat selngor ramai kaya2 jadi guru2 ni mensasarkan golongan tersebut bg meraih pendapatan dan hasil...

selepas tumpas arqam di bukit lanjan, jais memperkenalkan tauliah untuk mengekang beratus lagi ajaran seumpanya....

keperluan untuk memperkenalkan sistem tauliah pada masa itu tidak perlu dipersoalkan..ajaran2 taerekat ini walaupun tidak dpt dibuktikan sesat atau tidak ttp telah membawa bnyk binasa dari membina untuk kelurga mereka...

TAPI itu dahulu....masa itu tiada internet dan hari ini internet sudah berjaya dicapai oleh hampir 50% dari penduduk kl/selngor....apakah masih perlu tauliah dari jais kerana bukn shaja dakwah keliru tempatan..tp dakwah keliru dr indonesia, palestin, iran, amerika dsb nya boleh didapati...

saya pk perlulah jais dan jabtan agama islam lain pinda perlembagaan bg islam itu sejajar dan relevan....

yg perlu diutamakan ialah menguatkan benteng hati org islam itu bukan menghapuskan ancaman dari luar yg tidak akan ada titik noktah...wallahualam...