Tuesday, December 1, 2009

BTN : TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI

Kalau sudah takut, batang pisang disangka hantu. Jangan kata batang pisang, bayang-bayang sendiri pun disangka kan hantu juga. Itulah situasi di Selangor sekarang, mereka sedang takut dengan bayang-bayang mereka sendiri.

Dengan bangganya Dr.Halimah mengumumkan kerajaan Selangor mengharamkan kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik penuh kerajaan negeri mengikuti kursus atau program dikendalikan Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta-merta. (rujuk di sini)

Baru ada sedikit kuasa mereka sudah nak berlagak. Jika mereka berkuasa di Malaysia ,saya tak tahulah apa akan jadi pada negara ini.

Kononnnya mereka nak tunjuk 'gedebe' lah. Mereka hanya tahu 'gedebe' mereka. Mereka tak tahu 'gedebe' kita.

Kalau kerajaan Pusat tunjuk 'gedebe' , mampuslah kamu semua. Ingat sikit, lesen IPTS siapa yang keluarkan ? Pengiktirafan kepada sesuatu kursus siapa yang keluarkan ? Pinjaman PTPTN pun siapa yang keluarkan. Ha ! ha ! ha ! , ada fikir ke itu semua,wahai Cik Limah ronggeng ?

Oleh yang demikian, dengan sukacitanya saya di sini hendak beri cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Setiap pelajar daripada mana-mana IPTS yang ingin memohon pinjaman PTPTN wajib mengikuti kursus BTN terlebih dahulu.
Mana-mana pelajar yang gagal mengikut prosedur tersebut tidak layak menerima pinjaman.

Itu jam baru mereka tahu, mana nak 'cekau' duit untuk bayar gaji kakitangan. Kena ingat, tanpa PTPTN berapa kerat saja pelajar yang mampu bayar yuran IPTS. Dengan duit yuran pelajar lah yang mereka guna untuk bayar gaji kakitangan dan lain-lain kos universiti atau kolej.

Bukan soal balas dendam atau politik. Siapa yang mula bermain politik ? Siapa yang setiap bulan angkut pelajar Unisel untuk ditarbiahkan oleh Insitut Kajian Dasar ? Politik PKR lebih hebat lagi daripada politik BN. Bertahun-tahun sudah Unisel wujud, haram , tak pernah pun pemimpin politik BN masuk bagi ceramah. Tak sampai setahun mereka pegang, Anwar Ibrahim sudah masuk sana, ajar pelajar-pelajar berpolitik.







15 comments:

KHAIRUL said...

KADUK NAIK JUNJUNG!!!!!

Local Fighter said...

Ok gak cadangan tu, bro..
walaupun ada sedikit 'pukulan balas' ini tidak bermakna Kerajaan Pusat bertindak membalas dendam.

Cuma ingin memberi peringatan kepada Kerajaan Selangor jangan takbur sangat. Kuasa sikit je, Kerajaan Pusat lagi banyak kuasa !! hehe

Diorang bukan sahaja masuk aktif dlm IPT milik kerajaan negeri sahaja. Universiti awam seperti UKM, UPM, UM dan UIA lagi teruk.

Gerakan tarbiyah dan pengkaderan memang jelas dibuat.

Aku ada cadangan jugak kat KPT, guna AUKU sebaik mungkin. Singkirkan budak U yang aktif sebarkan fahaman sesat Pas, fahaman liberal PKR dan fahaman fasis dan sosialis DAP di kampus IPTA.

Dan cadangan tukar Menteri Pengajian Tinggi! hehe.. Khalid Nordin tak ada kredibiliti, baik Tok Pa je macam dulu!

Wong Pencen said...

Menulis ikut gerak hati, bercakap mengikut sedap mulut. Tak ada sempadan, semua boleh asalkan tulis, asalkan cakap.

Dr Halimah mengumumkan kerajaan Selangor 'menghentikan penyeraan', Faisal kata 'mengHARAMkan'. Apa besar benarkah darjat kerajaan Selangor sehingga berhak mengHARAMkan?

Tak cukup dengan itu, Faisal tambah lagi dengan cadangan supaya diWAJIBkan penyertaan kursus BTN untuk pemohon PTPTN. Besar benar ke darjatnya kerajaan BN sehingga boleh menjatuhkan hukum WAJIB ke atas kursus BTN?

Anonymous said...

betul tu... sblm ni takder pun kerajaan BN berceramah kt sana... tp skrg PR sebok selitkan politik dlm kampus. Hampeh tul... derang ingat rakyat takder mata ker?

ruang bicara faisal said...

kpd wong pencen

salah tidak salahkan anda ,jika mata anda kelabu utk membaca. saya faham kerana anda org pencen, sudah tentu mata kelabu.

mohong wong, klik pada link yg saya beri, samada mengharamkan atau menghentikan

Anonymous said...

Bukan takat tu je kt unisel..kroni anwar pun bg ceramah termasuk..nurul, anak buah anuar ibrahim pulak jd kpla mato2, mana2 student yg rapat dengan UMNO akan dipanggil oleh org atasan.Lecturer pulak dipantau.hantar student wat report.Student dlatih wat demotrasi dan berucap berapi2...Tak caya ngklah laman web MPP unisel (pic anuar pun ada)..demo tak dapat hostel, demo Dtn Rosmah..Sya sokong, nak PTPTN masuk kursus BTN dulu.

Anonymous said...

huhuhu... dulu masa Anwar jadi TPM, BTN ni lah yg di kudakan nya cukup2. Sampai di tukar nye pengarah (nordin kardi kalu tak salah saya) dan pegawai2 yg tak sebulu dgn "syllabus" dia. mxcm mana diorang tu nak boleh setuju, kalu dah "syllabus" si nuar tu sebok duk nak angkat nama dia dan burukkan Dr M? Macam gampang nye kepala hotak berjambul...

ehhh... alih2 skrg ni dia kata BTN tu proses doktrinasi lak? bis yg dia duk wat dulu tu hapa? proses doktrinbasi kot???

cam biasa la.. dulu BTN dia leh kudakan, so BTN bagus la. Skrg dah takleh nak kasik untung, so BTN tu haprak la... mcm ni yg diorang nak jadik PM? jadik PM Shahnon Ahmad buleh la... (PxxiMak)...

Anonymous said...

kepada wong pencen yg mmg tak reti dan tak faham ape yg dibincangkan... mohon saudara pegi tido, tgk dvd tak pun main xbox (kalo ko tau nie ape la) dan diam.. cakap mcm takde otak.. tak perlulah ko nak berhujah mengenai agama.. Bak kata nik ajis tuhan leh mencarut.. meh aku carutkan ko... bangang, banghal, bodoh nak mampos, tua kutuk.. bodoh!@

ko tak penah pegi BTN, ko diam..bodoh punya olang.. BTN membentuk sahsiah supaya mencintai negara dan menghargai kemakmuran yg kita ada.. selama BTN ada penah ko dengar isu2 yg melampai batas cam perang saudara ke ape ker, bodoh punya orang, sbb BTN dpt bentuk rakyat kearah lebih produktif dan menyuruh manusia berusaha kuat utk hidup zaman moden nie.. manusia cam ko nie mmg dah kelabu rosak fikiran cam nik ajis, ronnie yg dimalukan dan halimah 'b++i'.. aku mmg dah lama bengang manusia otak sempit cam ko nie.. akai takde...duk kedai kopi bising, apa pun takde.. keje malas, duk berceramah siang malam ambik duit ihsan org derma..

okla bro.. ko tlg kuarkan tulisan aku nie.. tq

Wong Pencen said...

Anonymous December 2, 2009 1:07 PM

"...ko tak penah pegi BTN, ko diam..bodoh punya olang.. BTN membentuk sahsiah supaya mencintai negara dan menghargai kemakmuran yg kita ada..."

Saudara yang tidak bernama pernah menyertai kursus BTN? Sahsiah saudara yang tidak bernama ini dibentuk oleh BTN? Sikap dan cara saudara yang tidak bernama ini adalah hasil dari penyertaan kursus BTN? Begini cara orang yang cintakan negara, sebagaimana diajarkan oleh BTN? Begina cara seorang lulusan BTN menghargai kemakmuran?

Kalau sikap dan cara saudara yang tidak bernama ini melambangkan kesan penyertaan kursus BTN, saya dengan berbesar hati mengumumkan di sini bahawa saya rasa sangat bertuah tidak pernah berpeluang mengikuti sebarang kursus anjuran BTN.

Adnan said...

Wong Pencen = Lembu!

Wong Pencen said...

Adnan

Kalau setakat nak menulis ulasan Wong Pencen = Lembu!, anak kecil yang baru belajar di tadika pun boleh. Kalau setakat itu saja yang Adnan boleh buat, saya tidak hairan kalau Adnan tak faham pun maksud ulasan saya.

Dan kalau setakat ini lah tahap pemikiran dan penulisan mereka yang mengaku sebagai penyokong UMNO dan BN, saya tidak hairan kalau UMNO dan BN akan terus merundum dan mungkin berkubur.

Wong Pencen said...

Faisal

Dari cara pengendalian blog Faisal ini, saya nampak dengan ketara bahawa Faisal memang sebenarnya tahu dan faham akan apa yang benar dan salah. Malangnya Faisal lebih rela berbuat salah dan mempertahankan pihak yang Faisal sokong walaupun sudah sedar akan kesalahan yang Faisal lakukan.

Sesungguhnya, mengakui kesalahan merupakan satu tanda kekuatan dan terus menerus melakukan kesalahan, walau telah sedar akan kesalahan tersebut, merupakan satu tanda kesombongan bukan kepada sesama manusia tetapi kepada yang MAHA PENCIPTA.

Adnan said...

Wong Pencen... anda memang boleh jadi pelawak....


"Malangnya Faisal lebih rela berbuat salah dan mempertahankan pihak yang Faisal sokong walaupun sudah sedar akan kesalahan yang Faisal lakukan".... hihihihhi bro faisal, lawak la pulak mamat nie..

Untuk Wong Pencen, saya baru menulis anda diumpamakan seperti lembu yang Nik Ajis dan Aljuburi bela, sudah melompat la pula. Wong, ini adalah blog..tidak perlu rasmi seperti menulis surat kepada kerajaan or smt. Erm... gaya penulisan wow dasyat, macho.. menunjukkan gaya seorang pejuang yang mahu bersultankan cina dan india..hihihi agaknya Wong ini memang pejuang untuk negara kearah republik.

Bro Wong..hihihi silap WOng ke nama anda? Saya malu sebab anda pengecut tidak pakai nama sendiri.. tidak seperti faisal, ada blog untuk kongsi bersama dan bangga dengan nama sendiri...tidak seperti anda, komen pun nak pakai nama samaran. pengecut cam ANUWAR, baling batu sembunyi tangan..hihhi ingat ini adalah blog ye Wong, kebebasan ada dan ada sendiri faham.. Penah saudara buka blog PKR or PAS.. saya merasakan lagi teruk gaya bahasa mereka.. So, xperlu lah WONG nak berpuisi di blog sahabat saya faisal, buat kami meluat..

Wong Pencen said...

Adnan December 16, 2009 10:47 AM

Adnan boleh kata saya mamat lawak dan boleh jadi pelawak. Saya tak boleh nak marah pun malah saya boleh gelak sebab Adnan tak tau pun apa yang Adnan cakap. Adnan tak tau mengapa saya membuat ulasan yang menyebabkan Adnan mengatakan saya pelawak. Jangan Adnan ingat Faisal tu lurus sangat. Ada ulasan saya yang tak keluar, mungkin kerana ulasan saya menjejaskan dia atau mungkin ada sebab lain. Saya sendiri tak tahu dan Faisal sendiri yang tahu kerana dia yang mengendalikan laman blog dia.

"Wong, ini adalah blog..tidak perlu rasmi seperti menulis surat kepada kerajaan or smt."

Saya setuju dengan Adnan, kita tak perlu menulis secara rasmi dalam membuat ulasan di laman blog. Namun demikian, adakah Adnan juga tidak perlu betul dalam membuat ulasan? Hanya kerana ianya di laman blog maka kita boleh berbuat sesuka hati tanpa mengira betul atau salah? Dari segi bahasa, termasuk ejaan, bukankah kita rakyat Malaysia yang sayangkan bahasa kita?

"...menunjukkan gaya seorang pejuang yang mahu bersultankan cina dan india..."

Adnan jangan terlalu ghairah membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Cara demikian boleh menyebabkan Adnan dipandang sebagai terlalu mentah untuk memahami erti perjuangan lalu memandang orang yang memberi teguran sebagai musuh sedangkan orang yang memberikan teguran mungkin sebenarnya sahabat yang terbaik. (mungkin Adnan buleh rujuk laman blog saya untuk penjelasan lanjut bagi memahami maksud saya.)

"...pengecut tidak pakai nama sendiri..."

Saya percaya Adnan berani berkata seperti di atas kerana Adnan memang menggunakan nama sendiri apabila membuat ulasan. Tahniah. Walau demikian Adnan belum sepenuhnya terbuka dalam hal ini kerana dalam satu dunia ini saya percaya ada terlalu ramai orang bernama Adnan. Sedang dalam senarai nombor telefon saya sahaja ada tiga orang bernama Adnan. Selanjutnya, saya petik ulasan Adnan di laman blog Cucu Tok Selampit (Tuesday, December 15, 2009).

"...Namun saya selami blog demi blog seperti Tok Selampit, RBF, Unspinners, x-PkR..."

Saya yakin tidak ada seorang ayah yang akan sanggup menamakan anaknya "Cucu Tok Selampit", "Unspinners", dan "x-PkR". Kalau pun ada ayah sedemikian, pastinya ibu anak-anak tersebut akan membantah dengan keras.

Untuk pengetahuan Adnan, Wong Pencen memang bukan nama saya kerana ibu dan bapa saya orang yang waras yang mahukan anaknya hidup aman. Untuk pengetahuan Adnan, saya menggunakan nama Wong Pencen apabila membuat ulasan kerana nama tersebut merupakan nama laman blog yang saya kendalikan.

Anonymous said...

tertarik jugak aku dengan isu ni.. aku just nk bgtau dah dua kali aku masuk dalam BTN.. 1st kt Alor Gajah melaka... pertama persepsi aku BTN tu ok la tuk bg motivasi kpd student time aku studnt x lama dlu.. tp dlam dia pnye modul xde pon sal cramah.. but hari kedua KAMI dah kena basuh ngan seorang pgwai BTN wakil melaka.. duk ckp psal POLITIK... Xphm lorh.. knpa leh jd cmtu.. kitorg msh g student.. tp bla aku dah keje skunk.. pihak BTN SEWA tmpat katihan company aku kt dot... sama je MODUL nya .. xde perubahan.. just POLITIK... skunk nie ak dah tgk dgn mta kepala aku sndri yg BTN menerapkn nilai politik dalam modulnya... bukan nk tegangkn benang yg basah.. tp smua yg berlaku ada sebabnya.. GOV yg takot smpai terdesak bt BTN.. klau betol2 nk bt, ubah la MODUL seperti penerapan nilai2 murni, rasuah *yang mna kini satu angka yang sgt membimbangkan di negara kita.. selain itu pembangunan sahsiah diri perlu dibentuk utk pembangunan yg terbaik bg nusa dan bangsa MELAYU @ MALAYSIA... *tugas aku sekarang menjadi fasilitator... so sape nk berbahas dgn aku dipersilakan... aku boleh tunjuk bukti yg kerajaan menerapkan isu2 politikdalam MODUL BTN... walahualammm...