Tuesday, January 5, 2010

MENTERI NAK HOLIDAY,DUIT KERAJAAN JADI MANGSA



Prinsip saya dalam berblog, hentam DAP,PKR dan PAS adalah 'wajib'. Hentam BN 'sunat' dan 'haram' hentam Tun Dr.Mahathir.

Seandainya, saya adalah seorang menteri yang bertanggungjawab menjaga KPI menteri-menteri, dua tempat tercorot saya akan letak Menteri Pelancongan (Ng Yen-Yen) dan Menteri Belia dan Sukan (Shabery Cheek).

Manakala, untuk menteri yang berada di dua tempat teratas saya letak Menteri Kerja Raya (Shahziman Mansor) dan Menteri Luar (Anifah Aman). Sebab apa mereka perlu diletak di dua tempat teratas kita bincang kemudian. Hari ini nak bincang bab Menteri Belia dan Sukan terlebih dahulu.

Saya kebingungan seketika ,bila membaca Utusan Malaysia hari ini bahawa skuad bolasepak B-23 negara kita akan dihantar ke Eropah. Rujuk di sini

Menteri Belia dan Sukan-Sukan Elit akan ke England minggu depan sebagai destinasi pertama dalam mencari kelab yang sesuai dan berminat untuk berlatih dengan skuad negara.

Setelah berpuluh tahun tak menang pingat emas, bila menang sekali terus nak dihantar ke luar negara. Hebat ! Lebih hebat lagi apabila menteri pun turut sama nak ke Eropah minggu depan kononnya nak cari kelab yang sesuai. Menteri nak holiday, tak payah keluar duit sendiri, buat satu trip kononnya nak cari kelab bolasepak yang sesuai. Beratus ribu duit kerajaan habis untuk satu rombongan menteri ke Eropah, semata-semata nak cari kelab.

Kerja cari kelab, menteri yang buat. Rendah sungguh martabat seorang menteri. Lainlah kalau cari pelaburan untuk negara. Tak mengapalah rendah pun rendah lah, janji dapat holiday free ke Eropah. Sepatutnya menteri hanya pergi bila benda dah siap dan untuk melihat persefahaman ditandatangan. Bukannya pergi mencari. Mungkin di di FAM sudah tiada orang untuk nak cari kelab yang sesuai, hingga menteri terpaksa mencari. Seolah-olah menteri tiada kerja lain dalam negara.

Ya lah, kalau pergi untuk tandatangan, mungkin satu tempat saja yang dia boleh pergi. Kalau pergi mencari, boleh pergi banyak tempat, utara, selatan, timur, barat Eropah semua dapat jelajah, atas alasan mencari kelab . Tak perlu keluar duit sendiri pula, semua duit kerajaan. Sebab itu saya kata pergi holiday.

Apa ke jadahnya perlu dihantar ke Eropah ? Sesudah 20 tahun inilah baru kejayaan yang paling tinggi digapai skuad negara, terus nak dihantar ke Eropah. Betullah kata sesetengah orang, melayu kalau berniaga maju sikit saja, sudah mula nak beli kereta mewah, rumah besar dan tambah bini.

Samalah dengan skuad bolasepak negara, baru juara sikit saja, sudah mula nak dihantar ke Eropah. Apa , ingat hantar ke Eropah ,pakai bulu ke ? Semuanya RM ,Pound dan Euro oiii.... Lebih baik duit yang nak digunakan itu, diguna untuk mengcungkil bakat-bakat baru.

Banyak lagi, belia-belia di kampung dan bandar yang nak padang bola, jersi bola itu, ini dan sebagainya. Mengapa perlu nak perhabis duit untuk menghantar mereka ke luar negara ?

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Semuanya terpulang kepada semangat. Kalau semangat nak menang dan semangat cintakan negara ada pada diri pemain, tak perlu ke Eropah, ke 'Kemamang' pun sudah cukup.

Pemain-pemain bola Malaysia selain berlatih mereka juga perlu ada semangat. Untuk dapat semangat bukan susah sangat, di Malaysia segala-gala ada. Setiap bulan hantar pemain selama tiga hari ke kem BTN, biar Ahmad Maslan betul-betul 'BTN' kan mereka. Insyaallah semuanya ok.

Setiap 2-3 bulan sekali, bawa pakar-pakar bolasepak luar negara datang buat klinik. Cara itu lebih murah, berbanding dengan menghantar berpuluh orang ke Eropah. Kalau nak hantar jurulatih pergi timba pengalaman adalah logik. Nak hantar satu pasukan gila namanya. Jangan buat kerja bodoh. Belum masanya lagi.

Banyak lagi lah ada cara lain untuk menimba ilmu, bukannya semata-mata hantar ke Eropah. Sekali-sekala boleh lah untuk perlawanan persahabatan.

Saya rasa Shabery Cheek terlupa bahawa dia seorang Menteri Belia dan Sukan. Bukannya menteri sukan sahaja. Saya lihat beliau lebih banyak tertumpu kepada sukan-sukan elit dan bersukan cara elit. Mohon kabinet tolak cadangan yang dibawa oleh Menteri Sukan-Sukan Elit dan Bersukan Cara Elit.

Sudah hampir setahun beliau jaga kementerian berkenaan, tetapi tak nampak pun beliau mengambil tahu hal-hal belia, mat rempit, dadah, dan sebagainya. Harus difikir bagaimana nak mengatasi masalah mat rempit, masalah remaja dan belia berpelesaran, dadah, belia menganggur, belia nak berniaga dan lain-lain yang berkaitan.

Kenapa remaja dan belia suka melepak dan merempit ? Kerana mereka tiada aktiviti waktu malam. Mana ada orang-orang muda yang nak tidur jam 9 atau 10 malam. Kalau ada, maka gilalah orang muda berkenaan. Mereka biasa tidur jam 1 atau 2 pagi. Itulah punca mereka melepak dan merempit.

Tugas Menteri Belia dan Sukan lah untuk nak fikir apa yang perlu dibuat untuk mereka antara jam 8 malam hingga 1 pagi. Buatlah apa yang boleh , seperti konsert, bengkel membaiki motorsikal, sukan-sukan yang lasak dan pertandingan-pertandingan lain yang sesuai dengan jiwa muda dan dalam masa yang sama boleh mendatangkan untung kepada kerajaan. Untung bab mana,faham-faham sajalah. Untung apa lagi ? Untung 5 tahun sekali lah

Begitu juga dalam bab mengcungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan. Kementerian harus turun ke bawah, sebawahnya-bawahnya dalam mencari bakat baru, terutamanya bolasepak. Bukan setakat di bandar atau desa. Perlu masuk ke pendalaman.

Banyak lagi bakat-bakat 'terendam' tak kira wanita atau lelaki yang bertulang besi dan berurat dawai berada di Hulu Tembeling, Gua Musang, Padang Terap,Kuala Nerang, Sik, Bakalalan, Batang Ai, Kundasan, Kinabatangan dan lain-lain tempat pendalaman.

Mereka semua ini mempunyai stamina yang kuat. Setakat berlari 100 meter ,tak terkejar oleh Shabery Cheek. Ini termasuk juga orang-orang asli. Bila bakat mereka kita tak nampak, maka kerja dalam hutan sampai ke tua lah mereka.

Selama ini jika ada sesuatu pemilihan terutamanya bolasepak, kebanyakannya dibuat di kawasan bandar atau desa. Kadang-kadang mereka tidak tahu kerana tiada maklumat sampai kepada mereka. Mereka tiada internet, surat khabar tak sampai, TV pula siaran tak jelas. Kalau maklumat sampai pula, pengangkutan, jarak dan duit pula yang menjadi halangan kepada mereka. Ada sesetengah itu mungkin terpaksa naik bot untuk keluar dari tempat tinggal masing-masing.

Kesimpulannya kita kena cari mereka. Bukannya mereka yang cari kita. Ingat lagi tak Watson Nyambek, pelari 100 meter negara dulu ? Dari mana asalnya ? Pendalaman Sarawak. Jangan asyik duduk ingat orang Subang Jaya, Putrajaya dan Petaling Jaya sahaja.

Selama ini banyak ketua-ketua jabatan atau pegawai-pegawai tak ikhlas dalam bekerja. Mereka bekerja hanya untuk dapat gaji. Dapat pula menteri yang lemah, lagilah mereka lemah. Sebab itu ada pepatah berkata , ikan , kalau kepalanya busuk, maka badan dan ekornya turut busuk.

Setakat ini dahulu untuk bab 1. Saya tidak akan berhenti disini. Saya akan terus menghentam selagi menteri tak berubah atau diubah. Saya tidak boleh kompromi dengan benda-benda macam ini. Kementerian Belia Dan Sukan memang dekat dihati saya, kerana saya masih lagi tergolong dalam golongan belia.

Saya juga ada beberapa info lagi tentang menteri berkenaan untuk dikongsi dengan anda. Tunggu dalam bab yang akan datang.

27 comments:

bzz said...

"Prinsip saya dalam berblog, hentam DAP,PKR dan PAS adalah 'wajib'. Hentam BN 'sunat' dan 'haram' hentam Tun Dr.Mahathir." <<--- salah satu ayat2 dari blog yg paling menarik hari ini!! Hehehehe...

3 eko setan tu mmg patut di hentam. Org dlm BN yg lembab hentam je.

Anonymous said...

Kalau Datuk Lat boleh lukis kartun Mahathir, dia kata unik Mahathir pada hidungnya.

Shaberi Cheek ni unik pada bibirnya. Sapa2 pandai lukis boleh lukis bibir Shaberi.

antipkrsarawak said...

setuju!! baru dpt pingat emas dah melalak seluruh dunia! kalau tengok gaya permainan final dulu, permainan vietnam lebih menarik berbanding malaysia. dpt 1 gol pn dh kira menang tp main mcm budak2 kena buli atas padang!!

duit berpuluh ribu tu lebih elok buat kalau dibuat jambatan di sungai samarahan yang menghubungkan daerah asajaya / sadong jaya ke muara tuang!!!

princess jiji said...

jiji teramat setujU!APA KEJADAHNYA baru menang suka SEA terus nak hantar p EROPAH?org jepun dan korea selalu masuk world cup,tak hantar p EROPAH pun!orang melayu ni memang suka berlagak!dah genetik camtu gitu kut..sbb tu Tun Dr M hebat sebab dia ada camopur jugak mcm jiji..hehehehe

Anak Lenggong said...

Cuba tengok dah berapa orang player malaysia dihantar untuk berlatih diluar negara..abis2 camtu gak ..sebab belatih dengan pemain pelapis kelab tu saja...pastu dihantar pun sebulan dua sahaj..cuba lah buat perancangan yang teliti..ambik dan latih anak2 daripada umur 10 tahun dan simpan mereka didalam satu sekolah..baru lah boleh keluarkan product yang bermutu...ni tak..buat akedemi bolesepak pun nak..tak nak jee..pastu bila nak pegi bertanding berlatih cuma seminggu dua..mana laa nak dapat product yang baik..

Cicit Dang Rombeh said...

Bro,

Ni yang parah ni .... menang sekali enjoy lima-nam tahun, suruh je menteri tu pakai duit sendiri, pas tu pegawai-pegawai dalam kementerian berkenaan sukan diserap ke kementerian lain, sebab, menteri sendiri kena cari kelab, btw, menteri tu pernah main bola utk Malaysia ke? tau ke dia rempah ratus bola?

Anonymous said...

lu cakap duit kerajaan..kah kah kah..duit gua laaa bai..duit rakyat..gua yg bayar cukai..bukan kerajaan..kerajaan tu tukang kutip cukai jeee..

Anonymous said...

Satu komen yang ikhlas dan menyeluruh terhadap kementerian berkenaan . Harap menteri berkenaan jangan terasa hati tetapi musahabah diri. Kadang kadang kita lupa akan tanggungjawab dan amanah yang diberi oleh Perdana Menteri. Jangan terlalu memberi perhatian kepada agensi tertentu sahaja dan terlepas pandang kepada agensi lain yang perlu diberi perhatian sama.

Anonymous said...

Satu komen yang ikhlas dan menyeluruh terhadap kementerian berkenaan . Harap menteri berkenaan jangan terasa hati tetapi musahabah diri. Kadang kadang kita lupa akan tanggungjawab dan amanah yang diberi oleh Perdana Menteri. Jangan terlalu memberi perhatian kepada agensi tertentu sahaja dan terlepas pandang kepada agensi lain yang perlu diberi perhatian sama.

Rafie said...

setuju sangat dgn artikel ni. memang pak menteri belia dan sukan dok ingat dia menteri sukan je apa berapa jutawan yg lahir dari sukan ni, berapa banyak kerja kosong utk belia dari kegiatan sukan ni, pak menteri tolong tengok sama ekonomi belia,sosial belia camna persatuan belia hidup ke mati ka sebab apa tolong kaji pukul rata sebabnya nak dpt peruntukan sikit punya payah akhirnya pemimpin belia akar umbi naik menyampah nak buat aktiviti soal nak wujud modal insan apa kejadahnya kalau nak buat program belia buat kertas keje ribu2 dpt ratus2 je woi belia nak buat program la bukan buat kenduri tahlil pikir sama la belia2 akar umbi pun nak bersukan dan beraktiviti baru la mereka tak boring dan tak ada banyak masa nak merapu.

azril said...

Mana lagi membazir?

pergi ke eropah and buat kerje mencari kelab2 untuk pemain b-23?

pergi ke eropah cuma untuk signed?

honestly, saya cuma nampak menteri belia sukan approached dia sama seperti menteri industri or menteri tourism, jadi official figure untuk hosted sesuatu event mewakili negara. Menteri ada, participant pun VIP

Samalah mcm Kalau hantar balachi, maybe kelab2 cuma hantar balachi gak. Kalau menteri pergi, maybe CEO and manager club akan hadir.

apa apa pun, kena bagi la chance kat menteri belia sukan. Kita measure after komitment di buat, bukan sebelum dibuat.

mmg betul masalah belia byk, tapi peluang B-23 untuk menjadi motivasi seluruh rakyat malaysia untuk maju kedepan pun ada. Maybe, bila b-23 betul berhasil, gerenti orang kampung yg duduk hulu banat akan lebih semangat untuk meyerlah diri sendiri.

anyway, the first steps always the hardest. Tak cuba, tak tahu

Anonymous said...

Pelik jugak kan...menang dengan gol sendiri pun leh bercuti sampai ke eropah...??? banyak jugak duit kem sukan nie yer...

matrengganu said...

Baru menang emas sukan SEA, sibuk ke hulu ke hilir cari kelab. Kalau menang Piala Dunia tak tau la berapa ramai lagi menteri akan sukarela ke pelusuk dunia cari kelab atau jurulatih....atau cari stadium untuk berlatih...cari kasut bola...cari jersi....cari stokin...cari cari cari cari ...

HAMPEHHH

buyong said...

bab menteri tu...kalau yang bawah sekali saya calonkan menteri KDN.......asyik amarannnnn memanjang.



Bab menteri beli dan sukan tu....apa pulak dia sibuk masuk campur hal FAM ni..? Memandai jek......dia ingat hantarje kat kelab luar boleh terus terror ke? Itu andaian yang bodoh.

Bolasepak memerlukan kesefahaman sepasukan....kalu defence hantar kat uk, striker hantar kat brazil, midfirld hantar italy.....balik malaysia....sure hancur punya.....

Anonymous said...

pi jumpa girlfriend kot...


pemerhati

Tasek said...

hang hentam lagi menteri2 tak terpakai nih rbf...

Anonymous said...

kalau menang W Cup,pergi cuti kat bulan...

mat saga said...

Setuju sangat-sangat.....

menteri belia dan sukan sekarang bukan je lembab... tapi sengal, bengong , lopek, berengsek dll... tau nak adjust duit gomen jee...

memang betul kata rbf pasal bakat-bakat yang tak berjaya dicungkil especially yg berada di pendalaman.. contoh nya macam jurugambar utusan... umur dah 40 lebih boleh daki kinabalu tiap-tiap hari... hilang akal beb... bayangkan kalau bakatnya dapat dicungkil semasa umurnya 20an...

Mylasia said...

muahahaha, chaiyok brother rbf....

1-Menteri tu memang bangang tahap cipan, aku paling bengang masa sukan sea acara bola pompuan..Bukannya aku sokong pasukan pompuan tu tapi orang tu tak abis game lagi ko dah bantai. Menteri apa camtu...Sport Spirit tarak..

2-Takat pergi kelab eropah nak kena pakai menteri dapat premiere league ok lar jg kalau takat divisyen 3 tak payah lar oit..Negara lain kelab datang cari kita plak bikin malu tersengih2 suh menteri pergi cari...

3-Pelik betul sukan sea baru 2 minggu abis tapi cepat betul dorg tu plan, booked hotel,kpl terbang...ker dah lama plan....

4-Shabery chik memang patut dilanyak sehabis2nya...aku dah menyampah tgk dia..time debat ngan nuar dulu pun dok bg bola tanggung kat lawan jer...

5-Sblm aku lupo, Akmal n beberapa lagi dah pernah pergi eropah tapi balik hampas jer...so takpayah lar abiskan duit "rokok" aku tuk benda2 tu...

Anonymous said...

sukan asia pon tak lepas lagi ada hati nak hantar pi england...

Anonymous said...

Tolong lah forwardkan komen ni kat PM bior PM buat analisis bila nak adakan rombakan kabinet

Anonymous said...

Terima kasih di atas komen yg membina tersebut.

Saya telah memanjangkan tulisan saudara untuk ulasan pej. Menteri Belia dan Sukan untuk perhatian dan pandangan beliau jua.

Terima kasih.

/mfa

ruang bicara faisal said...

mfa, terima kasih kerana memberi perhatian.

Wong Pencen said...

"Prinsip saya dalam berblog, hentam DAP,PKR dan PAS adalah 'wajib'. Hentam BN 'sunat' dan 'haram' hentam Tun Dr.Mahathir."

Prinsip yang Faisal ikuti adalah hak Faisal sendiri. Walau demikian ada baiknya Faisal kaji semula kewajaran mengikuti prinsip yang Faisal ikuti. Saya berpandangan prinsip tersebut mengundang banyak perkara yang tidak baik.

1. Perkataan WAJIB, SUNAT dan HARAM walau digunakan dalam ' ' biarlah menepati makna istilahnya. Penggunaan sewenang-wenang perkataan tersebut akan (sebenarnya, telah) menjejaskan pemahaman terhadap istilah tersebut dan ianya tidak baik untuk umat ISLAM dalam negara kita. Manakan ada baiknya apabila umat ISLAM di Malaysia memandang ringan akan perkara yang WAJIB, SUNAT dan HARAM sedangkan itulah garis panduan utama dalam kita menjalani kehidupan kita di atas muka dunia ini.

2. Prinsip WAJIB (sepatutnya, mesti) hentam DAP, PKR dan PAS boleh mengalihkan pandangan Faisal dari kebenaran. Bukanlah kerana mereka itu sentiasa benar, malah mungkin mereka sering berbuat salah. Apa yang saya maksudkan, dalam pada segala kesalahan dan kesilapan yang mereka buat, mungkin ada juga perkara berul mereka lakukan. Mungkin ada juga terselit kebenaran dalam apa yang mereka perkatakan. Prinsip Faisal mungkin akan membutakan mata dan pandangan Faisal dari serba sedikit kebenaran ini dan menyebabkan Faisal dilihat sebagai menghentam 'membabi buta'.

3. Hentam BN Faisal katakan 'sunat'. Bagaimana jika BN melakukan sesuatu yang sangat bertentangan dengan ISLAM. Sebagai MUSLIM kita sebenarnya WAJIB berbuat sesuatu untuk membetulkan, terutama kerana mereka merupakan pihak yang menerajui pemerintahan negara kita.

4. Mengapa Faisal mengharamkan diri Faisal dari menghentan Tun Dr Mahathir? Bukankah itu menunjukkan bahawa Faisal taksub kepada beliau? Selain itu, sekiranya Tun Dr Mahathir berkata yang tidak benar dan Faisal tahu yang ianya tidak benar, bukankah WAJIB bagi Faisal berbuat sesuatu untuk membetulkan perkara yang tidak betul? Bagaimana pula hukumnya apabila seorang MUSLIM mengHARAMkan yang HALAL, malah WAJIB? Bukankah kesalahan tersebut sama beratnya dengan mengHALALkan yang HARAM?

Anonymous said...

Apa , ingat hantar ke Eropah ,pakai bulu ke ?hahaha aku suke ayat ni..mahal ni..bodo punye menteri..saberi bodo.wat malu menteri lain je.sebelum becakap tu pikirla dulu..nampak cam x pakai akal.mane pemain msia yg berlatih kat luar negara dulu?jadi terer ke?last2 mintak balik jugak sebab rindu mak.yang menang emas baru ni pun belatih kat luar negara ke?ape ingathantar gi oversea bleh terer main bola senang camtu ke?baik amik coach atau beli pengatur strategi.duit tu baik wat bende lain.anta budak2 gi oversea blaja teknikal,medik,aktuari ke ade la jugak pekdahnya

Shah Qamary said...

masuk tahun baru 2010, jom kita tgk kedudukan ranking dunia, di mana negara kita? malaysia berkedudukan di tangga ke 160 dunia daripada 207 buah negara, atau dlm kata lainnya, tangga ke 47 dari bawah. bangganya kita.

kita lihat pula negara2 di samping malaysia di ranking tersebut. kyrgyztan dan liberia. adakah bolasepak menjadi sukan utama mereka? chinese taipei? madagascar? even pakistan, negara kuasa besar kriket yg terlalu asing dgn bolasepak pun lg tinggi dari kita. bangganya kita.

nk main menentang pasukan eropah? bukan ke pasukan eropah setiap kali di awal musim, mereka ada jangka waktu persahabatan pemanas badan? dan kebanyakan dari mereka akan membuat tour ke asia. setiap tahun. kenapa kita xleh nk tggu dorang dtg cni? nilai komersialnya lebih tggi jika mereka dtg malaysia, berbanding pasukan negara pergi ke sana. rakyat pun dapat tonton live.

nk bermain di kelab2 eropah? 1st skali jgn la kita dok bermimpi utk bermain di liga perdana inggeris. bukan nya ckp xmampu. tp cermin la diri tu dulu. kalau kita betul2 bagus, try tembusi pintu kelab di liga 'coca cola championship' atau divisyen 1 england. tu pun kalau mampu la. atau jgn la terlalu pandang ke eropah, sedangkan di liga korea dan jepun pun kita belum mampu utk tembusi.

Anonymous said...

walaupun aku tak setuju dgn langkah kerajaan nak antor budak2 ni gi menuntut di oversea, just sbb menang ASEAN Cup, tapi, kenyataan saudara ini agak keras, kerana kite kena lihat dari sudut pandangan beliau as Menteri Belia dan Sukan..kite kena paham kenapa pasal bolasepak ini, lebih mendapat perhatian:

(i) Beliau rase inilah titik permulaan kebangkitan Malaysia setelah lebih 20 tahun dikutuk and dicerca oleh rakyat malaysia sendiri. Semarak kebanggaan satu malaysia terase bile pasukan bola sepak kite berjaya..bola sepak dalah satu anda percaye? sy percaya..

(ii) Byk formula telah dicuba, ini adalah satu acuan yg lain, antar satu team, instead of 2-3 org pemain sahaja spt dahulu..perlu diignat, bola sepak permainan yg memerlukan kerjasama berpasukan, bergantung kepada salah satu player shj tidak menjamin kejayaan,

(iii) Peruntukan da ade utk pembangunan sukan under Budget 2010, nape nak kata diorg ni membazir? diorg tak mintak peruntukan baru dari government?

(iv) English club buying expensive player for what? to increase chances of winning exactly..there are costs for that..malaysia nak spend utk naikkan taraf permainan anak jati sendiri pun tak boleh ke? bila diorg bagus, melayu jugak bangga, malaysia jugak dapat name..boleh dijadikan contoh generasi depan..kalu asik nak pikir buat tu membazir better channel duit tu utk basmi kemiskinan then forever kite tak kan maju..maju bukan saje kite nak tengok taraf hidup tinggi aje..human capital kena pk jugk...

(v) bukan nak puji si sabry ni lelebih la, cuma aku rase mamat ni la antara menteri2 yg real dan rajin wat keje, sambil tak mengabaikan kepentingan politik..