Tuesday, January 12, 2010

PAK LAH, KJ, KAMALUDDIN & TONY , TOLONG JAWAB




Ulasan daripada artikel asal seperti link dibawah

Raja Petra bersembunyi di rumah Helinna Hanum Dadameah

Apakah pertalian diantara semua pengkhianat negara ini ?

Antara Thaksin dan Kalimullah

Kalimullah Hassan, seorang lelaki yang berasal dari Uttar Pradesh, India adalah orang yang rapat dengan Pak Lah, KJ, Kamaluddin (anak lelaki pak lah) di zaman Pak Lah menjadi PM.

Saya tidak mahu mengulas panjang lebar lagi tentang perkara ini semua sekarang. Saya menuntut Pak Lah , Khairy Jamaluddin dan Kamaluddin menjawab semua ini. Kenapa orang anda jadi begini atau pun memang anda bertiga yang suruh dia jadi begitu ? Tidak adil pada mereka , jika saya membuat tuduhan sekarang sebelum mereka menjelaskan keadaan sebenar.

Tolong jelaskan kepada rakyat, jika tidak mahu imej anda semua terpalit sama. Jika tiada penjelasan diberikan dalam masa seminggu, saya anggap anda semua bersengkongkol dengan Kalimullah untuk menjahanamkan negara dan menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai PM.

Hatiku kini semakin dekat untuk mempercayai apa yang di 'dendangkan' oleh Parpukari selama ini. Selama ini aku banyak menjadi penghalang kepada Parpukari supaya tidak memecah belahkan parti dengan membuat hentaman secara terbuka dan bagi dia peluang. Tetapi sekarang, hatiku sudah mula goyang. Anak sungai pun berubah, apa pula hati orang.

Saya bukan pengikut dia yang setia, saya hanya ahli parti dan menghormati ketua yang dipilih. Tapi sekarang, dia pula kena hormat kepada ahli dengan membuat penjelasan perkara yang sebenar kepada ahli-ahli bawahan, jika tidak mahu berlaku pemberontakan dalam parti.

Tony Fernandez, selaku bos Air Asia juga harus menjelaskan kepada rakyat Malaysia tentang penglibatan Kalimullah dalam syarikat yang dimiliki oleh Air Asia. Jangan sampai rakyat mengecop Tony sebagai pembekal utama duit kepada Kalimullah dan Raja Petra.

16 comments:

Galo said...

nilah golongan yg di katakn 'harapkn sokong, sokong buat rebah'. kita mmg xblh tahan dgn perbuatan khianat ini ditambah pula dtg nya dr mrk yg kita hormati. Nampaknyamrk ni tggl sejarah, mrk mesti jwb?

Anonymous said...

Tak rasa mereka ini semua ada kaitan tetapi, mungkin Mr Kali ini gergaji 2 mata, berkepentingan peribadi (nak dpt projek) atau gunting dalam lipatan.

Apa pun sebelum kita membuat sebarang spekulasi serta tuduhan elok sangat kita "investigate" dari membuat terjahan terburu buru, takut nanti terpalit kepada kita juga. Benda semacam ini memang tidak lari, walaupun penyokong tegar dalam politik tetapi bila bab kawan, bisnes, spying ni mcm adatlah tolak tepi bab politik, boleh pulak duduk semeja minum kopi. Jadi susah nak meramal.

Pejuang Bangsa said...

setuju dgn RBF ...mereka perlu jawab semua ini !!!

aku pun sekarang musykil dengan kaitan mereka ini semua apabila kalimullah terlibat sama dengan pengkhianat negara RPK ..

Pejuang Bangsa said...

setuju dgn RBF ...mereka perlu jawab semua ini !!!

aku pun sekarang musykil dengan kaitan mereka ini semua apabila kalimullah terlibat sama dengan pengkhianat negara RPK ..

TAIPINGMALI (TM) said...

musang berbulu ayam, api dalam sekam, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut.....????

joostspring said...

parpu xpernah pecah belahkan ahli umno pun dgn sgala pendedahan dan serangan dia terhadap KJ and the geng...

KJ and the geng harus dihapuskan dari umno!!!!!

abuarif said...

Apa yg berlaku ada agenda tersembunyi...Pengkhianat bangsa dan agama takakan berhenti...dan akan berterusan nak musnahkan bangsa dan agama demi kerana sifat dendam,dengki dan khianat........Perbuatan manusia kita bolih kenal antara pejuang dan pengkhianat........Mengapakah Kerosakan Kekuatan Bangsa MELAYU seteruk ini......masa kini.....ANGKARA SIAPAAAAA...........

ubi jaga said...

kalau ada asas kita sama2 siasat.kalau nak berjuang,berjuanglah secara gentleman bukanya main belakang, bukan dari kalangan kita main jalan belakang ni.RPK biarkan ia lari menuju ketuanya kemudian baru tangkap.Aku rasa tuan yg memelihara RPK ni dah panas bontot,jgn biarkan RPK lenyap dari alam maya ini sebelum semuanya terbongkar.
.who...who..who..who let da dog out
who..who..who who let da dog out...

mat saga said...

mintak maaf ye semua....

Pak Lah tak bole jawab la soalan you all sekarang...

dia masih tidor lagi laa..

Anonymous said...

UMNO makin nak terlingkup!...

Anonymous said...

Adake masa depa nak baca artikel dari u all ni? Persetan kan artikel liar macam ni, saya rasa itulah yang depa jawab dalam hati atau masa bincang bersama dengan balaci mereka.

Kepada RBF, jangan buang masa nak suruh depa jawab. Baik kita perjuangkan penggunaan Kalimah Allah ni sehingga ke titisan darah .


adddotblogspotdotcom

Anonymous said...

Untuk bersihkan nama..mohon KJ,Kamaludin, Kalimullah and Tony mejawab di akhbar arus perdana dengan kadar segera..

Ketuanan Melayu said...

Salam,
Aku rasa orang macam Tony Fernandes ni patut tutup je Air Asia tu. Menghabiskan duit je. Makan duit rakyat je. Bukan berguna pun Air Asia tu. Patut biar MAS je yang wujud. Air Asia mmg tak diperlukan! Macam la penting sangat apa yang Tony ni buat. Betul tak saudara faisal?

Anonymous said...

Hak ela. So engkau ada bukti Kalimullah ada rumah dekat London. Apa bukti kau RPK duduk sana? Kau percaya semua benda yang kau baca? Tak berasas dan kurang berpelajaran lah macam tu. Kesian sangat. Melayu ni pikiran memang cetek sangat ke? Kesian. Daripada kau duduk tulis fitnah ni semua tolong pergi sembahyang sikit. Sembahyang and minta petunjuk dan kesedaran. Jangan kau kata cakap benar kalau kau memang tak tahu dan tak ada kerja lain selain jadi parrot baca and tulis yang sama dengan blog lain. Ada lah pendirian sikit weh. Kesian sangat. Kalau kau Islam, fikir fikir sikit mati. Tak takut ke?

ruang bicara faisal said...

kpd anon 8.55am

kalau raja petra tak duduk ruma kalimullah sekali pun, sekarang sudah kecoh pertemuan sulit anwar dan kalimullah serta nazri di london.

kenapa kalimullah jumpa anwar dan apa perbincangannya. kalimullah org kj dan pak lah....

Detguaq said...

Hutang airport fees dgn MAB tak pernah dibayar dengan sengaja sebab nak tunjuk kuasa, boleh beli West Ham pulak tu....

rbf...betul ke komen ko ni?
ish ish ish....depa pi Mekah tempohari tu pi melancong ke pi bertaubat?