Wednesday, January 13, 2010

PENJELASAN DARI PEMUDA UMNO NIBONG TEBAL

Dibawah ini adalah komen yang dihantar oleh pengendali laman blog Pemuda Umno Nibong Tebal berhubung dengan posting saya sebelum ini bertajuk Umno Juara Rakyat ??? berkaitan dengan kes seorang ibu yang membakar diri di Nibong Tebal.

salam sdr...
jgn teriku2 dgn rentak pembangkang..
sblm ni keluarga beliau
selalu dibantu smd oleh jkkk, cwgn dan bhgn..
semua org x sangka mangsa sanggup bertindak dmikian
knp perlu nk salahkan pemimpin umno ntebal??

sblm nk post, check dulu..
org2 umno ramai yg pi ziarah lps kejadian tu..
ahad lps,ADUN UMNO, tim ketua bhgn, s/u bhgn, ketua cwgn dh pi melawat..
masuk sinar hari ni edisi utara,,
nanti berkesempatan, saya upadte blog saya utk tunjukkan..
jgn nk menonong x tentu hala..

Nampaknya Umno Nibong Tebal tidak seperti yang saya sangka. Mereka memang juara rakyat. Sebelum kejadian bakar diri tersebut berlaku ,Umno Nibong Tebal selalu membantu keluarga tersebut. Syabas !

Oleh yang demikian saya rasa wajar saya memohon maaf kepada Umno Nibong Tebal berhubung artikel saya sebelum ini. "Maafkan chet ".

Cuma satu saya nak tanya, pernahkah keluarga ini diberi kaunseling atau semangat, atau kata-kata peransang. Setakat bagi gula, bagi beras, bagi tepung, tak berkesan. Sebab itu saya kata, mereka-mereka yang begini kita kena bagi pukat atau batang pancing. Jangan bagi ikan kepada mereka.

Oleh yang demikian, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada PUNT kerana sudi memberi penjelasan. Kalau tidak saya pun tak tahu. Yang keluar di Sinar Harian edisi utara, saya pula berada di kutub selatan. Disini belum ada lagi Sinar Harian edisi kutub selatan.

Kepada Umno-Umno bahagian lain pun , jenguk-jenguk sikit masalah rakyat Jangan sampai pisang berbuah empat belas kali. Rajin-rajin sikit naik motosikal meronda kawasan dan singgah berbual-bual dengan orang ramai. Barulah boleh tahu masalah rakyat.

Tentang dakwaan saya mengikut rentak pembangkang, itu tak betul. Sebenarnya pembangkang yang mengikut rentak saya.

Opsssss lupa nak tanya, di P.Pinang siapa yang pembangkang ?

Apa-apa pun maafkan saya. Kirim salam kepada Datuk Non.

6 comments:

bzz said...

kalau umno mahu jadi juara. Pastikan dulu kes macam ini tak terjadi. Bukannya dah jadi baru nak pergi tengok. Kalau dah mati?

Anonymous said...

harap LEBIH LEBIHKAN la jenguk2 org kampung hat mana xcukup sana sini.kembalikan keyakinan masyarakat utk pilih Umno Bn kalau ada pilihanraya nanti.kalau dah betoi jalan dia.teruskan la.kalau ada tegoran tu perbetoikan cepat2.la ni cubaan utk burukkan Umno makin hebat.malah dr dalam Umno sendiri boleh pecah belah.hang tuduh aku rasuah ,,hang tduh aku geng kawan ni.sapa yg merana? serapkan balik nilai2 dan sebab2 kenapa UMNO tu wujud pada pemimpin2 pelapis skrg ni. keadaan dlu tak sama mcm skrg.

ps/: tunggu masa Umno `bersilat` lebih hebat lepas ni.

Anonymous said...

Jgn tension tension sgt, bawa rilex bro...kan lain pulak jadinya...:-)

Pejuang Bangsa said...

baguih la penerangan balas yg diberikan oleh Pemuda UMNO NT di bawah Hj Rashidi .

FYI bro , di PP sy lihat Pemuda NT antara yg cukup aktif turun padang melihat masalah rakyat , orang sakit , buat program bersama rakyat spt karnival kerjaya utk golongan muda mencari pekerjaan ..

insyallah kerja mereka ini berterusan , Nibong tebal boleh UMNO rampas balik

Anonymous said...

Salam,

Berani kerana benar, takut kerana salah. Tahniah, saudara mengakui kesalahan yg dilontarkan. Tetapi kurang wajar bagi Pmd Nibong Tebal keluar ayat seolah-olah marah. Bahasa Menunjukkan Bangsa.

Then, Tahniah juga untuk UMNO Nibong Tebal yang aktif semoga programnya lebih mengisi dengan aktiviti kerohanian dan membantu mereka yg perlu dengan kaedah yang sesuai dengan kes yg berbeza. Bukan buat tamplete (kampit beras, tepung, susu) utk semua orang w/pun masalah berbeza.

Neway, hopefully Penang will gain back its power.

sangguna said...

Bagus keje kau, sekali sekala diorang ni mesti di tekan sikit baru ada respon.
lepas ni mana2 dun ke kawasan ke yg wakil rakyat dia tido kita kasi gegau, biau dia jaga, ingat skrg dah cukup selesa ke.