Wednesday, January 13, 2010

UMNO JUARA RAKYAT ?

Klik pada imej untuk membaca dengan jelas

Miskin
Anak ramai
Anak degil
Tertekan ? Bakar diri.
Negara 53 tahun merdeka

Disaat para pemimpin Umno sedang bertungkus lumus dengan program Umno Juara Rakyat di Hulu Selangor pada jumaat hingga ahad lepas, lain pula ceritanya di Nibong Tebal.

Seorang ibu yang baru berusia 33 tahun, tetapi mempunyai tujuh orang anak melecur separuh badan kerana membakar diri sendiri akibat tekanan hidup, kemiskinan dan sikap anak yang degil.

Persoalannya , dimana pemimpin masyarakat setempat sehingga tidak tahu kemiskinan dan masalah yang dihadapi oleh keluarga ini ?

Mana ketua kampung baik negeri atau persekutuan ? mana ketua cawangan Umno, mana ketua pemuda cawangan ? mana ketua wanita cawangan ? mana ketua puteri cawangan ? mana wakil rakyat ? mana pegawai kebajikan masyarakat ? Semuanya duduk goyang batu.

Umno Juara Rakyat ??? Wa kah...kah...kah.... Setakat pemimpin atasan saja yang duduk sibuk , tetapi pemimpin bawah duduk goyang batu, boleh lupakan semua itu. Tak ke mana program yang dirancang, akhirnya tinggal nama dan hasilnya makan diri balik. Tiga tahun lagi bungkus lebih teruk lagi di P.Pinang.

Halo, adik, abang, makcik, pakcik pemimpin Umno sekalian. Juara rakyat bukan setakat, tolong orang buat rumah, buat jalan, tolong orang masuk universiti atau bagi beras dan gula. Kehidupan rakyat juga harus dipantau. Rajin-rajinlah berjalan rumah kampung , tanya masalah dan kehidupan mereka. Kalau mereka ada masalah, tolong hantar kaunselor untuk bantu mereka.

Kalau mereka susah, gaji tak cukup nak tampung kehidupan, tolonglah cari kerja yang sesuai atau pendapatan tambahan untuk mereka. Tak perlu bagi mereka ikan, bagi mereka pukat, jala atau batang pancing.

"Hangpa semua tak buat kerja , hangpa semua dok melilau dan berlagak dengan jawatan ketua cawangan, ketua kampung,ketua wanita dan ketua pemuda serta ketua puteri. Bila pergi mesyuarat bahagian atau perhimpunan agung di Kl, hangpa semua yang lebih dok berkokok pasal tolong melayu. Podahhhhh....."

Cuba anda semua bayangkan, saya yang ada lima anak, walaupun gaji ribu-ribuan pening juga bila kita duduk di bandar besar, semuanya duit . Ada masanya kita juga tertekan. Tapi masalah yang saya hadapi mungkin tak seteruk yang dihadapi wanita berkenaan.

Dia ibu muda, ada tujuh anak, bekerja sebagai pembantu restoran, suami pula pengawal keselamatan, gaji entah berapa ratus sebulan bila dicampur pendapatan mereka berdua. Anak pula tujuh orang, ada yang degil pula, hidup miskin, ditambah pula sekolah baru bermula, semuanya perlu duit. Itulah yang membuat dia tertekan, dan kebetulan pula pada masa itu mungkin dia ada darah tinggi, terus gelap mata dan bakar diri. Itu belum dikira lagi jika ada masalah dengan suami, ahli keluarga, jiran tetangga atau rakan sekerja.

Itu sebab saya kata ,mereka perlu dibantu dari segi nasihat, kaunseling, tunjuk ajar dan sebagainya. Bila kita kata bantu, tak semestinya bantu itu bermaksud duit. Duit bukan penyelesai kepada segala masalah.

Jangan pula ketua cawangan Umno, ketua kampung atau pegawai kebajikan masyarakat kata mereka tak tahu masalah yang dihadapi oleh mangsa. Kalau kamu semua tak berjalan dan tak menyelami hati rakyat , macamana kamu nak tahu.

Kepada MT Umno, hentikanlah dulu program Umno Juara Rakyat selagi MT-MT Umno tak 'menjuarakan' dulu pemimpin Umno atau BN peringkat bawahan. Percayalah cakap saya, kalau diteruskan juga dalam suasana yang begini sekarang, maka Umno cari nahaslah....


Pssttt...mungkin di Nibong Tebal tiada bahagian atau cawangan Umno kot

14 comments:

Anonymous said...

kenapa perlu salahkan UMNO ajer .... aku pun susah jugak dok kat bandaraya KL tapi tak lah sampai nak naik bangunan terjun , bakar diri ker .... JIKA IMAN KURANG DIDALAM DIRI MACAMNILAH JADINYA.... kalau dah kata Melayu tu Memang Melayu juga sikap malas dan suka menyalahkan orang lain tak pernah lekang .... bangsa asing datang Malaysia boleh hidup mewah kenapa rakyat sendiri hidup susah ... persoalan pada Melayu itu sendiri MALAS BERUSAHA KIRA NAK MAIN JER sampai beranak banyak-banyak pastu menyalahkan orang lain .... hello brother rbf aku langsung tak setuju dengan apa yang ko tulis pada hari nie selama nie aku respect habis dengan segala tulisan ko tapi hari nie tulisan ko mengambarkan ko pun jenis Melayu yang cepat MElalak dan menyalahkan orang lain bila melayu susah .... salam jangan marah .... UMNO KINI DAN SELAMA-LAMANYA ....

Anonymous said...

ni mesti banyak sangat tengok citer tamil kot? setahu aku puak2 tu jer laa yang suka bakar diri sendiri..tak ingat kes kampung buah pala? kita tak boleh salahkan pemimpin 100% kadang2 rakyat sendiri perlu menilai mana yang baik dan buruk, dan menyelesaikan masalah dgn cara sebegini memang tak masuk akal (Islam pulak tu). pemimpin juga perlu mengambil kebajikan rakyat juga walau sesibuk mana pon.

Anonymous said...

Dalam kes ni, saya tak nafikan pemimpin yang dipilih atau dilantik terutama sekali UMNO. Namun pada hakikatnya, pemimpin ini amat prihatin sebenarnya untuk memperbaiki/mengubah nasib penduduk tempatan, namun kekangan yang paling besar ialah BALACI/PA/PR/PEGAWAI/ORANG KUAT/PENGAMPU/ pemimpin nilah yang sebenarnya menyekat saluran/bantuan kepada kumpulan sasar.


Contoh mudah, Ketua Bahagian, memang amat sibuk dan kawasannya luas, namun terdapat ketua kampung ketua cawangan yang dilantik, namun mereka inilah yang memberi laporan yang "manis/baik/hebat kepada ketua bahagian, padahal laporan adalah sebaliknya. Disini saya tidakmenyalahkan ketua bahagian 100%, tetapi yang harus dipersalahkan ialah ketua/pemimpin setempat. Contohnya kejadian surirumah membakar diri ni, apakah pemimpin masih dok main "betina" lagi?

adddotblogspotdotcom

Anonymous said...

Nibong Tebal under Datuk Zainal Abidin Osman ahli MT.

Anonymous said...

Aku setuju sangat dgn posting hang ni Faizal oooooiiii. Nak menang hati rakyat, tapi pemimpin yg dok goyang batu saja. Masa pemilihan berebut bukan main tapi bila buat kerja mcm.........

Sendiri mau ingat la..

Saiful UMB

PPUNT said...

salam sdr...
jgn teriku2 dgn rentak pembangkang..
sblm ni keluarga beliau
selalu dibantu smd oleh jkkk, cwgn dan bhgn..
semua org x sangka mangsa sanggup bertindak dmikian
knp perlu nk salahkan pemimpin umno ntebal??

sblm nk post, check dulu..
org2 umno ramai yg pi ziarah lps kejadian tu..
ahad lps,ADUN UMNO, tim ketua bhgn, s/u bhgn, ketua cwgn dh pi melawat..
masuk sinar hari ni edisi utara,,
nanti berkesempatan, saya upadte blog saya utk tunjukkan..
jgn nk menonong x tentu hala..

Anonymous said...

kalau umno pn xboleh tlg org susah tambah2 org melayu.ni kan plak parti2 lain.yang umno tau skrg nak jaga hati bukan melayu.memang tau la ni malaysia.depa bukan melayu pn lama bertapak kat sini.tapi tgk2 la skit hal kebajikan org melayu.kebykkan org miskin ni bukan setakat duit depa perlukan..tapi perhatian dr pihak pemimpin turut depa tagih.bukan susah nak tanya kot2 anak2 depa ni makan ka.sekolah ka .aku sokong kalau umno buat proses pemulihan dari atas ke bawah.peringkat2 yg bawah ni kadang2 terlebih kuah dari nasik.tu yg org tak suka.skrg kepimpinan dah bertukar.tapi kalau dok takat tu jugak..bukan salah pemimpin atasan sgt la kan.. nama saja akar umbi..tapi akar umbi yg buruk takkan bagi elok pada pokok.lingkop jugak nanti

warisan ksl said...

kHALIFAH aL -Ustaz Lim Guan Eng dan pencacai-pencacainya kan ada.Pulau Pinang Milik Pembangkang la bodoh...Tak kan orang makan daging...sisa tahinya bagi kat UMNO.Kira bagus juga la tu UMNO mahu nak tolong.Kalau tak tolong apa macam..
Tapi kalau aku tujang gelak lagi elok.Pasal BUNUH DIRI tu kan tak elok.Jangan tahu nak buat anak.tapi didik anak tak reti.Macam mana nak didik anak.Diri sendiri pun tak da iman.Aku takut perempuan ni ilusi lebih kot pasal banyak telan dadah.mana tau...

mulutmelayu said...

tu dia punya kutuk UMNO....

anwar liwat kerana UMNO lah....

kucing beranak 7 pun salahkan UMNO..

semua kejadian salahkan UMNO.

apa punya mentaliti blogger ini, macam juak Anwar dan Nik Ajis jugak...

nak tanya sikit, kawasan parlimen atau DUN tu UMNO ke?

Pls check your facts sebelum menulis..

walaupun aku bukan dari Nibong Tebal, tapi aku sedikit sebanyak tahu kehidupan dan mentaliti mereka itu

jibaouk said...

aper punyer artikel kategori 'mangkok hayun' nih!!!!

betul la 'berkata benar walaupun pahit' tapi sebelum nak tulis yang benar buatlah 'homework' dulu sengal!!! kalau tak akhirnya kan jadi fitnah...

Jgn dengar crite kat kedai kopi pas tu trus 'post'..

haprak nyer blogger...

Anonymous said...

Salam, saya merupakan salah sorang press yan membuat liputan kes wanita tersebut..

1st sekali Al-Fatihah kepada wanita tersebut...

Sila buat pemerhatian dulu sebelum membuat kenyataan...

Semua akhbar menulis FAKTOR KEMISKINAN dan DEGIL yang menjadi tajuk utama adalah kerana terima kenyataan dari pihak polis.. bukan dri pemerhatian kami sendiri...

Setelah dilihat dari dekat...
Jika miskin mengapa 5 dari 7 anaknya boleh belajar (bersekolah)

JKM ada bantu RM400 sebulan kepada keluarga itu.

Awal-awal pagi saya datang untuk buat liputan... semua pemimpin dan wakil UMNO dan BN serta NGO datang... tapi tiada pulak Ahli Parlimen (PKR) dan Adun (PKR) kawasan tersebut yang hadir...

Sebelum beri kenyataan... sila pastikan ianya betul

Shoutul Heart said...

Apa yang di dengar, dilihat, dihidu belum tentu kebenarannya. Bagaimana menatakan sesuatu itu sebagai benar bahkan pahit untuk disebut bila benarnya sekadar pada tamsilan dan tafsiran akal sendiri dan julasan teman-teman. Berhati-hati agar tidak menyatakan fitnah sebagai kebenaran.

Anonymous said...

belajar banyak

puteri said...

dari press..??

press mana?

umno?

bn?