Saturday, March 27, 2010

KAWAN KALIMULLAH BERI NASIHAT KEPADA BN

Sekali baca rasa nak tergelak, tetapi biarlah, demi menghormati beliau saya terpaksa batalkan gelak sakan saya itu.

Menurut laporan M Star online hari ini , kawan rapat kepada Kalimullah Hassan yang juga bekas PM Malaysia meminta BN meletak calon yang boleh menang dalam PRK Hulu Selangor yang bakal diadakan nanti. Lihat disini

Alhamdullillah, nampaknya dia sudah insaf dan sedar dengan kesilapan silam yang dia lakukan. Lalu dia minta orang lain jangan melakukan kesilapan yang dia pernah lakukan dalam PRK Kuala Trengganu awal 2009.

Pada masa itu boleh dikatakan hampir semua orang BN tidak bersetuju dengan Wan Farid diletakkan sebagai calon BN. Ada cerita yang tersebar kononnya pengumuman calon terpaksa ditunda seminggu kerana Datuk Seri Najib sebagai Timbalan Pengerusi BN yang juga TPM pada masa itu rasa berat untuk mengumumkan nama Wan Farid sebagai calon kerana tidak diterima oleh akar umbi.

"Seminggu Najib pegang sampul surat (nama calon), untuk pujuk Pak Lah tukar calon" , itulah kata-kata yang banyak kedengaran di kedai-kedai kopi dan lobi-lobi hotel di Kuala Trengganu pada masa itu. "Tapi Pak Lah tak peduli, dia nak Wan Farid juga" itu kata orang. Orang Kuala Trengganu pada masa itu hendakkan Cikgu Zubir diangkat sebagai calon BN.

Al-hasilnya BN kehilangan kerusi Kuala Trengganu, kerana kedegilan orang tersebut. Walaupun Wan Farid diumumkan akan dilantik sebagai Timbalan Menteri jika menang PRK berkenaan, rakyat tetap menolaknya. Ini menunjukkan kuasa rakyat lebih besar dari kuasa orang itu. Tidak pasal-pasal BN kehilangan satu kerusi di Dewan Rakyat disaat kerusi yang semakin berkurangan.

Sekarang beliau cuba memberi nasihat kepada BN agar tidak melakukan kesilapan yang dia buat dulu. Walaupun dia tidak cakap secara terus terang, tapi kita harus memahami maksudnya. Maka kita haruslah menerima nasihat beliau.

Selamat maju jaya kepada orang itu. Beliau akan tetap dikenang sebagai PM yang paling 'baik' dalam sejarah negara. 'Baik' dari segenap sudut dan inci.

No comments: