Tuesday, April 13, 2010

HULU SELANGOR : KENAPA BN TIDAK MEMBANTAH


Esok sudah genap seminggu saya membangkitkan di blog saya berhubung isu Khalid Ibrahim menggunakan pejabat DO yang juga Pegawai Pengurus P/Raya(RO) Hulu Selangor. Lihat disini

Sampai ke hari ini nampaknya langsung tiada bantahan dari BN. Bukan setakat Khalid sahaja yang berkampung disana sekarang, malahan keseluruhan anggota exconya berkampung di sana.

Kehadiran mereka berkampung di sana boleh memberi tekanan kepada pegawai-pegawai yang bakal mengendalikan p/raya kecil berkenaan yang kebanyakan terdiri daripada kakitangan Pejabat Daerah Hulu Selangor.

Apakah BN tidak nampak perkara ini atau saja buat-buat tidak nampak atau mungkin juga berada di dalam keadaan selesa ?

Harus diingat , semasa p/raya kecil Kuala Trengganu 2009 Pas membantah Pegawai Pengurus Pilihanraya berkenaan kononnya beliau menarik undi untuk BN. Lihat disini

Akhirnya pegawai berkenaan menarik diri dari meneruskan tugasnya. Mengapa di Hulu Selangor BN tidak membantah perkara ini. Jangan bagi alasan kononnya BN tidak sama dengan Pas. Akibat terlalu baiklah yang menyebabkan BN sentiasa kelihatan lemah.

Harus diingat DO Hulu Selangor adalah kakitangan Kerajaan Negeri Selangor. Sudah tentu beliau perlu patuh kepada arahannya bosnya iaitu Khalid Ibrahim walaupun mungkin ada arahan tersebut yang beliau tidak setuju.

Tahukah kita apa yang dibuat oleh Khalid Ibrahim dan beliau semasa berada di dalam pejabat ?

Saya tidak salahkan RO , tetapi kita harus salahkan Khalid Ibrahim kerana pergi berkampung di sana. Secara tidak langsung ianya memberi tekanan kepada RO berkenaan.

Beliau cuba bercakap mengenai keadilan, kebebasan dan ketelusan, tetapi dalam masa yang sama beliau bertindak secara tidak adil.

BN harus membantah dan mohon agar RO untuk PRK Hulu Selangor ditukar.

4 comments:

Local Fighter said...

Salam bro rbf,

dalam blog pembelit no.1 anwaribrahim.blog, dia puji melangit tukiman tu sebab sokong idea gila dia MES tu!

Lps tu dia ungkit citer pasal tukiman adalah orang yang dpt penyapu dari khir toyo dulu! hehe..nak bakar le tu!

bila hntr komen dalam blog dia, haram dia nak luluskan kalo tak setuju dengan dia! Adil haramjadah dia!!

Satu lagi kes bro pasal penurunan banner dan bunting BN yang pasti akan dibuat oleh macai2 majlis daerah.

Mesti yang kena BN je, DAP atau Pas walaupun tak bertanding dibiarkan sahaja!! 'Double standard' pasti berlaku!

Tak macam di Bagan Pinang, sama ada itu BN atau pembangkang sama2 kena turun kalau tak tetapi syarat.

Orang boleh nilai sendiri siapa yang adil siapa yang hipokrit!!

gapodio said...

tunggulah lepas penamaan calon dulu...
mungkin tu strategi BN nak tengok game PKR camne dulu....
kalau skang khalid ibrahim blah tak dapat mileage pape tapi cuba bayangkan kalau dia kena blah masa tempoh kempen...
kan banyak untung BN akan dapat...
BN perlu sabar dan jangan rakus macam Pakatan Rakyat

Anonymous said...

Saya jelik dengan perangai blogger yang pro-BN seperti tuan. Hanya pandai mencadang tapi tak reti membuat. Kalau membuat laporan itu cadangan tuan, dan jika BN tak boleh di harap untuk buat laporan, mengapa tidak tuan sendiri je yang buat laporan?????Cakap & buat adalah 2 benda berbeza bro.....aku pun sokong BN jugak. Tapi jangan setakat cakap je bro....dah tau spesies lembab mcm Pak Lah masih ramai dalam BN, ko je la pergi buat laporan......Tegakkan yang hak bro....

Panahberacun said...

Biasalah dgn perangai musibat ini semua. Kalau depa buat apa tak apa tapi kalau parti memerintah (BN) buat maka depa KG dan kuncu kuncu akan mengatakan bahawa BN telah menggunakan hak kerajaan dlm menjalankan aktiviti parti mereka.Apa nak buat sememang ketua mereka CIFU telah mengajar mereka sedemekian. Buat mereka semuanya halal tapi buat org lain haram.

Tapi yg heran nya BN ni apa nak jadi. Kalau nak berlembut ada tahap nya. Sampai tak nampak sapa pun yg membantah akan isu ini. Mungkin semua pemimpin BN dan ahli ahli nya termasuk PM dan TPM tak ada telok kot. Dlm hal skrg sapa dari BN yg akan mula bersuara akan isu ini. Jgn pula si Ketol KP UMNO lak nak tunjuk lagak udah.

Bangunlah wahai jentera BN. Kalau dah nampak isu ni penting tunggu apa lagi, protes lah. Mcm ni punya masalah pun hangpa tak mau ambil tindakan jadi mcm mana hangpa nak menjaga pengundi HS ni. Apa pun hangpa dah besar dan faham akan liku liku politik, jadi apa apa nak buat buatlah. Nak protes ke tak nak hangpa punya pasal. Kekawan kat blogger dah fokuskan hal ini, jadi up to u all.