Friday, April 16, 2010

JOM KITA "BER KY JELLY" ESOK

Password : Mokhtar




Kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian, jangan lupa esok penamaan calon. Turun ramai-ramai ke Kuala Kubu Baru. Kita sama-sama kasi mereka mereng.

Harap anda semua dapat cetak gambar-gambar diatas, bawa dan pamerkan semasa penamaan calon.

Bila jumpa orang-orang PKR , seorang atau beberapa orang laung PASSWORD , seorang atau beberapa orang lagi jawab MOKHTAR. Diikuti juga dialog-dialog lain dalam gambar diatas.

Jangan lupa juga bawa tuala putih kegemaran Anwar sepertimana yang diberitahu oleh Saiful dalam mahkamah tempohari. Seorang bawa satu tuala, tidak kira kecil atau besar, janji warna putih dan lambai-lambaikan depan muka juak-juak PKR sambil jerit PASSWORD : MOKHTAR

Kepada yang berduit, harap dapat ambil gambar diatas dan buatkan banner. Kepada yang tak berduit , sila cetak di pejabat masing-masing, guna pencetak majikan anda. Jika bos anda bising, jangan melawan, jawab pendek sahaja "bossss.........perjuangan" dia bising lagi, jawab lagi "perjuangan" begitulah seterusnya.

Cetak dalam saiz A4 atau A3 tidak menjadi masalah. Semua boleh, sama rata, sama rasa, depan belakang sama saja.

Sila berkumpul depan Masjid Kuala Kubu Baru atau sekitarnya jam 8.00 pagi. Elakkan pergaduhan. Kita main psywar, sahaja.

Sedikit panduan untuk ke sana, jika dari KL,Subang ,Shah Alam dan Klang. Anda boleh keluar di Tol Rawang atau Bukit Beruntung dan ikut papan tanda ke Kuala Kubu Baru. Dari Rawang lebih kurang 45-60 minit. Dari Bukit Beruntung 30 minit. Tapi kedua-kedua jalan di atas agak banyak simpang.

Jalan yang paling senang, agak jauh sedikit tetapi cepat . Keluar di Tol Tg.Malim, belok ke kanan atas jambatan arah ke Kuala Kubu Baru dan jalan terus sahaja sehingga anda jumpa simpang ke kiri berhampiran pam minyak Shell. Jaraknya 18 km dari plaza tol Tg.Malim.

Jumpa di sana esok........

Sebelum tinggal komen jangan lupa password : mokhtar

Ikuti juga pesanan Datuk GAP di sini

11 comments:

slash said...

MOKHTAR...


Jangan lupa bawa karipap sekali..Ada org suka ngan Karipap tu...

Anonymous said...

jom turun ramai2...ktia sokong kamal..say no to zaid ibrahim lupa diri dan asal usul..cam harammmmmmm!!!!

Rafie said...

betul ke bro kuda tua ditawarkan jadi timbalan menteri kalau camtu mereka nak dua2 menang la ye melayu hs jugak yg tertipu. kalau betul kita tibai si kamal biar bungkus biar dua2 tak dapat. mintak tan sri mat taib bertanding calun bebas cam berahim ali bertanding di pasir mas kalau menang jadi bebas pun tak apa.

Wong Pencen said...

Faisal, INGAT DOSA! Dosa FITNAH itu lebih besar dari dosa membunuh.

Sudahlah membuat FITNAH, ajak pula ramai-ramai orang lain ikut sama. Kemudian galakkan pula rakan-rakan mencuri dari majikan?

Pandai ingatkan orang lain supaya menjauhi dosa tapi dalam masa yang sama tak henti-henti berbuat dosa. Janganlah berterusan hidup dalam kejahilan, semata-mata untuk memenangkan satu parti politik. Jangan sampai perbuatan yang Faisal katakan sebagai perjuangan ke arah kejayaan ini menjadi perjuangan menuju ke NERAKA.

Mozas said...

kalu nak tahu mana penyokong pkr, tengok yang jalan senget tu ya la tuh. kih kih kih




Harakahdaily hentam Zaid Ibrahim. baca di sini:

http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/harakahdaily-hentam-zaid-ibrahim-calon.html

Anonymous said...

rafie, kalau ada bukti kita sama2 pertikaikan..kalau takde bukti lebih baik diam sahaja..jgn laa jadik anuwar berahim...bukti tarak riuh sekampung..

Anonymous said...

PW: MOKHTAR....eh dah bole mausk, yeyyy!!

Ramai2 kita beri sokongan utk Kamal n BN...dari aku vote siZaid lompat katak tuh lebih baik aku tak vote langsung...mujurlah ada Kamal dari BN..hanya yg otak dah bengap aje yg akan menyokong mamat katak lompat yg hidup ala2 org BARAT nih...

VoidDance said...

Macamni cara nak berkempen. Hina sungguh. Tiada maruah dan adab. Kalau saya jumpa orang pegang sepanduk seperti gaya ini, baik BN atau PEMBANGKANG, saya akan ludah depan dia. Manusia hina, merosakkan demokrasi!

Anonymous said...

wong pencen, aii takkan dah melatah kot? yang puak hampas dok fitnah orang siang malam tu hang tak kira pulak? pakai otak laa wei...kalau hang cakap ni fitnah, kenapa tak nak masuk court lawan? ni asyik dok menangguh!!

Anonymous said...

Wong pencen

Jangan pandai2 label fitnah..pi masuk aidc.com tgk video ezam..apa dia cakap dalam video tu pasal kes liwat anuwar? "Mana u tahu anuwar difitnah?"
"Saya tahu sbb saya panglima dia"

Itu cakap orang kanan dia bro,yg dah masuk jel untuk anuar.

Aku org atas pagar.sepatutnya kalau tak nak kes leeewat ini dijadikan fitnah,anuwar harus mempercepatkan prosiding mahkamah untuk MEMBERSIHKAN namanya. Bukan deelay.lagipun justice deeelay is justice denied

That is SIMPLE LOGIC bukan?

Wong Pencen said...

Saya mengatakan FITNAH di atas apa yang saya jelas nampak dalam paparan laman blog ini. Saya tidak pula mushkil mengapa begitu ramai yang tidak dapat melihat FITNAH yang disebarkan walaupun ianya terpampang jelas didepan mata apabila kita melihat laman blog ini.

Tengok tetapi masih gagal melihat. Cuba tengok gambar-gambar yang menghiasi paparan ini. Pilih yang mana satu gambar sebenar yang tidak diolah. Semuanya mengaibkan. Semuanya tidak benar.

INGAT DOSA. Ada dosa yang boleh diAMPUNkan ALLAH dengan bertaubat. Ada dosa yang hanya akan diAMPUNkan ALLAH setelah orang yang teraniaya terlebih dahulu memberikan kemaafan. Bagaimana sekiranya orang yang teraniaya tidak sempat memaafkan ketika hidup?.

Keperitan paling dahsyat yang kita boleh rasakan di dunia ini tidak mungkin menandingi hukuman terkecil di NERAKA ALLAH. INGAT DOSA. ALLAH MAHA PENGAMPUN. Manusia sukar memaafkan walau kesalahan yang kecil.