Thursday, April 8, 2010

KHALID IBRAHIM JUMPA KHIR TOYO

Ini cerita sewaktu Datuk Seri Khir Toyo memegang jawatan MB Selangor, dan Khalid Ibrahim pada masa itu masih di Guthrie.

Guthrie adalah pemaju kawasan perumahan elit Bukit Jelutong Shah Alam. Semua pemaju kalau boleh nak buat rumah elit kerana harganya mahal dan untung lebih. Rumah murah-murah untung tak banyak.

Semasa BN memerintah Selangor, mereka telah meletak syarat kepada pemaju yang hendak membangun sesuatu kawasan yang melebihi keluasan tertentu (tidak ingat berapa keluasan) mestilah memperuntukan sebahagian dari tanah tersebut untuk membina rumah rakyat atau rumah kos rendah yang bernilai RM 42,000. 00.

Jika mereka gagal mematuhi arahan tersebut, maka projek tidak akan diluluskan. Inilah salah satu cara yang kerajaan nak tolong orang yang tidak mampu. Agar mereka juga dapat merasai nikmat pembangunan di kawasan-kawasan tertentu. Kalau kerajaan tak letak syarat tersebut, mati hidup balik pun tiada pemaju yang sanggup bina rumah rakyat.

Jika tidak ada syarat tersebut, maka hanya satu kaum sahaja yang akan mengusai kawasan tersebut. Faham-faham sajalah kaum mana.

Inilah cerita yang terjadi di Bukit Jelutong. Pada masa itu Khalid Ibrahim merupakan CEO Guthrie. Dia datang berjumpa MB Selangor pada masa itu iaitu DSKT. Anda tahu apa yang dia minta ? Jangan terkejut ya...

Dia minta agar Guthrie dikecualikan membina rumah rakyat di Bukit Jelutong, kerana tanah tersebut dia nak gunakan untuk bangunkan rumah-rumah elit.

Lihatlah betapa celakanya seorang anak melayu yang menjadi kaya-raya hasil dari DEB tidak mahu menolong bangsa sendiri.

Sebab apa saya kata bangsa sendiri ? anda semua pun sedia maklum, kebiasaannya rumah-rumah rakyat atau kos rendah majoriti pembelinya adalah melayu. Beliau cuba tidak membenarkan melayu tinggal ramai di Bukit Jelutong dan melayu menikmati pembangunan disana.

Sepatutnya bila kerajaan sudah tolong dia sampai dia jadi kaya-raya, maka dia harus pula tolong orang lain. Tetapi tidak, manusia celaka jenis ini memang mementing perut dia sahaja. Perut orang lain dia tak peduli.

Nasib baik pada itu DSKT tolak mentah-mentah permohonan Khalid. Jika tidak bertambah kuranglah melayu tinggal di Bukit Jelutong. Itulah salah satu dendam Khalid kepada DSKT yang tidak pernah surut sehingga ke hari ini.

Kepada saki baki rakyat Selangor yang masih menyokong Khalid Gagap, itulah wajah sebenar pemimpin yang kononnya hendak Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Itu hanya sekadar cakap mulut dia sahaja. Semuanya tipu, dia lebih mementingkan orang-orang elit dan rakan-rakan koporatnya dulu.

Tak percaya lihat sahaja I City di Shah Alam. Ianya dijaga bagai anak emas oleh Khalid. Sampaikan sambutan malam merdeka pun dibuat disana.

Kenapa I City begitu istimewa di mata Khalid ? Macamana tak istimewanya, tanah untuk pembangunan I City asalnya adalah tanah milik Guthrie. I City pada masa itu setuju membelinya dari Guthrie dengan harga yang tinggi. Inilah masanya bekas bos Guthrie hendak balas balik jasa baik bos I City.

Atas sebab itu jugalah, sekolah Tamil yang diluluskan oleh Kerajaan BN dulu di kawasan I City hendak dipindahkan ke tempat lain. Semuanya kerana mengikut kehendak orang yang membeli tanah Guthrie.

Kepada rakyat Selangor, baik melayu , baik india , semuanya telah ditipu oleh Khalid Ibrahim. Khalid tidak pernah memandang rakyat marhaen, dia lebih mementingkan rakan-rakan koporatnya. Dia mentadbir Selangor sebagaimana dia mentadbir syarikat.

4 comments:

Halimunanwitheli said...

Semuanya memperkatakan bahawa Khalid Gap Gap itu org Melayu. Sejauh mana logik nya kata-kata ini dan dari segi mana kah yg boleh di istiharkan si Khalid ini org melayu. Asal usul ini wajib diselidik oleh pakar sejarah. Ini yg menjadi pokok nya. Who is actually De Khalide Gape Gape ini.

Anda semua leh jwb.

Anonymous said...

Fitnah fitnah!!! Dah tak ada modal dah mamat ni!!

Anonymous said...

Macam TOTO laa ..Tolong Orang Tipu Orang..

Mozas said...

Dia tahu kemampuannya tak seberapa. baca sini:

http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/mb-khalid-sedar-kemampuan-kerajaan.html