Monday, April 19, 2010

P94 (1) TAK NAK BALA TOLAK ZAID

Sebelum anda melihat pendedahan menggemparkan oleh Datuk GAP jam 12 tengahari ini, izinkan saya memberikan sepatah dua kata terlebih dahulu.

Saya bukan apa, cuma hendak menyampaikan pesanan dari Datuk Paduka Husam Musa seorang pemimpin muda PAS yang saya kagumi yang juga bakal MB Kelantan sedikit hari sahaja lagi.

Benda yang elok kita kena panjang-panjangkan kepada saudara-saudara kita,agar mereka tidak menyesal kemudian hari. Bila kita sudah pesan dan mereka tidak mendengarnya , itu salah mereka, kita sudah lepas kerana kita sudah menjalankan tanggungjawab kita.

Jadi hari ini saya nak pesan pula kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor apa yang dipesan oleh Datuk Husam, kerana saya bimbang Hulu Selangor juga akan ditimpa bala.

Pada tahun 2004 , Hj.Zaid Ibrahim menang dalam PRU bagi kerusi Parlimen Kota Bharu atas tiket BN. Selepas itu Kota Bharu dilanda banjir besar yang mana banjir itu adalah yang terburuk sejak 20 tahun sebelum 2004.

Maka pada 2005 dalam dua majlis yang berasingan di Kelantan Datuk Paduka Husam Musa telah berkata , banjir besar yang melanda Kota Bharu adalah sebahagian dari Bala Allah kerana memilih seorang Ahli Parlimen yang menyaman Hukum Hudud. Lihat di sini.

Oleh yang demikian sukalah saya hendak mengingatkan kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor agar janganlah memilih Hj.Zaid Ibrahim sebagai ahli parlimen bagi kawasan anda, jika anda tidak mahu bala menimpa kawasan anda.

Ini bukan saya yang pesan, yang berpesan adalah pemimpin PAS. Saya hanya memanjang-manjangkannya kepada anda semua. Semuanya terpulang kepada anda. Ianya telah terbukti di Kota Bharu sepertimana yang dikatakan oleh Datuk Paduka Husam Musa.

Adakah anda mahu ianya berulang di Hulu Selangor ?

Tepuk dada tanya selera...

6 comments:

Anonymous said...

Zaid nih memang tak ada jiwa Melayu atau kredibiliti sebagai pemimpin tapi yang lebih menghairankan bagaimana Dol Bedawi bolih lantik malaun nih jadi Menteri.
Bolih tolong bagi jawapan?

ore kelate said...

Jawapannya, Dol Bedawi tak salah pilih orang, dia telah menzahirkan permata yang dipilih hanya sebutir kaca. Tapi puok PKR gilababi berselera nak buat permata loket...amik, amaik amik

atilia said...

kau orang tak habis nak begaduh aje pandang muka dia pun dah tahu siapa malaun si zaid tu so pegi mampus lah dia

atilia said...

kenapa nak begaduh pasal zaid dah memang semua orang tahu dia tu memang malaun

Anonymous said...

memang si zaid tu malaun

atilia said...

memang si zaid tu malaun