Friday, April 23, 2010

P94 (11) SEMUA TAKTIK PKR TAK MENJADI

Dengan tempoh kempen yang berbaki kurang dari 30 jam lagi nampaknya PKR terpaksa berhempas pulas memerah otak mencari jalan bagaimana lagi cara untuk memfitnah calon BN.

Semua fitnah yang direka sehari dua ini tidak menjadi.

Mereka kata Kamal adalah salah seorang yang terlibat dalam rancangan untuk mengalungkan selipar kepada Tun Dr.Mahathir. Sebab itulah Tun tidak mahu datang berkempen ke Hulu Selangor untuk membantu Kamal.

Nampaknya fitnah itu tidak menjadi....

Semalam (khamis) atas dasar tanggungjawab untuk mengelakkan fitnah tersebut berpanjangan, Tun terpaksa 'melanggar' janjinya. Dia terpaksa turun untuk menjawab tohmahan ejen-ejen iblis yang berkeliaran di Hulu Selangor dan dalam dunia cyber kononnya Kamal terlibat dalam kes kalung selipar.

Gambar ehsan DET

Elok-elok Tun tak mahu turun, kamu semua pergi cucuk supaya dia turun. Akhirnya bila dia turun tak semena-mena Zaid Ibrahim Al-Botol mendapat 'penampar' Jepun dari Tun.

'Penampar' yang diberikan oleh Tun malam tadi sudah cukup untuk merebahkan Zaid dan menyebabkan kamu semua terpaksa bekerja lebih teruk untuk Zaid dan memudahkan kerja jentera BN.

Dalam ucapannya terang-terangan Tun mengesahkan yang Zaid seorang kaki mabuk dan terlibat dalam lumba kuda untuk tujuan perjudian.

Nah...ambil kau !

Kemudian dicipta lagi fitnah, kononnya Kamal menipu Ijazahnya.

Tidak sampai 24 jam , semuanya terjawab. Universiti tempat Kamal belajar mengesahkan Ijazah Kamal dan sekaligus menolak tohmahan jahat tersebut.

Nampaknya segala tohmahan jahat tersebut tidak menjadi. Berbeza dengan kami, walaupun gambar yang disiarkan oleh GAP dikatakan gambar superimpose, tetapi ianya berjaya menggemparkan negara dan ianya disahkan sendiri oleh Zaid yang dia seorang kaki mabuk.

Tidak cukup dengan itu, ibarat bulan jatuh ke riba, keesokan hari Zaid sendiri mengesahkan yang dia juga teribat dalam lumba kuda.

Kedua-dua perkara tersebut sudah cukup memberi bonus kepada Kamal. Kami tidak perlu memerah otak untuk mereka-reka fitnah seperti ejen-ejen syaitan. Apa yang kami kata semuanya benar.


No comments: