Sunday, April 25, 2010

P94 (17) KHABAR DARI HULU SELANGOR


Setelah seminggu berada disini, kemuncaknya telah tiba hari ini.

Jam 6 bagi saya bangun hari ini terus ke bilik mandi untuk mandi 'sunat' pilihanraya.

Jam 8 saya bergerak keluar dari rumah sewa kami bersama dua rakan blogger. Destinasi awal ke pusat mengundi di Serendah, kemudian ke Sg.Choh, Kg.Sungai Buaya, Bandar Sungai Buaya, Bukit Teratai, Taman Bunga Raya 1 & 2 dan Bukit Sentosa. Sekarang rehat sekejap, sambung balik selepas ini.

Dari pemerhatian saya sepanjang perjalanan hari ini dan selama seminggu disini, naluri saya mengatakan BN akan menang dalam PRK ini.

'Mood' perubahan rakyat boleh dilihat dengan jelas. Keadaan lagi terserlah pada hari ini. Pengundi india menunjukkan mesej yang jelas yang mereka menyokong BN.

Pengundi cina pula kelihatan malu-malu kucing. Manakala pengundi melayu kelihatan 50-50. Faktor calon bukan melayu yang menjadi mereka agak renggang dengan BN.

Setakat ini baru 50 % ++ pengundi yang baru keluar mengundi. Jika pengundi keluar mengundi lebih dari 80 % ianya bakal membawa untung kepada BN. Jika kurang dari itu, ianya akan membawa untung kepada PKR.

Kem-kem PKR di pusat-pusat pengundian pula kelihatan sunyi. Seolah-olah tidak bermaya. Penyokong BN pula yang kelihatan mengusai pusat-pusat mengundi. Kecuali di pusat mengundi Kg Sg.Buaya , kelihatan juak-juak PKR yang dibawa oleh seorang cikgu tuisyen dari N.Sembilan iaitu chegubard yang nampaknya agak agresif memprovok penyokong-penyokong BN.

Saya akan masukkan gambar-gambar kemudian.

No comments: