Monday, April 19, 2010

P94 (2) KENAPA GAP DEDAHKAN ?

Saya rasa ramai yang sudah melihat pendedahan Datuk Gap hari ini.

Biar saya ceritakan kisah sebenar...

Datuk Gap sudah menerima gambar berkenaan dari seseorang dalam PKR seminggu yang lepas. Saya dan beberapa rakan telah ditunjukkan gambar tersebut oleh beliau lima hari yang lepas.

Setelah berbincang bersama beberapa orang rakan, kami bersetuju agar GAP tidak menyiarkan gambar berkenaan sehingga kami dicabar atau peribadi calon BN diserang.

Nampaknya pukat yang dipasang mengena awal. Azmin secara terang-terangan mencabar untuk perkara tersebut dibuktikan dalam akhbar Mingguan Malaysia.

Sebaik melihatnya GAP menghubungi kawan-kawan dan berbincang secara panjang lebar mengenai strategi yang harus digunapakai dalam menyahut cabaran Azmin.

Anak jantan pantang dicabar, akhirnya keputusan dicapai iaitu GAP mesti menyahut cabaran Azmin bagi membuktikan kebenaran.

Perkara ini tidak akan berlaku jika Azmin tidak membuka mulut dan mencabar secara terbuka. Minta maaf kepada Zaid Ibrahim, GAP hanya menyambut cabaran Azmin.

Lebih banyak Azmin buka mulut selepas ini, maka lebih banyak lagi yang akan blogger dedahkan.

Oleh yang demikian jangan salahkan blogger dalam hal ini. Sila salahkan Azmin. Blogger hanya menyambut cabaran beliau. GAP hanya menari setelah gendang dipalukan oleh Azmin.

Azmin Ali harus memohon maaf kepada Zaid Ibrahim

9 comments:

Rafie said...

Nampaknya ada sesuatu yg tak kena dari cara azmin mempertahankan zaid ibrahim. menyokong membawa rebah nampaknya

-krisjawa lok3- said...

Ishhhhhhh...pelik lah juga bila difikirkan cerita nie..nampaknya cam cerita hindi,banyak sangat kebetulan.

"Datuk Gap sudah menerima gambar berkenaan dari seseorang dalam PKR seminggu yang lepas. Saya dan beberapa rakan telah ditunjukkan gambar tersebut oleh beliau lima hari yang lepas."

Berbetulan pula Azmin Ali mencabar untuk pendedahan beberapa hari lalu....dan GAP telah terima bukti/gambar seminggu yang lalu..

Agak2nya siapalah "orang dalam" yang telah menjuburi si zaid ni ya?

Anonymous said...

Syabas utk semua blogger yg telah mendedahkannya......
memang kita patut minta maaf kpd zaid sbb keluarkan gambar beliau, akan tetapi api telah disimbah dgn petrol apa boleh buat....

kpd azmin - dasar lelaki dayus....., teloq baling kat anjing la....

Anonymous said...

ibarat orang mengantuk disorongkan bantal... hehehehhe.. sesuaiiiii!!!

SofeaAAL said...

Syabas kerana membongkar keruntuhan akhlak pemimpin pemimpin PKR...sudah tiba masanya kita menyerang dari bertahan...sabar ada tahapnya...tidak akan hilang melayu dibumi Malaysia...bangkitlah wahai perwiraku..mempertahankan negara tercinta daripada sandiwara parti pembangkang yang hanya pentingkan diri sendiri..keamanan negara kita perlu dipertahankan ...

Anonymous said...

Sekarang lihatlah.timbul pula bukti gambar yang didedahkan GAP bukti palsu.Mungkin gambar itu direka Azmin sendiri dan kemudia dia sendiri yang mengeluarkan gambar asal...Ini membuatkan kredibiliti BN terjejas sekaligus membersihkan namanya balik..
Zaid pula dah mengaku pernah minum arak..Terkena lagi..
Sekarang dua2 pihak terkena..adus..
Azmin memang licik berpolitik...

Anonymous said...

SYABAS!! .. ada modal gua nak gelak.. KAHKAHKAH... layannnnnn.. smangat btol org2 melayu melaga2kan kaum snirik.. syabasss! worrrr!~

Anonymous said...

jilatlah ju boq mamak hang tu

Anonymous said...

Enjoyed reading/following your page.Please keep it coming. Cheers!