Wednesday, April 21, 2010

P94 (6) JANGAN PILIH ZAID ! KENAPA ?

Saya menggesa kepada rakyat Hulu Selangor agar jangan sesekali memilih Zaid Ibrahim pada 25 April ini.

Antara sebabnya....

Kegagalannya memberikan nasihat kepada Majlis Peguam supaya menghentikan program-program yang mencetuskan kemarahan umat Islam seperti penganjuran Forum Memeluk Islam.

Zaid Ibrahim seolah-olah setuju dengan pendirian Majlis Peguam yang beriya-iya benar ingin mempertikaikan undang-undang dan perlembagaan negara bersabit dengan isu memeluk Islam, hak penjagaan kanak-kanak dan mahkamah syariah.

Jelas sekali sejak dari dahulu Majlis Peguam seolah-olah mempertikaikan kewujudan dan hak Mahkamah Syariah mengendalikan kes-kes berkaitan orang Islam dan kekeluargaan Islam dan apa yang dikesalkan Zaid membisu seribu bahasa dalam hal ini sedangkan dalam hal-hal yang lain Zaid begitu lantang bersuara.

Zaid sebagai menteri pada masa itu sepatutnya tidak bersikap berat sebelah dan membuat kenyataan mengikut kehendak diri sendiri dengan membelakangkan kepentingan agama Islam.

Malang sekali di saat umat Islam Malaysia tanpa mengira ideologi politik bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum tersebut, menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong atau sebaliknya.

Di mana kredibiliti Zaid sebagai individu yang dikatakan pakar dalam undang-undang ?

Memang tidak dinafikan Zaid merupakan antara penyokong kuat Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang cuba ditubuhkan oleh pihak-pihak tertentu. Namun kita berharap sebagai menteri pada masa itu, Zaid lebih rasional dan lebih terbuka dalam isu berkaitan kedaulatan Agama Islam.

Zaid bukan sahaja tidak berusaha untuk memperkasakan undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah malah seakan-akan bersekongkol dengan puak-puak yang cuba mencabar Islam.

Apa yang saya nyatakan diatas bukan dikata oleh saya . Siapa yang kata ? Klik sini

Adakah orang seperti adakah layak diangkat sebagai wakil rakyat ? Tidak layak sama sekali....

1 comment:

Hapi said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....