Thursday, April 15, 2010

PENGUMUMAN UNTUK YANG KE HULU SELANGOR



Saya yakin ramai yang akan pergi ke Bukit Sentosa petang ini untuk majlis pengumuman calon bertempat di Command Centre BN Bukit Sentosa.

Sedikit panduan untuk ke sana

Guna lebuhraya PLUS, tidak kira samada anda dari Utara, Selatan atau KL. Keluar di Persimpangan Bukit Beruntung (Tol Bukit Beruntung).

Selepas tol, belok ke kanan, jalan terus dan ikut papan tanda arah ke Kuala Kubu Baru dan Rasa. Lampu isyarat pertama belok ke kiri dan jalan terus, sampai jumpa simpang tiga.

Di simpang tiga ambil kanan dan anda akan nampak Command Centre BN di sebelah kanan.

Selepas itu tolong parking kereta elok-elok. Jangan halang laluan. Difahamkan MDHS telah bersedia dengan towing truck untuk menunda kereta-kereta yang menghalang laluan.

Kepada sesiapa yang rasa nak berkonvoi , sila berkumpul di Restoran Jejantas Sungai Buloh. Bawa bendera BN di kereta masing-masing, supaya kita mengenali satu sama lain.

Bertolak dari sana jam 2.30 petang.

Tolong sebar-sebarkan berita ini kepada rakan-rakan anda yang ingin ke sana.

No comments: