Sunday, April 11, 2010

RBF VS UMI AIDA DALAM PANCAINDERA HARI INI

UPDATE : JAWAPAN BALAS SAYA KEPADA UMI AIDA AKAN DISIARKAN JAM 10.30 PAGI INI (ISNIN)

Dari pagi sampai sekarang saya tidak putus-putus menerima panggilan daripada saudara-mara, sahabat handai serta pemimpin-pemimpin politik.

Semuanya kerana kerana Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan posting saya minggu lepas berkenaan isu pernikahan Umi Aida di Mekah dan cara berpakaiannya. Klik di sini untuk membacanya.

Sebenarnya sekarang saya berada di luar kawasan. Kebetulan juga kawasan ini talian internetnya kurang memuaskan. Sebab itu agak lewat untuk saya menjawabnya.

Insyaallah esok saya akan balik ke KL dan saya akan jawab ulasan Umi Aida yang lebih kepada hendak menagih simpati. Ayat-ayatnya yang meruntum jiwa serta menagih simpati bisa membikin tuan,puan,adik,kakak sekalian menjadi sedih dan mungkin memarahi saya.

Rileks dulu, jangan marah saya. Tunggu jawapan balas saya esok.

Kepada yang belum beli Mingguan Malaysia lagi, sila pergi beli cepat-cepat. Lihat jawapan Umi Aida disana. Esok tunggu saya jawab balik.

Terima kasih jojie kerana menghantar gambar-gambar kepada saya.

23 comments:

Anonymous said...

Pehhh... RBF rating pasti meningkat...

Kena letak hit counting lepas nie...

Syabas....

Din.

Anonymous said...

moga Allah tunjukkan jalan buat penlis blog RBF ini...aminn

Cencaluk said...

Bro, kalau kau menulis mengenai politik aku rasa ianya adalah bersesuaian untuk kau tetapi mengenai kisah remeh temah ni aku rasa tak bagus untuk kau.

Sebagai manusia kita sepatutnya tak menganggu rumahtangga orang lain dan mengembargemburkan keaiban orang lain.

Kahwin cerai ni adalah takdir dari Allah segala yang berlaku kepada Umni Aida ini adalah kehendak Allah semata-mata. Kita sebagai manusia seharusnya menerima ketentuan Allah ni bukan menghina atau menjatuhkan maruah beliau.

Kalau kau meminta PAS perak menerima ketentuan Allah yang telah dijatuhkan kepada mereka kenapa harus kau tidak dapat menerima segala ketentuan yang telah dijatuhkan ke atas UMI AIDA.

Jangan kita hanya tahu bercakap dan menasihat orang lain sedangkan diri kita sendiri tidak dapat menerima teguran orang lain.

Jangan dipertikaikan apa yang dilakukan UMI di Mekkah kerna jika beliau berniat yang tak baik kau sendiri sudah pasti tahu apakah balasan yang akan diterimanya.

Tanah suci mekkah biasanya membalas perbuatan tidak baik dalam CASH tak tangguh-tanguh lagi.

Anonymous said...

kenapa nak kalut? biarlah. itu dosa mereka bukan dosa kita.

Anonymous said...

Salam,

Ada 2 perkara saya nak sentuh.

Satu - kalau Umie tak jawap, kita tak tau dia bangang ke tidak. tapi bila Umie jawap dlm MM, confirm dia bangang.

Confirm tak faham akidah, tak faham hukum. Umie perlu dididik kerana dia tak faham.

Dua - semua ni kita boleh salahkan suami dia. makhluk ni yang beria-ia nak nikah depan kaabah, tapi tak reti nak didik isteri. Jangan la main2 dgn rumah Allah tu, tak pasal2 ramai orang yang marah bila kamu main2. kurang ajar sebenarnya mereka ni.

thanks rbf for your sincere posting!

Anonymous said...

kau tu baik sgt ke???

Anonymous said...

Tahniah RBF.

At least rakyat Malaysia yang tak pernah baca blog RBF tergerak hati nak baca blog RBF. Mudah2an terbuka hati mereka utk tolak PAS/PKR dan DAP.

Kalau tak silap husband Umie ni kawan Anwar. Kalau dia dah beralih arah bagus la kat BN.

Wan Perlis said...

rbf tiba2 top
aku nak ikut jejak hang la

dah baca surat kaba
ahaha paham je la ayat nak cover.
manusia sukar nak mengakui kesilapan sendiri.

macam la tak boleh guna pakaian sendiri utk majlis tu.

aku harap umie aida dapat ikut jejak akak dia.

http://wanperlis.com/blog/2010/04/kritikan-untuk-industri-hiburan-tempatan

pejuang bangsa said...

Salam sahabatku RBF,

PB memang respect la dengan sdr yg terus famous bukan saja dalam politik tetapi kini dalam industri hiburan tanahair ..

Memang Umie terasa betul kepanasan cilinya apabila dikritik hebat oleh sdr ..

tetapi bila baca suratnya itu spt standard jawapan artis la bila buat silap .. menagih simpati dan lepas itu persoal pulak kredibiliti orang kritik dia " siapa saudara "

alasan baju pengantin dia ditaja adalah jawapan yg cukup dangkal .. kahwin dengan Datuk tak kan perkara itu tak boleh settle ..

ingat kahwin di Mekah balik di Malaysia baguih la tetapi dedah aurat macam tu juga..

Syso said...

otak anda cetek! pemikiran anda sempit!

en kordi the tube-changer said...

Artis memang hipokrit..
Tak habis-habis dengan seksi..

http://thetukartiub.blogspot.com

Anonymous said...

bukan kerja kita untuk menghukum.. dan juga agama tidak menyuruh kita mengaibkan orang lain..
benar dan tidak benar bukan persoalannya tetapi menjatuhkan maruah seseorang di khalayak ramai, saya percaya ilmu agama tuan lebih tinggi dari saya dan tahu consequences nya..
ingin menegur untuk memperbetulkan kesalahan, Alhamdulillah tetapi nawaitu jika sudah beralih arah dari untuk menegur kepada menenunjuk-nunjuk akan kehebatan ilmu diri...
adalah lebih mulia jika tuan berniat mulia ini menegur secara in person. di era teknologi ini, email adalah medium yang paling interaktif atau pun boleh juga melalui pihak wartawan hiburan kerana mereka senantiasa mempunyai contact yang paling terkini dengan artis Malaysia..
Salam

Anonymous said...

Hi,

Faisal awak kurang kerja ke? Apasal kepoh sangat dengan rumahtangga orang.. You tak tahu asal usul, hati budi umie aida and the husband, main lempar kata kata kesat. You are pyschotic.. And btw, u nak ckp umie's husband tak didik the wife??? Hahahahahaha.. Habis u? Nak melayan ur wife punya karenah to write about this petty thing?? Sigh.. tak percaya ade manusia mcm u n ur wife.. Psycho!!!! Apa kate you all worry about social problems like kids on drugs, seks liar n rempits? Cari keje la puan RBF oi.. Cerita dan tuduh org yg u tak kenal tak dapat pahala la pakcik dan makcik.. Hahaha.. kelakar lar.. Betul betul takde keje dengan orang.. May Allah bless you..

Shah Qamary said...

aku setuju sgt dgn beberapa statement dr rakan2 kita yg kata artis kebanyakannya hipokrit. hebah cerita mcm2, baik2 belaka, tp kt belakang isap syabu, bersekedudukan, minum arak, dan mcm2 lg.

kisah yg dibangkitkan rbf bukan semata2 berkenaan kisah rumahtangga. jgn singkatkan daya fikiran anda apabila mengolah hasil bacaan. ini adalah pendedahan terhadap isu hipokrit. tentang manusia yg pandai ckp manis2, alim2, indah2, tp hakikatnya tidak.

jgn main2 dgn rumah ALLAH. apabila org Islam sendiri mempermain2kannya, aku rasa dah tak lama la tu. ramai peminat yg menaruh harapan agar pernikahannya di mekah tu sebagai titik perubahan yg islami. bukan titik perubahan islami yg temporari.

kenyataan artis mmg biasanya dipandang positif atau benar belaka oleh para pembaca. serius. lihat sahaja kenyataan mahu 'bertudung' oleh datuk siti, dan kenyataan mahu 'insaf' oleh jamal. tak pergi mana. semua tu hipokrit. waLLAHualam kalau kini jamal sudah benar2 insaf. tp 'insaf'nya yg sudah2 ternyata hipokrit.

kalau nk dikisahkn psl artis ni, blog rbf mmg xcukup korum. nk crite hal politik pun dah melambak. tp syabas la di atas keberanian menegur 'idola' umat Islam malaysia ni. semoga dia betul2 insaf selepas ini, dan jgn salahkan sponsorship lg.

apapun bro, berkata benar walaupun pahit!

pnyidang said...

tahniah rbf anda berani menegur sikap artis kita yg semakin naik lemak dgn bab2 agama...sy sokong anda rbf...pedulikan komen2 yg membangkang anda...

beginilah sikap artis kita...bila ditegur sikit ttg kesalahan mereka, mula melenting dan menjawab bagai ilmu agama penuh di dada...astaghfirullahalazim...knp artis sekarang begitu mudah menggunakan agama utk menutup kelemahan mereka dan menagih simpati? sedarlah...

Anonymous said...

RBF, saya suka post anda.
Ye, artis malaysia mmg hipokrit. Suka menunjuk-nunjuk, kahwin dengan datuk le katakan. Nikah di Mekah...

Tapi bab pakaian, aduh malunya AKU tengok. Macam Datuk tak cukup duit nak cari baju at the last minutes...

NAK AKU SPONSER KE?

Wan Perlis said...

nasihat menasihati adalah tanggung jawab kita sesama muslim

nun manjung said...

Alasan tentang baju pengantin sponsor tu memang alasan tak boleh pakai. Tak masuk akal langsung. biasa la artis kalau pakai baju memang tak cukup kain.

Anonymous said...

pergh..tahniah sekali lagi bro.dulu gegarkan pas sampai diorang report polis.tapi bukan ke selalu diorang cakap polis ni memacam perkara yang buruk.apsal report polis plak?takde kemaluan betul.dah dikata n hina memacam kat polis,then bila ada masalah report polis plak.

tahniah tahniah.aku lambat tau pasal ada kursus.buka blog ko pepagi ni rasa rugi lak.

kalau bole,minta tolong scan la apa jawapan balas umi aida tu kat ko dalam mingguan malaysia then buat jawab perbandingan.baru mahsyuk beb.huhu..serius aku rugi tertinggal...

memang artis kat malaysia ni macam pelik skit.bila orang kritik,mula buat ayat innocent tak boleh blah kata hanya Tuhan tahu niat dia.abih tu,pi clubbing sosial sana sini tak pula ingat Tuhan.pakai seksi seksa sana sini tak pula ingat Tuhan.bila masyarakat cemuh pandai pula cover kata Tuhan tahu niat dia sambil muka dua puluh sen depan tv.kepala hotak lu..

dosa memang masing masing,tapi sebagai umat Islam,RBF dah tunaikan tanggungjawab dia menegur seperti mana surah al-asr.sebab dia sayang kat artis dan umat Islam lain la dia menegur.yang ada terasa panas bontot sangat tu kenapa?

Anonymous said...

Tahniahlah RBF. Wa ingat lu buat ulasan pasal politik je tapi bab artis pun lu masuk juga. Wa pun sokong 100% pasal komen lu tu. Wa tak masuk campur pasal Ummie Aida, tapi pasal artsi nie memang banyak yang hapokrit. Soal agama dipermain-mainkan.Tak kan tak tau suara wanita tu aurat lebih-lebih lagi dalam bab nyanyian, rambut tu aurat, bersanding kerana nak tunjuk kepada umum tu haram, berpakaian ketat yang nampak bumper tu haram dan macam2 lagi lah. Kalau naik Haji tu tak payahlah war-warkan kalau balik perangai dan pakaian macam orang jahiliyah. Bukan je artis tapi pak-pak menteri pun sama je. Ntah bila gaknya negara ni nak kena bala akibat gelagat orang2 popular nie.

yazs said...

salam, aku nak korang yang dok kutuk RBF ni fahamkan surah al-'asr ni..

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

adioss..

Tipah Ronggeng said...

Salam

Password : M o K t H a R


Saya tergelak tengok komen2 yang mengkritik saudara faisal.Mungkin mereka baru menjenguk blog saudara tanpa baca posting asal dgn betul.Kalau baca pn mungkin xpaham.

Kalau taknak kena kritik baik xyah jadi artis wahai artis2 !Saudara faisal mungkin `kasar` kalau menegur.Tapi kalaulah benda tu tak betul kenapa nak melenting.Itu umi Aida.Bagaimana artis yang lain?

Ingat.Artis tu MENJADI PERHATIAN umum.Apa saja mereka lakukan dan di war war dalam media akan menjadi buah mulut orang.Tipu je la kalau korang tak pernah juih mulut atau nyampah bila tengok sesuatu yang tak berkenan kat mata korang.Tak nafi la yang ada juga artis yang konsisten dgn apa meraka buat.


Bab menjatuhkan maruah aku rasa tak perlulah kebudak budakkan.Sebenarnya artis tu sendiri menjatuhkan maruah mereka secara tidak langsung.Sekali lagi diingatkan,bukan orang ramai yang cungkil semua yang diwar warkan.Tetapi media dan umi aida sendiri.Tak gitu?Pihak Utusan yang minta kebenaran utk siarkan posting saudara faisal.Aku rasa berlambak lagi dalam dunia internet ni yang mengkritik dan buat perkara lebih teruk.Dimana korang masa tu? Kenapa tak menyalak?


ps: Memang lah manusia tidak layak menghukum atau menilai orang lain.Allah s.w.t lebih Mengetahui.Tapi xpernah ke terfikir kalau kita tak menegur,siapa lagi nak menegur?

Boikot saja artis yang hipokrit dan membawa masalah.!


Saudara faisal,teruskan membicara tentang isu2 yang ada.Semoga saudara lebih bersemangat lagi.

Anonymous said...

salam...dosa pahala...bukan hak kita untuk tentuka..mungkin saudara rasa saudara membuat satu perkara yang cukup..tetapi..kita sebagai umat islam boleh menegur..tetapi dgn cara diplomatik..Rasulullah pun menegur umat islam dengan cara yang berhemah..sedangakn islam yang dibawa oleh baginda memerlukan masa yang cukup panjang untuk menyebarkan AD-DIN...inikan pula kita insan yang lemah..yang sering melakukan kesilapan...
pada saya..tak perlulah kita mempertikaikan ape hasrat umie aida...hanya Dia yang Maha mengetahui...jgn kita selalu membuka aib orang...kelak nanti Dia tidak mampu menutup aib kita..

saya hanya insan yang lemah dan juga tidak sehebat saudara..tetapi saya juga ingin melemparkan pandangan terhadap apa yang saudara perkatakan..

kita hanya merancang..tuhan yang tentukan..ape yang terbaik adalah DOA untuk beliau..bukannya tohmahan dan cercaan..mungkin beliau ingin berubah menjadi lebih baik..tetapi atas dasar kritikan semua orang..hasratnya luntur..siapa yang tahu..


sama juga kenapa umat islam sekarang sewenang-wenangnya menukar agama..kenapa?kerana umat islam sendiri hanya mementingkan diri dan tidak mahu menokong antara satu sama lain..jadi impaknya..apabila ade agama lain menawarkan pertolongan..dia terus percaya agama itu adalah yang terbaik..

pokoknya..tepuk dada tanya selera...kadang2 kita tak sedar apae kesalahan diri kita..tapi kita tak nampak dan hanya nampak di mata orang lain..

sama seperti..gajah di depan mata tak nampak..semut diseberang lautan kau nampak...

sebagai insan yang kerdil..saya hanya merungakaikan ape yang tersirat..dan tersurat..terpulangla kepada individu untuk menilainnya..

SALAM~