Sunday, May 9, 2010

DATUK SERI SHAHRIZAT, LIHAT DAN DENGARLAH RINTIHAN BALU INI

Email dibawah ini saya terima dari seorang pembaca blog saya yang bernama Siti Hajar dari Pahang. Beliau cuba menjadi orang tengah untuk membantu seorang balu malang. Tahniah kepada Siti Hajar kerana sudi menolong orang yang di dalam kesukaran.

Secara peribadi saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Siti Hajar (tulisan merah). Tulisannya sudah cukup untuk menyedarkan pihak-pihak tertentu.

Kena ingat sikit, negara kita sudah 50 tahun merdeka tetapi akta dan undang-undang lapuk masih digunapakai.

Tiada gunanya kita ada KLCC, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya,Litar F1 dan pelbagai lagi yang serba moden tetapi kita masih mengekalkan akta dan undang-undang lapuk.

Saya berharap perkara ini dapat diambil perhatian serius oleh JKM, JPA dan Kementerian Pembangunan Wanita.

Harap Datuk Seri Shahrizat atau Setpolnya Datuk Suhaimi Ibrahim dapat turun padang dan tinjau masalah ini. Saya hanya membantu kerajaan dalam hal ini untuk menyampaikan masalah masalah rakyat kepada kerajaan selaras dengan gagasan Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.


Email kiriman Siti Hajar


Salam. Setinggi-tinggi penghargaan dan infiniti terima kasih saya ucapkan atas dasar keprihatinan anda dalam memberi respons mengenai masalah dan luahan hati yang saya kemukakan dalam tempoh sehari dua yang lalu.

Berikut merupakan maklumat peribadi insan teraniaya tersebut:

Nama: RAKIAH BINTI JAMAL

No. K/P: 550216 06 xxx6

No. Tel: 013 9116880

Alamat: NO. xx/xxx BATU 4, xxxxxxxxxxx, JLN GAMBANG, 25150 KTN, PHG.

1. Beliau sebenarnya telahpun meminta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat semenjak kematian suami beliau. Namun, JKM hanya memberikan RM 20.00 (DUA PULUH SAHAJA) kepada beliau. Jika difikirkan dari segi logik akal; sewa rumah, bil-bil, sara hidup dan yang paling utama, wang pembelajaran anak, adakah logik untuk beliau menerima jumlah sebanyak itu? Bukanlah saya berniat menghina RM 20.00 tersebut; (ianya juga adalah rezeki ilahi), tetapi dengan keadaan hidup yang mendesak, adakah mencukupi bagi beliau untuk meneruskan hidup? Hal ini membuatkan saya sedikit mempersoalkan tindakan kerajaan yang mampu untuk menanggung banduan-banduan pendatang haram dengan jumlah sebanyak RM 171 juta setahun sedangkan mereka bukan aset bagi negara. Pencen arwah suami beliau dihentikan tanpa memikirkan risiko yang ditanggung beliau dan anak beliau yang masih belajar; bukankah anak beliau boleh dikira sebagai aset bagi negara?

2. Saya merayu jasa baik rbf untuk kemukakan perkara ini ke pihak atasan atau mana-mana pihak berwajib agar akta tersebut boleh diubah. Saya sedia maklum bahawa akta tersebut telahpun wujud lama dahulu iaitu semenjak sebelum merdeka lagi. Bagi pandangan saya, kehidupan sebelum dan selepas merdeka adalah jauh berbeza. Jika dulu RM 20.00 bolehlah dianggap RM 2000.00 tetapi, dalam zaman globalisasi ini, apalah sangat yang boleh hamba allah itu gunakan dalam tempoh satu bulan?

3. Sekali lagi saya meminta jasa baik rbf untuk kemukakan perkara ini ke pihak korporat mahupun NGO agar nasib malang ibu tunggal tersebut dapat dibela! Bantu, kasihan dan fahamilah nasib beliau agar terbela. Beliau merupakan anak watan, dan bukannya pendatang haram yang mendapat bantuan dan perlindungan yang mewah walaupun mereka bukanlah berpijak atas bumi sendiri. Begitu juga dengan arwah suami beliau yang juga anak watan yang telahpun banyak berjasa kepada negara semenjak zaman perang dunia pertama dan PD kedua lagi. Namun, jasa beliau tetap tidak sama hebat dan pengorbanan beliau juga tidak sama besarnya dgn beberapa artis dalam negara yang mudah sekali untuk diiktiraf jasa mereka dengan memberi gelaran, pangkat, darjah mahupun pingat kebesaran.

4.Saya juga memohon agar pihak berwajib dapat mengeluarkan akta ini dan mengumumkan akta tersebut kepada orang awam agar mereka menyedari bahana mengahwini seorang pesara dan membuat kenyataan bahawa penjawat awam yang sudah bersara tidak boleh berkahwin lagi. Ya, saya tidak nafikan bahawa jodoh dan ajal adalah ketentuan allah, tetapi, saya percaya, sebagai manusia kita mampu menghalangnya jika akta ini disebarkan ke seluruh pelosok negara. Janganlah nanti ‘nahas’ seperti yang telah menimpa ke atas balu malang itu bertambah pula. Sekali lagi saya tegaskan, beliau sangat-sangat memerlukan pencen itu walaupun bersyarat; pihak JPA berhak mengambil semula selepas anak beliau tamat belajar.

5. Segala kerjasama dari pihak rbf saya ucapkan terima kasih bagi pihak balu malang tersebut.

Sekian, wassalam.



Luahan Hati Balu Malang

Ini adalah luahan hati dan perasaan saya, seorang insan kerdil lagi teraniaya. saya seorang balu yang baru kematian suami. suami saya seorang pesara pegawai kerajaan telah meninggal dunia dalam persaraan. kini saya masih dalam edah.

saya tidak mempunyai pekerjaan selain dari seorang surirumah sepenuh masa. pendapatan saya selama ini untuk menyara hidup hanya bergantung pada pencen arwah suami semata-mata semasa hayat suami saya masih ada. sebahagian besar wang pencen habis digunakan untuk membeli ubat semasa hayatnya dan semasa sakit dan juga semasa sakit tenat dan terlantar, saya seorang diri menjaganya tanpa bantuan sesiapa. arwah suami saya tidak mempunyai harta, tidak mempunyai wang simpanan, rumah bersewa selama-lamanya ini. segala urusan kematiannya hingga menguruskan batu nisan, saya selesaikan seorang diri walaupun itu tugasan orang lelaki.

pencen yang tak seberapa nilainya dihentikan setelah suami saya meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. saya tidak mampu bekerja atas sebab kesihatan.

masalah timbul setelah suami pergi buat selama-lamanya, saya kehilangan tempat bergantung dan hilang pendapatan. kini bagaimana harus saya teruskan hidup ini?? saya hanya seorang surirumah sepenuh masa dan tambahan pula mempunyai anak yang masih belajar di IPTA. kesusahan dan penderitaan ini ditanggung sendiri. masalah seperti saya ini mungkin juga dialami oleh ramai balu di luar sana.

persoalannya:

pencen arwah suami saya yang tak seberapa itu adalah satu-satunya sumber kewangan saya dan keluarga untuk teruskan hidup selama ini dan dengan pencen itu jugalah yang menampung perbelanjaan bulanan bagi pengajian anak saya di IPTA, sewa rumah, bil-bil sara hidup, ubat-ubatan arwah suami dan lebih membebankan lagi saya terpaksa melunaskan hutang-hutang arwah suami juga melalui wang pencen. hutang wajib dibayar oleh waris yang masih hidup mengikut syarak-saya harus bayar dengan apa?

saya amat memerlukan wang pencen arwah suami saya itu. lebih mendukacitakan apabila rayuan demi rayuan telah saya buat kepada pelbagai pihak namun tidak mendapat sebarang maklumbalas dan jawapan yang positif dan tidak dilayan. adakah surat-surat saya tidak diterima oleh penerima yang sebenar atau tidak dibaca langsung oleh penerima yang saya tujukan atau adakah surat dan rayuan saya itu tidak memberi kesan kepada mereka kerana saya bukan dari golongan ternama, kroni atau bangsawan bagi mereka. tuhan saja yang tahu perkara ini.

menyedari keadaan ini menyebabkan saya rasa amat kecewa, menderita dan hilang tempat mengadu. rasanya saya lebih rela dihukum mati daripada menanggung penderitaan ini. kesempitan hidup yang saya lalui ini turut dirasai anak saya di IPTA yang mula meluahkan hasrat untuk berhenti dari belajar dan mencari kerja untuk teruskan hidup. walaupun dia terpaksa 'survive and struggle' untuk berjaya mendapatkan tempat di IPTA.

surat dari JPA yang menyatakan dukacita tidak dapat dipertimbangkan permohonan dan rayuan saya itu sungguh membuatkan saya rasa teramat gerun dan teramat kecewa dan menderita. alasannya mudah; akta yang digunapakai tidak membenarkannya.

saya bukanlah cendekiawan ulung, namun bagi saya akta hanyalah ciptaan dan ditulis oleh manusia sahaja dan kandungannya boleh digubal dan akta juga bukanlah isi kandungan al-quran yang sememangnya tidak boleh diubah oleh sesiapa pun di dunia ini termasuk rasulullah sendiri. disebabkan akta, saya percaya ramai orang boleh menderita seperti saya dan disebabkan akta jugalah manusia boleh jadi gila. jika nak diikutkan akta, apabila suami saya mati, si isteri juga mesti mati. kejadian ini saling tak tumpah seperti zaman purbakala di india.

bagi pendapat saya segala ciptaan dan tulisan manusia boleh diubah demi kebaikan manusia sejagat, dan satu-satunya perkara yang tidak boleh diubah adalah isi kandungan al-quran sahaja kerana itulah ciptaan Allah buat hambaNya.

kini, timbul sedikit penyesalan bagi saya kerana berkahwin dengan golongan pesara yang mana saya tidak ketahui mengenai kewujudan akta ciptaan manusia itu. malang lagi nasib saya kerana banyak yang telah saya korbankan; habis masa muda saya dan penuh dengan rasa kasihan demi seorang pesara, pengorbanan saya membuat saya terkorban. kini, walau saya menangis air mata darah sekalipun, masa tetap tidak akan berpatah balik lagi.

Melalui kesusahan dan penderitaan yang saya alami ini saya dapat merasakan roh arwah suami saya tidak tenteram kerana air mata penderitaan saya sentiasa mengalir tanpa hentinya hingga hari ini.

tidak terfikirkah kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat untuk mengubah aktanya bagi golongan balu malang seperti saya ini yang bergantung hanya kepada pencen tanpa sumber pendapatan yang lain? kini saya telah kalah teruk dalam permainan ini atau dalam bahasa lainnya 'game over'(G.O).

justeru itu saya memohon kepada JPA untuk mengkaji semula atas segala rayuan saya untuk mendapat pencen arwah suami saya itu. cubalah fikir sebaik-baiknya jika sekiranya penulis arahan dan pencipta akta itu di tempat saya, apakah perasaan mereka? mereka juga akan berperasaan seperti saya dan tentunya akan bertindak mungkin juga jauh lebih agresif dari saya. pencen arwah suami saya dihentikan selaras dengan akta tulisan dan ciptaan manusia. bagaimana pula kehidupan saya dan anak seterusnya? mengikut hukum syarak, berdosa besar bagi mana-mana pemimpin yang membiarkan kami menderita sedangkan kami ada hak untuk menuntut pencen itu.

persoalannya, bagaimana pula tentang pengobanan suami saya semasa hayatnya? pencen adalah sumbangan kerajaan kepada pesara dan apabila meninggalnya si pesara itu, maka warisnya yang susah berhak mewarisi pencen tersebut. jasa arwah sepatutnya dikenang sepertimana kata-kata Allahyarham tunku abdulrahman, mantan perdana menteri malaysia yang pertama dalam satu ucapannya yang dipetik dari sebuah buku yang bertajuk '50 tahun meniti puncak' yang bunyinya seakan-akan begini, "seseorang yang pernah berjasa kepada negara patut dikenang jasanya lebih-lebih lagi perkhidmatannya semasa dan sebelum perang dunia". Butir-butir ucapannya mungkin bukanlah terlalu sama seperti itutetapi membawa maksud yang serupa. tapi, apa daya saya, seorang insan kerdil lagi teraniaya, keadaan saya amat mendukacitakan yang mana pencen dihentikan tika dan saat saya amat memerlukan.

sekali lagi timbul persoalan pada saya kenapa saya mengalami masalah ini di saat kerajaan menguar-uarkan slogan yang menarik perhatian rakyat yakni "1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" dan mengatakan bahawa tiada seorang rakyat pun yang akan terpinggir. tetapi, nampaknya sayalah orang pertama yang sudahpun terpinggir di bumi sendiri kerana tiada pembelaan, tidak dapat membela diri dan tiada rasa belas kasihan oleh pihak berwajib mengenai masalah dan tuntutan saya. dan sekali lagi saya tertanya-tanya, rakyat macammanakah yang 'didahulukan'?

kini saya terasa bagaikan ditambat, diikat tangan dan kaki dan disebat dengan cemeti-oh, betapa sakitnya! mengharungi pelbagai liku, ranjau dan duri membuatkan saya terasa amat gerun sekali memandangkan sewa rumah tertunggak, begitu juga dengan bil-bil. anak yang masih belajar juga tidak dapat saya beri wang saku lagi. andai kata saya terpaksa pindah rumah sekalipun, hal itu juga memerlukan duit dan apa yang menyedihkan adalah jika saya ditakdirkan berpindah, rumah yang bakal didiami juga adalah rumah sewa juga. Bagaimana pula dengan bantuan perubatan? Selama ini kami hanya bergantung kepada status arwah sebagai pesara untuk mendapatkan rawatan.

saya bukannya hendak menongkat langit dengan wang pencen tersebut,saya rela sekiranya diberi pencen bersyarat andaikata anak saya dah bekerja selepas tamat pengajian nanti. pada masa itu, pihak jpa berhak mengambil semula pencen itu. saya tidak rela anak saya untuk berhenti belajar hanya disebabkan akta ciptaan manusia itu manakala jika itu adalah akta al-quran, maka saya reda dan terima hakikatnya. kerajaan boleh menarik banyak lagi sumber lain tetapi bukan pencen suami saya.

setakat ini belum ada pihak yang tampil bertanya khabar, memberi perhatian mahupun pertolongan jauh sekali membantu diri ini.

kini, setiap saat berlalu saya rasa bagaikan mati, setiap ruang di hati ini tidak ada lagi ketenangan dan betapa menderitanya saya tika dan saat ini.

pemergian suami saya buat selama-lamanya amat memberi kesan dan tamparan hebat buat saya, tidak terhingga penderitaan yang saya tanggung ini tambahan pula saya terpaksa harunginya seorang diri kerana saya tiada sesiapa lagi, ibubapa saya telah lama kembali ke rahmatullah.

akhir sekali, saya menyeru kepada golongan wanita yang mengalami nasib seperti saya, tampillah tidak kira berapa ramai sekalipun walaupun ianya tetap tidak memberi kesan kepada golongan tertentu. dan ambillah langkah pengajaran dan iktibar dari mimpi ngeri yang saya alami ini. bukan mudah jadi balu, lebih-lebih lagi ada anak yang masih dalam jagaan.

dan ingatlah, harta yang banyak dan pangkat yang tinggi tidak bererti jika tidak diberkati Allah.

oleh: cinta pesara


9 comments:

Anonymous said...

Salam Bro,

kalu nak cerita pasal diskriminasi pada kaum wanita ni banyak sgt la....

Minta tlg MMB ( Menteri Mulut Besaq ) tu tengok apa nasib wanita yg bekerja di diskriminasi oleh Bank pasal pinjaman kereta !

Mana-mana wanita yg suami BLACKLIST tak boleh buat pinjaman !!! Mana punya undang-undang ni... Ini undang-undang mau kasi mampus.... Apa kena mengena suami blacklist isteri tak boleh pinjam !!!! Ini diktator namanya !!! Masa suami buat pinjaman Bank tak minta pun nama isteri !!! Apa ni Bro... DISKRIMINASI PADA KAUM WANITA DI ZAMAN MILLENIUM !!!!
Bayangkanlah sampai begitu sekali diskriminasi terhadap wanita sampai Menteri ( MMB ) tak sedar langsung !!!! Tahun 2010 dah ni...

Anonymous said...

Ingatkan negara sudah merdeka lebih setengah abad, tetapi dalam era 2010 masih mengamalkan undang2 kuno dan kezaliman. Inilah jadinya kalau kita mempunyai pemimpin2 yg hanya memmentingkan temolok, hawa nafsu dan pewot kembung sendiri dan anak isteri, kerta besau, rumah besau, jamban besau, katil besau dan angan2 besau, sedangkan nasib bangsa sendiri di abaikan, tetapi bangsa lain di sanjung dan di beri muka. Harap menteri2 dan Ds Najib selaku PM buka lah mata, telinga dan bacalah ruang bloggers2 akan nasib anak2 bangsa. Janganlah membuat 1 Malaysia hanya sebgaia slogan dan rhetorik semata mata, samalah sperti era zaman Tun Tdolah, Islam Hadhari hanyalah kambing biri biri. Loe pikirlah sendiri.

Anonymous said...

Bayangkan kalau setiap kementerian dapat mengkaji atau memperbaiki atau menukar SATU akta yg lapuk SEBULAN, setiap kementerian akan dapat mengemaskini 12 akta SETAHUN. Sudah tentu rakyat tidak akan terperangkap dgn mana2 akta lapuk yg tidak sesuai lagi untuk memajukan rakyat dan negara.

Rakyat harus maju sebelum negara boleh maju.

AntiKJ said...

Salam Bro,

Sepatutnya Kementerian memikirkan cara mengajar ibu tunggal memancing dari memberinya ikan.

Dengan mengajarnya memancing, dia akan pandai berusaha sendiri untuk memperbaiki kehidupan.

kalau mau negara lebur, letak beruk jadi menteri

Seruling Senja said...

Selain mengajar memancing ikan, haknya juga wajib dibela dan dipertahankan.

hemisfera said...

apa korang cite ni???
bro rbf, saya usulkan agar rbf cari jalan cerita ini dapat sampai ke newspaper mana2. biar cerita ini masuk media perdana. kalau terbar dalam blog aje, lama sket nak jadi pape. itupun kalau jadi langsung.
so, usahakanlah agar cerita ni sampai ke media yang lebih perdana.

Rafie said...

Apa pun bro hal ni kita kena selidik dulu.kalau takat siar je tak kisah tapi kalau nak perjuangkan kena turun padang selidik betul2 jika pasti baru perjuangkan, bukan tak percaya dgn melayu dah islam tapi la ni banyak perangai bukan2 tu yg musibah melanda negara.

Anonymous said...

Bro,

Anak saya juga seorang OKU (cerebral palsy)dan telah mendaftar sebagai OKU. Amat malang dia tak pernah mendapat apa2 bantuan walau sehelai napkin semasa kecil dulu. Hari ini saya tidak peduli lagi untok memohon bantuan.


kapal layar

Anonymous said...

1) Kami warga NGO ingin meluahkan perasaan bahawa pekera-pekerja yang bekerja dibawah NGO yang berkhidmat sehingga bersara (cth : 25 tahun) tidak mendapat sebarang subsidi untuk sara hidup.

2) Tiada "Union" bagi pekerja pekerja NGO untuk bersuara.

3) Bolehkah pekerja-pekerja NGO boleh mengwujudkan "Union" untuk mengemukaan masalah -masalah yang berbangkit bagi pekerja-pekerja NGO.