Monday, May 3, 2010

EZAM SENATOR,PKR GELABAH DAN SUKMA BOCORKAN RAHSIA

Hari ini saudara Ezam Mohd Noor secara rasminya telah dilantik sebagai senator . Pelbagai versi cerita yang kita dengar dari minggu lepas semenjak tersebarnya berita yang beliau akan dilantik. Ada cerita negatif, ada cerita positif.

Bagaimanapun secara keseluruhan saya dapat simpulkan perlantikan Ezam diterima baik oleh majoriti ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO. Kalau ada yang tidak setuju pun sikit-sikit sahaja. Itu perkara biasa dan sudah menjadi adat dalam kita berparti , berkumpulan atau berpersatuan .

Pendapat saya pula senang sahaja. Tidak perlu nak pening-peningkan kepala. Ezam sudah bersama UMNO sekarang. Sudah dua tahun. Apa salahnya jika beliau diberi jawatan tersebut.

Kita sepatutnya menghargai apabila orang bersama kita, bukannya kita ketepikan mereka. Kalau kita tidak menghargai orang-orang yang bersama kita, bagaimana kita nak tarik musuh-musuh menyertai kita.

Bukan maksud saya bila musuh menyertai kita maka kita perlu bagi jawatan. Kita perlu menilainya juga.Tetapi orang seperti Ezam kita tidak perlu pertikaikan lagi keupayaannya. Muda, berpontesi, bervisi, ada tokoh, bertenaga, bijak berpidato dan mempunyai pengalaman politik tersendiri.


Jika ada orang berkata “baru saja menyertai UMNO, sudah dapat senator”. Saya nak tanya balik kepada orang itu Rais Yatim dan Shaberry Chik apa cerita ?

Bukan lagi dapat senator malah dapat jadi Menteri. Rais Yatim tinggalkan UMNO dan BAKAR JAMBATAN lalu menyertai Semangat 46. Manakala Shaberry Chik pula bekas Ketua Pemuda Semangat 46.

Rais Yatim tinggalkan S46 pada tahun 1996 dan dilantik menjadi menteri pada 1999. Manakala Shaberry Chik pula dilantik sebagai S/usaha Parlimen Kementerian Luar pada 2004 dan Menteri 2008.

Jika Rais Yatim dan Shabery Chik boleh diterima, mengapa bila giliran Ezam ianya menjadi pertikaian ? Kerana apa , kerana ada yang sakit hati semasa Ezam mengetuai pemuda PKR.

Apabila seseorang itu berjaya membuatkan musuhnya sakit hati, maknanya seseorang itu orang yang hebat dan dibimbangi musuh. Maknanya Ezam seorang yang hebat dalam menyerang musuhnya. Jadi apa lagi yang nak dibimbangkan ? Gunakan Ezam sebaik mungkin untuk menyerang Anwar dan PKR habis-habisan, seterusnya melemahkan mereka agar terus pupus. Jika dulu orang-orang UMNO sakit hati dengan Ezam, nah.....ambil sekarang . Giliran juak-juak PKR pula yang sakit hati dengan Ezam.

Jika ditanya pada pendapat saya, saya masih tidak berpuashati dengan perlantikan Ezam hanya sebagai senator. Sebabnya senator hanya berbahas di Dewan Negara. Manakala Anwar dan Azmin berada di Dewan Rakyat. Sepatutnya Ezam perlu diletakkan di Dewan Rakyat agar berdepan dengan pasangan 2A yang pernah bergilir isteri .

Tapi tak mengapalah, itu hak PM. Siapalah kita yang nak mengajar PM. Sudah tentu PM ada strateginya yang tersendiri.

Mengikut kata penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain “saya yakin dengan perlantikan Ezam sebagai senator sedikit sebanyak memberi kesan kepada masa depan PKR dan Anwar Ibrahim”-Sinar Harian 01.Mei.2010.

Oleh yang demikan kepada ahli-ahli UMNO yang rasa berat hati, terimalah ini dengan hati yang terbuka. Orang sudah sedar dengan kesilapan silam dan datang hendak membantu kita , maka kita terimalah dengan hati yang terbuka.

Tidak perlu lagi kita nak ragu-ragu itu dan ini. Jangan pula kita yang terlebih pandai dari PM dan hendak mengajar PM. Kalau kita lebih pandai dari PM sudah tentu kita yang jadi PM.

Janganlah kita termakan dengan kata-kata pembangkang. Mereka tidak senang duduk dengan perlantikan itu. Sebab itu mereka canang cerita kononnya orang-orang UMNO tidak senang dengan perlantikan Ezam sebagai senator. Itu adalah strategi mereka. Kita jangan terperangkap. Musuh memang mahu melihat kita lemah.

Ada orang kata “kita tidak boleh percayakan Ezam, kerana dia berusaha membawa Anwar balik ke dalam UMNO” . Tak betul….tak betul. Itu tak betul. Saya berani bagi jaminan yang itu tak betul.

PM tidak semudah itu boleh diperdayakan oleh Ezam. PM tentu sudah tahu semuanya. Jika tidak, mustahil dia sanggup beri senator kepada Ezam.

Saya difahamkan detik-detik Ezam mula meragui Anwar ialah selepas beliau berada di penjara Kajang bersama dengan Sukma. Mereka ditempatkan dalam satu blok. Sel lain-lain. Tapi dikira ‘berjiranlah’.

Bila sudah ‘berjiran’ dan mengadap ‘jiran’ yang sama setiap hari selama setahun, sudah tentulah macam-macam yang dapat dikorek.

Korek punya korek, dipadankan pula apa yang pernah diingati olehnya dan apa yang pernah terjadi, selepas itu minta pula Hamdan Taha yang berada diluar penjara siasat itu dan ini, akhirnya Ezam menemui jawapannya. Rupanya selama ini dia ditipu oleh Anwar.

Maknanya ada rahmat tersendiri bila Allah hantar Ezam masuk penjara. Rupa-rupanya dari dalam penjara beliau dapat temui sebuah kebenaran dan mengenali syaitan yang bertopengkan manusia.

Akhirnya atas dasar prinsip saya tidak boleh bersama dengan Anwar Ibrahim, kata Ezam.

Bukan senang tuan-tuan sekalian oiii untuk orang percaya tabiat buruk Anwar. Tun Dr M sendiri pun berbelas tahun baru percaya. Cuba bayangkan berapa lama Tun ditipu oleh Anwar. Orang yang mudah percaya yang Anwar kaki buntut ialah Mat Sabu dan Karpal Singh. Mereka lebih awal tahu dari Tun, tapi masa itu Tun tak percaya. Apa nak buat ?

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada saudara Ezam, teruskan perjuangan anda. Bersama kita hancurkan PKR dan Anwar Ibrahim.

12 comments:

naDim'IQ said...

nice posting bRo...

mungkin ezam lebih layak berbanding pengalaman KJ sebagai YB, politik ezam lebih awal berputik jika sekali lagi hendak dibandingkan dengan KJ yang masih MEMBISU semenjak memegang tampuk PEMUDA!!!

Anonymous said...

Kalau ada orang-orang muda dalam umno yang menyerlah, janganlah ketepikan mereka. Kena ramai pelapis. Manakala pemimpin yang dah banyak kali rewind, patut beri peluang pada pemimpin lain pulak!
Dan yang nampak kurang berkesan cepat-cepat dilupuskan.
Tengah tunggu rombakan kabinet nih!

Anonymous said...

ya hancurkan dia dengan sehancur hancurnya sampai tak boleh digunakan lagi... hehehe

Anonymous said...

Semoga dengan kebijaksanaan PM atas perlantikan Sdr. Ezam mampu merubah senario politik BN itu sendiri... Tahniah kepada Sdr. Ezam.... teruskan perjuangan demi Agama Bangsa & Negara... Insyaallah...

A.Rangkuti said...

Salam.

Yang sebenarnya yang tak senang duduk ialah KJ dan kuncu-kuncunya yang memberikan undi kepada dia sebagai ketua pemuda dulu.

Insya Allah akan sampai masanya (tak lama pun.....) Ezam akan jadi KETUA PEMUDA!

marilyn said...

salam bro faisal...

setuju sgt dgn pendapat bro. sepanjang 2 tahun ini ezam dah membuktikan bahawa dia komited dalam mendedahkan pejahatan anwar.dia mempunyai ilmu,akses & sumber dalaman yg berguna utk melemahkan anwar & PKR.bagi saya ezam masih lg satu aset kpd UMNO & BN.

ditambah lg dgn kemahiran berpidatonya,ezam amat sesuai utk menyerang pembangkang kerana UMNO & BN kekurangan tokoh yg boleh menelanjangai pengkianat negara itu.nak harapkan khairy,buang masa je...

Anonymous said...

aku lebih percaya ezam berbanding KJ....lantik beliau jadik timbalan menteri pon takpe...dia rajin dan berprinsip...bukan macam KJ, jadik ketua pemuda tapi pondan...harap2 Ezam dapat jadik ketua pemuda UMNO pada masa depan...

Anonymous said...

Mudah je bro, yang dok hentam kata ezam ni tak layak jadi senator kena tanya juga diri sendiri samada yang 3 org lagi yang angkat sumpah hari ini layak ke di lantik oleh PM jadi senator?

Berlaku adil lah kepada semua org. Jangan main hentam keromo saja.

A.Rangkuti said...

Salam.

Kena fikie pasal Dato' Razali Ibrahim (naib KP) juga. Jangan dia pun buat taik cemburu denagn kemunculan Ezam sudahlah.. These two leaders should be blend together to make a strong and significant force in the pemuda.

Orang2 yang macam nazri aziz dan hishamuddin dan shabery chik tu suruh duduk dibangku simpanan jelah..........These people are HAMPEH

hanizam said...

kalau ezam ni bertanding jadi ketua pemuda, aku rasa pemuda Umno & BN akan bertambah mantap...berganding pula dengan Dato' Razali yang sama rajin...

sebab tu kuncu-kuncu KJ kepanasan...@ mungkin ada senior dalam Umno juga tak senang duduk...maklumlah, dapat jawatan pun, hasil kipas-kipas...bukan buat kerja pun..

Semoga niat murni Ezam diberkati Allah...

Anonymous said...

harap lepas ezam jd senator ni die tetap tak lupa turun padang bagi ceramah..

teruskan turun padang bg ceramah.. tuh jgn lupa..

Anonymous said...

ha, I will experiment my thought, your post give me some good ideas, it's really amazing, thanks.

- Joe