Friday, May 14, 2010

SECEBIS KISAH DARI SIBU

Hari ini saya tidak dapat berjalan banyak kerana sakit kaki masih belum hilang akibat penangan semalam.

Tetapi saya cuba juga untuk memberi laporan dari sini. Daripada apa yang saya lihat naluri saya mengatakan BN akan menang dalam prk ini.

Walaupun tanpa sokongan pengundi-pengundi cina di bandar, BN masih mampu menang dengan undi kaum pribumi Sarawak.

Budaya politik semenanjung yang dibawa ke sini tidak boleh diterima dengan baik oleh orang Sarawak. Penduduk pribumi lebih mementingkan adat budaya dalam berpolitik. Mereka tidak suka kepada kekasaran dan kutuk mengutuk berlebihan.

Seperti prk di tempat-tempat lain di semenanjung DAP,PKR dan PAS membawa cara yang sama iaitu memasang bendera di kereta-kereta yang mereka sewa , berkonvoi sambil membunyikan hon. Perkara ini tidak disukai penduduk setempat.

Di pihak BN pula situasi amat berbeza, tiada cara kempen seperti di semenanjung. Ini kerana mereka telah diberi garis panduan berkempen oleh BN Sarawak apa yang boleh buat dan apa yang tidak sesuai dilakukan disini.

Kebanyakan orang-orang BN semenanjung yang datang tidak terlibat sangat dalam kempen. Hanya sekadar 'merakyatkan' kempen. Melainkan pemimpin-pemimpin tertinggi dan pemimpin kanan.

Dalam dua hari kempen terakhir ini DAP cuba berkempen dengan cara menyemai kebencian rakyat kepada Ketua Menteri Sarawak iaitu Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Itu sahaja kempen yang mampu dibawa oleh mereka setelah kempen perkataan Allah tidak dibenarkan lagi oleh pihak berkuasa.

Cukup setakat ini dahulu untuk hari ini . Insyaallah esok saya akan bawa lagi laporan untuk anda.

Dibawah ini gambar-gambar yang sempat saya rakam.


SPR harus membuat peraturan agar semua bahan kempen menggunakan bahasa malaysia sahaja supaya bangsa lain boleh memahami apa yang dikata. Keadaan ini agak keterlaluan di bandar Sibu seolah-olah pilihanraya kecil berlaku di Taiwan



Pekerja memunggah barang-barang masuk ke dalam bot untuk dihantar ke kawasan pendalaman

Bot-bot besar ini ibarat lori trailer yang membawa barang-barang keperluan harian bagi dihantar ke kawasan pendalaman.

















No comments: