Thursday, May 6, 2010

KES TEMBAK LAGI....


Nampaknya saya terpaksa menulis lagi pasal tragedi tembakan di Shah Alam.

1) Dalam Sinar Harian hari ini peguam kepada saksi yang terselamat iaitu Latifah KoyaK P*ki mempertikaikan lawatan yang dilakukan oleh panel khas pada malam hari. Katanya kenapa tidak lakukan lawatan siang hari.

Minah ini bodoh sebenarnya. Awal-awal lagi Pengerusi Panel Khas sudah beritahu, lawatan dilakukan pada waktu malam kerana mereka hendak mendapatkan gambaran yang sebenar tragedi berkenaan. Ini kerana tragedi berlaku di malam hari. Difahamkan juga Panel Khas akan meninjau semula lokasi kejadian pada waktu siang.

2) Pada pandangan saya kes ini sudah rosak. Ini kerana saksi dan keluarga mangsa banyak diganggu oleh iblis-iblis dan syaitan dari PAS,PKR dan DAP. Awal-awal lagi Khalid Samad sudah ganggu saksi sepertimana yang saya katakan disini.

Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Unspinners , iaitu tahap kepercayaan kepada saksi utama boleh diragui. Sini, sila baca dengan teliti yang bertulisan merah.

3) Berita yang saya dapat daripada beberapa rakan yang pergi melawat keluarga mangsa. Kata mereka kakak mangsa yang berlebih-lebihan beremosi kepada polis. Dia berulang-ulang kali mengatakan adiknya seorang yang baik.

Nampaknya kakak mangsa cuba mengalihkan kecuaian dia menjaga kunci keretanya dan adiknya kepada polis. Kalau saya nak tulis banyak lagi yang saya boleh tulis pasal kakak mangsa disini, tetapi sengaja saya tidak mahu menulis disini demi menjaga perasaan keluarganya.

4) Daripada cakap-cakap kedai kopi,di dalam pejabat, di tangga surau, di taman-taman permainan dan di kalangan ahli mesyuarat tingkap sudah kedengaran masyarakat menyebelahi polis dalam hal ini.

Pada peringkat awal masyarakat turut marah dengan polis, tetapi setelah mereka tahu kisah sebenar dan mereka nampak keluarga mangsa membenarkan politikus-politikus mempolitikan kes ini, maka masyarakat mula kembali menyokong polis.

Seperti yang saya kata sebelum ini, rasa simpati masyarakat sudah bertukar menjadi rasa meluat. Semuanya kerana kesilapan keluarga mangsa yang memilih jalan mempolitikan kes ini dengan melantik Pengerusi DAP sebagai peguam.

5) Kepada anggota polis pula, teruskan tugas suci anda dalam menjaga keharmonian dan keselamatan negara. Tidak usah terasa hati dan kecewa dengan tuduhan-tuduhan liar. Saya secara peribadi tetap menyanjung dan menghargai jasa polis. Sebaik sahaja saya memulakan hidup di dunia ini polis dicari terlebih dahulu, begitu juga apabila mati kelak, polis juga yang dicarikan.

Penjelasan

Lahir cari polis : Zaman dulu, setiap kelahiran perlu dilaporkan kepada polis. Polis yang akan mengeluarkan surat beranak (tulisan tangan).

Mati cari polis : Apabila saya meninggal dunia kelak pun kena lapor kepada polis juga untuk dapat permit mengubur.



7 comments:

Anonymous said...

Bro..

ko buat la penjelasan mcm mana pun.. kalau dah puak2 kahak hijau nie mmg die pusing punya your statement... hahaha...

ape2 pun dalam kes ini aku tetap sokong polis selagi polis mengikut SOP... kelalaian keluarga menjadi punca utama berlaku kes nie... walaubagaimanapun Allah Maha Besar...

khalid samad.. bila nk pegi interview 'bdk baik' yang rompak cybercafe tu.. yang tu kena tembak jugak...

bodo punya puak2 nie...

perlop

Pedang-Bertuah said...

Dear RBF,
Salahkan polis lar... kejar keta suspek, tembak tayar kena tepat. Kejar lagi, tembak driver kena tepat. Tapi, 5 orang polis kepung sorang teenager, boleh terlepas woo...
Muahahaha! Ni confirm skrip dongeng citer Tamil olahan Karpal and the geng lah ni.
Aku pernah langgar lampu merah masa pegi office (on call) 2 pagi, kereta peronda bunyi siren dan loud speaker suruh berhenti, then aku pull over dan berhenti.
Bila ditanya, aku bagitau aku lambat, lagipun takde keta. Polis just bagi warning sebab kesalahan pertama dan let me go.
Kalau berhenti seperti diarah takkan jadi tragedi ni. Engkar berhenti hanya penjenayah, dan polis ada rasional untuk tembak.
Dalam kes ni u all boleh kata, "Alah, budak 15 tahun belum matang. Mana dia tau consequenses tak berhenti." TAPI, that's why in the first place kelayakan memandu kereta is 17 tahun ke atas, sebab u are not mature enough to be behind the wheels.

mama said...

Takde lesen..pukul dua pagai....budak baik ke....budak baik berada dirumah waktu begitu..klu diluarpun mesti sama keluarga
Gua sokong tak lojik akal tiba-tiba terlepas dr polis..ha..ha..nak gambarkan polis jahat ppukul dia...

Anonymous said...

sebenarnya puak pembangkang telah 'memudahkan'kan lagi kes ini. kerana dengan terlalu asyik memanipulasi isu ini maka sudah terbentuk dua kumpulan-sokong pembangkang-sokong penjenayah,sokong polis-sokong kerajaan.
akhirnya org ramai akan meluat dgn pembangkang kerana mereka sedar tiada faedahnya terlalu membela penjenayah.
pembangkang ini patut dilabel sbg penyokong keganasan,penjenayah.
hanya pandai cari isu.

Anonymous said...

ELOK NYE ADA ANAK2 KORANG ATAU SEDARA MARA KORANG YANG KENA TEMBAK BARU TAU. KENAPA KORANG BODOH SANGAT, SEMUA PEGUAM DARI GENG DAP KE PKR KE SEBAB MEREKA SAJE YANG BOLEH DAPAT KAN PEMBELAAN SECARA ADIL. KENAPA..NAK SURUH PEGUAM UMNO JADI PEGUAMBELA KE. MESTI LAH MEREKA SEBELAHI POLIS LAH..NEGARA INI NEGARA POLIS, NEGARA UMNO , NEGARA MAK BAPAK KORANG KONON.

Pendapat Saya said...

Perkara ini menjadi berita hangat disebabkan mangsa adalah seorang pelajar 15 tahun manakala pihak yang melepaskan tembakan adalah anggota polis. Sekiranya mangsa adalah anggota polis atau di kalangan orang awam dan pihak yang melepaskan tembakan pula adalah merupakan pemimpin parti pembangkang saya amat pasti insiden tersebut tidak akan diperbesar-besarkan sebegini rupa dan dalam keadaan tersebut hampir pasti yang akan dipersalah adalah mangsa yang telah meninggal dunia. Pendek kata pusing ke mana sekalipun yang salah adalah polis dan yang sentiasa betul adalah pembangkang kerana mereka adalah PR (penipu rakyat).

Berdasarkan sidang media yang dibuat oleh saksi utama kejadian tersebut yang berada bersama-sama mangsa semasa kejadian berlaku, polis telah mengarahkan mereka memberhentikan kenderaan tetapi mangsa terus memandu menyebabkan polis bertindak menembak tayar kereta yang mereka naiki. Bagaimanapun mangsa tidak menghiraukan keadaan keretanya yang telah pancit dan meneruskan pemanduan dengan alasan untuk balik ke rumah. (apa la polis ni, orang nak balik ke rumah pun kejar. Lain kali sebelum kejar tanya dulu nak ke mana. Kalau jawapannya nak perompak ke, nak bunuh orang ke baru la boleh kejar. Jangan lupa tanya sekali umur berapa tahun...). Akhirnya polis melepaskan satu lagi tembakan dan mengenai bahagian belakang kepala mangsa yang menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Mengikut saksi utama itu lagi, semasa hendak menyerahkan diri lima orang anggota polis tersebut telah membelasahnya menyebabkan dia telah mengalami kecederaan di tangan sebelum dapat melarikan diri. (apa punya polis ni, lima orang belasah budak umur 15 tahun seorang, cedera kat tangan je? Dapat lepas lari lagi tu...). Mungkin kelima-lima anggota polis kepenatan selepas membelasah saksi dengan sepenuh hati dan saksi yang menyimpan tenaga semasa dibelasah menggunakan sepenuh tenaga untuk melarikan diri.

Terdahulu kereta mangsa telah dikejar oleh kumpulan bermotor disebabkan pergeseran yang berlaku antara kereta mangsa dengan sebuah kenderaan lain. Mangsa sebelum itu telah keluar minum bersama seorang kawan dengan menggunakan kereta kakaknya tanpa kebenaran dan sempat menolong seorang kawan lain yang mengalami masalah motornya yang rosak.

Cuba kita bayangkan sekiranya polis melepaskan kereta tersebut begitu sahaja dan kereta tersebut rupanya dipandu oleh penjenayah yang baru saja selesai merompak, merogol dan membunuh dan mangsa rompakan adalah keluarga pelajar 15 tahun tersebut, siapa yang akan dipersalahkan? Pasti polis juga akan disalahkan sebab tidak dapat menangkap penjenayah. Sekiranya mangsa yang ditembak mati tersebut memang penjenayah sekalipun PR (penipu rakyat) akan datang membantu keluarga penjenayah yang ditembak dan sekali lagi polis akan dipersalahkan. Mereka tak akan pedulikan langsung mangsa jenayah yang dirompak, dirogol dan dibunuh tersebut kerana tidak akan memberikan sebarang keuntungan politik kepada mereka.

Yang menjadi persoalan saya di sini ialah sekiranya mangsa dikejar sekumpulan bermotor dan semasa melarikan diri mangsa ternampak kereta peronda polis, kenapa tidak berhenti saja dan dapatkan bantuan polis tersebut.

Kesimpulannya mangsa tidak berhenti untuk mendapatkan bantuan polis disebabkan mangsa tidak mempunyai lesen memandu. Kenapa pelajar yang tidak mempunyai lesen memandu dibenarkan/dibiarkan memandu kenderaan tak kira la pada awal pagi ke, bila ke.. Sekiranya keluarga tak sedar/tidak beri kebenaran kepada mangsa untuk memandu tetapi mangsa berdegil dan tetap curi-curi keluar memandu, SIAPA YANG SALAH?

MUNGKIN POLIS JUGA YANG SALAH SEBAB TAK BERJUANG SUPAYA BUDAK UMUR 15 TAHUN DAPAT LESEN MEMANDU. FIKIR-FIKIRKAN..

JANGAN MARAH..

azienmat said...

budak ni nampaknya kena jaga betol2 nih, hebat besar nanti...
kecik2 dah banyak pengalaman hebat! Ada tokoh & karisma jadi taiko..