Wednesday, May 12, 2010

PEMBUBARAN DUN KEDAH, P/RAYA NEGERI DAN MUKHRIZ BAKAL MB

1) Saya minta maaf kerana lewat menulis posting ini. Tidak berkesempatan hendak menulis pagi tadi. Saya terlalu 'kalut' hari ini menyiapkan kerja-kerja sebelum bercuti.

2) Difahamkan dua adun Pas Kedah menghilangkan diri selepas MB Kedah memberitahu yang beliau akan bubarkan dun jika terdapat seorang lagi adun pak-khatan rakyat Kedah meninggalkan parti mereka.

3) 'Kehilangan' dua adun Pas Kedah tidak berapa diketahui umum. Hanya diketahui oleh pemimpin-pemimpin kanan Pas negeri dan pusat sahaja.

4 ) Difahamkan mereka bukan hilang, tetapi sengaja dirancang oleh orang-orang Pas sendiri agar dua adun ini 'hilang'.

5) Tujuannya untuk membuatkan Ustaz Azizan gentar dan seterusnya membubarkan Dun Kedah.

6) Apabila dun dibubarkan maka orang yang merancang kehilangan dua adun tersebut berpeluang bertanding kerusi dun dan bercita-cita menjadi MB Kedah bagi menggantikan Ustaz Azizan.

7) Difahamkan Ustaz Azizan telah memaklumkan kepada Tuanku Sultan pagi tadi hajat beliau untuk membubarkan Dun.

8) Tidak dapat dipastikan samada Tuanku menerima atau menolaknya.

9) BN Kedah juga telah bersedia untuk menghadapi p/raya negeri.

10) Maklumat yang saya dapat mengatakan BN akan menurunkan Mukhriz Mahathir bertanding di kerusi dun dan akan dilantik sebagai MB jika BN berjaya menawan kembali Kedah.

11 comments:

Anonymous said...

undergate

btul ke berita ini?atau cuma kabor2 angin jer..

whiteorange said...

Aku tak yakin selagi belum terjadi

Anonymous said...

berita bodoh macam lembu

Anonymous said...

penyokong pas ketak kepala,
anon 956 jangan risau...BN perintah lagi baik noooo,

pas sembang ja lebih,kerja ?habok pun tadak...

Anonymous said...

BUKAN BODOH LAGI.. FITNAH LIDAH IBLIS...KAHKAHKAHKAHKAHKAH

claymore said...

Dulu katakan org skrg hangpa terima pula tak buat kerja berlakun je banyak kedah akan jadi macam perak aku harap UMNO harus berhati hati depa semua pandai putar alam.habis langgit bulan bintang bumi depa tipu sebab itu org kata pas parti tiada hala tuju.

Anonymous said...

klu ya pun biar logik , mukriz bukan ahli dun yg boleh di lantik jadi menteri besar ..

umgokapco said...

mananya nak bubar...takdak apa2 pun...kesian org umno tak abih2 dok angan2 mat jenin...sudah laa...rentikan laa...kalu betul bubar pun jgn harap umno nak menang...rentikan la bermimpi di dlm mimpi..kah..kahh

Anonymous said...

PAS bengong...

Anonymous said...

aku takut bila bubar nanti satu kerusi pon PAS tak menang...

Anonymous said...

anon 8:27

Ape ke bengapnye ko ni...bila dah dibubarkan Mukhriz boleh tanding DUN dan dilantik jadi MB