Thursday, May 6, 2010

ROMBAKAN KABINET : ADA YANG GUGUR, ADA YANG MASUK , ADA YANG NAIK


Dalam Malaysia ini, kalau nak dengar cerita-cerita atau gosip-gosip terkini tanahair kita kena pergi ke port-port tertentu.

Antara port-portnya ialah di kafe-kafe sekitar The Mall, coffee house Hotel Sri Pacific, Legend, Quality Jalan Raja Laut dan Grand Seasons.

Tapi dalam banyak-banyak port tersebut yang baikkkkk punya port ialah di The Mall.

Beberapa hari lepas saya ke sana. Saja-saja nak minum kopi sambil dengar-dengar gosip terkini.

Seperti dijangka banyak gosip yang kita boleh dapat kalau kesana.

Antaranya ialah tentang rombakan kabinet. Ianya dijangka akan dilakukan selepas PRK Sibu.

Dengar ceritanya Tengku Adnan akan kembali ke kabinet. Datuk Ahmad Maslan, Datuk Mukhriz, Wee Kah Siong juga bakal dilantik sebagai menteri penuh. Dengar cerita juga G.Palanivel akan masuk kembali.

Rais Yatim, Ong Tee Keat dan Shabery Chik dengar ceritanya akan digugurkan. Baguslah kalau macam itu. Saya pun sokong. Elok bagi saja jawatan Menteri Penerangan kepada Datuk Ahmad Maslan sebelum RTM terus jadi Muzium.

Mukhriz pula elok diberikan jawatan Menteri Belia dan Sukan. Menteri Belia sekarang tak jalan lahhhhhh......Dia hanya jaga sukan-sukan elit sahaja.

Opsssss KJ mana RBF ? Oh ya terlupa pula.

KJ tidak boleh dilantik sebagai menteri, dia diperlukan untuk berdebat di Parlimen. Kalau dah jadi menteri tidak boleh vokal pula di Dewan Rakyat. Khidmatnya masih diperlukan lagi untuk 'menyerang' Azmin Ali auw...auw...Mampus Omar dan Gobalakrishnan.

Harap Mas KJ bersabar ya.....



3 comments:

Anonymous said...

ada lagi menteri dan timb menteri yg tak layak mcm dato hamzah

-krisjawa lok3- said...

Ada tak kabar angin yang jawatan menteri KDN bertukar tangan??..saja2 la nak tahu...hehehheheheh

Pejuang Bangsa said...

betul tu bro ..

KJ dengar khabar tidak akan dilantik sbg timbalan menteri or menteri ..

beliau still ditugaskan utk menyerang pembangkang di Parlimen sbg MP BN ..

tp Muhkriz jadi menteri penuh tak nampak sangat sumbangan beliau ..tak tahu la mungkin itu pilihan Najib ..

Palanivel akan jadi Menteri Penuh ..dan harap2 Menteri Amaran juga ditukar la pi tempat lain.. imej Polis lingkup kerana amaran hang la ..