Sunday, May 2, 2010

Rombakan Kabinet Semakin Hampir

Saya meramalkan rombakan kabinet akan dilakukan dalam masa seminggu dua ini iaitu sebelum parlimen mula kembali bersidang pada 7 Jun 2010.

Ini kerana apabila dewan bersidang kelak susunan tempat duduk baru telah siap disusun. Menteri yang gugur akan duduk di bahagian penyokong kerajaan, manakala yb yang baru dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri akan berpindah ke blok tempat duduk yang berkenaan.

Yang pastinya kerusi Hulu Selangor akan kembali ke blok BN, manakala kerusi Sibu terbang melayang ke blok pembangkang. Manakala kerusi ketua pembangkang pula mungkin kosong kerana tuan punya punggung digantung. Kerana apa ? Kerana Apco...apco...apco.... ha...ha..ha apco oh apco. Hidup apco !

Daripada apa yang saya tahu ada beberapa menteri yang bakal digugurkan kerana tidak 'berprestasi tinggi'.

Yang hampir pasti ialah Nor Mohamed Yakcop. Menteri yang dua orang setpolnya pernah ditangkap oleh SPRM. Dua bulan lepas setpolnya Hasbi Satar ditahan bersama sejumlah wang tunai melebihi RM2.0 Juta yang telah dijumpai di apartmen kepunyaan isteri Pak Menteri NMY. Sebelum itu Norza Zakaria yang juga setpolnya pernah ditahan oleh SPRM. Klik sini

Saya tidak pelik apabila mendengar setpolnya ditahan bersama wang tunai melebihi dua juta ringgit. Ini kerana bosnya memang seorang yang kaya. Pernah ada orang memberitahu saya yang kekayaan beliau mengalahkan Tun Daim Zainuddin.

Selain NMY, terdengar juga yang Menteri Belia dan Sukan, iaitu Shaberry Chik juga akan digugurkan. Jika yang ini berlaku saya sungguh gembira. Saya memang tak berkenan dengan menteri ini. Dia gagal menjalankan tugas dengan sempurna. Sehingga ke hari ini belum nampak apa perancangan beliau mengenai belia. Beliau hanya sibuk dengan sukan-sukan elit dan makan angin ke luar negara untuk mencari pasukan bolasepak. Klik sini

Antara menteri yang kedengaran bakal digugurkan juga ialah Khalid Nordin, Rais Yatim, Ong Tee Keat.

Manakala Timbalan Menteri pula yang dijangka gugur ialah Noriah Kasnon, Hassan Malek dan Saifuddin Abdullah.

Yang bakal masuk atau naik pangkat akan menyusul kemudian.

No comments: