Monday, May 10, 2010

UBAH SUAI PEJABAT:ADAKAH HASSAN ALI SEBERANI ARWAH DATUK Z ?

Jangan hanya pandai bercakap. Buktikan....

Walaupun sudah hampir seminggu isu ubah suai pejabat Hassan Ali menjadi pertikaian tetapi nampaknya sampai ke hari ini Hassan Ali sendiri belum membuka mulut lagi untuk mengulasnya.

Sebagaimana yang kita tahu, dakwaan awal mengatakan kos ubah suai pejabat Hassan Ali dikatakan bernilai RM 350 ribu.

Sepertimana yang saya katakan dalam posting saya yang lepas yang sebutharga berkenaan telah dipinda daripada RM 350 ribu kepada RM 299,729 ribu setelah ianya menjadi pertikaian. Sini

Kemudian ianya dinafikan oleh pejabat exco yang berkenaan harganya RM 350 ribu, hanya RM 299,729 ribu sahaja. Kurang RM 271 untuk genap RM 300 ribu.

Kata mereka pejabat yang ditinggalkan oleh Kerajaan BN itu berada dalam keadaan daif dan perlu diubahsuai.

RM 300 ribu adalah masih satu angka yang terlalu tinggi untuk ubahsuai sebuah pejabat yang kita sendiri pun tidak tahu keluasannya. Tetapi kita boleh agak berapa keluasan sesebuah pejabat.

Jika Hassan Ali berada di pihak yang benar dan yakin tindakannya betul maka Hassan Ali harus jawab dan lakukan apa yang saya kata dibawah ini.

Sebaik sahaja memerintah Selangor kerajaan pak-khatan rakyat Selangor mengumumkan bahawa mereka akan mengamalkan dasar tender terbuka. Dihentamnya BN sampai rapat ke dinding kononnya BN mengamal rasuah dan mengutamakan kroni. Mereka juga berjanji akan mengamalkan dasar berjimat cermat dan merakyatkan ekonomi Selangor. Fuh.....janji baik punya....

Yang menjadi persoalan sekarang, bila masa tender ubah suai pajabat Hassan Ali dibuka ? Saya difahamkan tiada tender terbuka, hanya 'direct nego' sahaja kepada syarikat kroni PAS. Ini nak merakyatkan ekonomi Selangor atau nak mengkronikan ekonomi rakyat ?

Daripada apa yang saya dapat tahu, harga untuk ubah suai berkenaan telah diminta untuk di 'up' kan dari harga asal. Setelah kontraktor berkenaan mendapat bayaran kelak mereka hanya akan mengambil harga asal sahaja. Manakala baki yang telah di 'up' kan akan diberi kepada PAS Selangor atas nama derma atau sumbangan untuk Islam. Ingat !!! Saya ulang sekali lagi DERMA atau SUMBANGAN, bukannya RASUAH. Rasuah hanya untuk UMNO dan BN sahaja. Faham ke ?

Begitulah cara PAS nak mengambil duit dari akaun kerajaan negeri bagi dipindahkan ke dalam akaun mereka. Licik, pintar dan cergas. TAKBIRRRRR 3X !!!

Sekarang jangan cakap banyak. Saya cabar Hassan Ali adakan 'hari terbuka ubah suai pejabat ', bagi memberi ruang kepada media masa , blogger-blogger dan orang awam melawat pejabat yang ingin diubahsuai tersebut dan pamerkan pelan ubahsuai serta sebut harga pada hari terbuka tersebut. Biar rakyat menilai sendiri ketelusan yang dilaung-laungkan selama ini. Biar rakyat lihat bagaimana daifnya pejabat yang digunakan oleh Kerajaan BN dulu sehingga tidak boleh digunakan oleh Hassan Ali sekarang.

Hassan Ali tidak perlu takut untuk melakukan semua ini. Soal salah atau tidak itu perkara kedua. Soal keberanian menjemput rakyat dan media hadir melawat yang menjadi perkara pertama. Ketelusan...ketelusan...ketelusan.

Masih ingatkah anda semua pada Arwah Datuk Z (Al-Fatihah) Pelabuhan Klang ? Ingatkah anda pada persitiwa rumahnya dulu ? Satu negara kecoh kononnya Datuk Z membina 'istana' di Kg Idaman Pandamaran. Yang lebih-lebih pada masa itu ialah juak-juak PAS, PKR dan DAP. Datuk Z ditala kiri kanan, pagi petang, siang malam setiap hari sehingga dipanggil ke Istana Kayangan Shah Alam.

Selepas itu Datuk Z mengambil langkah yang cukup berani iaitu membawa para wartawan ke rumah lamanya dan menunjukan bagaimana keadaan rumah lamanya dan memberi penjelasan mengapa beliau membina rumah yang besar.

Setiap sudut dalam rumah lamanya ditunjukan kepada wartawan sampai ke dalam bilik tidur. Satu langkah yang cukup berani diambil oleh beliau.

Sambil menunjukan segenap sudut dalam rumahnya arwah menjelaskan kepada wartawan mengapa beliau perlukan rumah yang lebih besar dan apa kegunaannya. Wartawan pun boleh lihat dengan mata mereka sendiri bagaimana sempitnya rumah lama beliau dan beliau mempunyai keluarga yang besar.

Rumah barunya bukan setakat boleh digunakan untuk keluarga beliau sahaja. Tetapi boleh digunakan oleh rakyat-rakyat di Pelabuhan Klang memandang beliau wakil rakyat kawasan tersebut. Pelbagai kemudahan disediakan, antaranya bilik pengajian, perpustakaan dan bilik perjumpaan serta mesyuarat.

Soal salah atau tidak perkara kedua, yang penting keberanian arwah membawa wartawan memasuki rumahnya dan menunjukan serta menjelaskan.

Sekarang Hassan Ali berani atau tidak buat seperti mana yang dibuat oleh Datuk Z ? Jika pemimpin UMNO berani, maka pemimpin PAS harus lebih berani dan telus lebih dari itu selaras dengan apa yang di momokan selama ini.

Dibawah ini adalah video sidang media Datuk Z selepas membawa wartawan melawat rumahnya. Sampai menangis arwah mengenangkan fitnah yang dilemparkan keatasnya. Saya pun turut sama sayu bila melihat arwah menangis. Ya lah, orang dah meninggal dunia, bila kita kenang balik apa yang terjadi padanya sudah tentu kita sedih. Adakah juak-juak PAS dan PKR sudah memohon maaf kepada beliau keatas fitnah-fitnah yang mereka lemparkan kepada Datuk Z dan keluarganya ?




8 comments:

Anonymous said...

al-fatihah...tanggung laa dosa bagi sesiapa yang memfitnah beliau selama ini...

Anonymous said...

RM50721..kena masuk fund PASTI...lepas tu masuk balik poket dia..takpa..halal dan harus hukumnya tuu... rumah dia tak cukup besar, nak kena la buat renovation sikit..tak caya cuba google tgk rumah Hassan Ali,macam rumah org miskin jee.......Ahli pas tak kesah punn..kena la balun cukup2 kut-kut terlingkup PRU nanti...

Anonymous said...

Apa tunggu lagi Hassan Ali?...kata telus. Rakyat nak tengok juga macam mana standard pakatan buat ubahsuai pejabat dan macam mana tender di award. Jangan tak tunjuk!

Dah nampak dah pakatan haprak termakan sumpah memfitnah individu yang tidak bersalah.

Semut Hitam said...

Banyak pulak duit dia ye? Di Pahang pun macam tu jugak.

Buat Bangunan sampai berjuta. Tapi pengikut, dibiarkan daif.

Tambahan pulak mintak sedekah lagi atas ceramah yang diberikan. Satu perkara yang saya tak faham sampai hari ini.

Ada ke patut?

Fikir - fikirkan lah.

Anonymous said...

Betul ke fitnah ?? Kalau betul arwah ikhlas beliau boleh bina bangunan utk kegunaan org ramai berasingan drpd rumah utk anak beranak beliau, tak perlu bina kesemuanya dlm satu bangunan yg besar..Allah shj yang tahu niat beliau..

Abu Garcia said...

Suku 3 Suku PAS dan PKR ni memang sejak azali lagi kaki fitnah. Depa rasa hak membuat fitnah tu memang hak depa. Jadi boleh cakap apa saja. Bab dosa pahala memang letak sebelah la sebab N.Ajis dah janjikan syurga kat depa semua.

Kalau ikutkan sejarah perjuangan Khalifah Sultan Salahuddin Ayubi menakluk Baitulmuqqaddis, puak macam PAS dan PKR ni ibarat macam puak Syiah yang sanggup bersekongkol dgn Tentera Salib demi wang dan kuasa.

Goh Wei Liang said...

Pakatan Rakyat Selangor makin lama makin kecoh. Ada khabar angin mengenai pergolakan politik antara Tian Chua, Khalid Ibrahim, Zaid Ibrahim dan Azmin Ali. Ada pula MP Kapar yang kata dia beri 72 jam kepada MB Selangor untuk ambil tindakan atas kes jual pasir.

Dulu kalau tak silap, ada councillor dari PKR yang kata kontrak Alam Flora dibahagi antara komponen PR.

Selangor PR ni macam macam ada. Harap harap Hassan Ali tampil ke depan dan dedah kesemuanya !

Anonymous said...

Banyak betul khabar angin yang bertiup ye..hampir semuanya terselak. Selak jangan tak selak..he..he..