Monday, June 7, 2010

25 Sen : Penjelasan RBF

Seawal jam 9.30 pagi satu panggilan masuk ke telefon bimbit saya bertanyakan kisah 25 sen yang saya bangkitkan jumaat lepas.

Rakan yang menghubungi saya bertanyakan saya samada itu adalah idea saya atau ada orang lain yang minta saya 'spin' cerita tersebut. Saya mengatakan itu adalah idea saya dan saya tidak menerima cerita berkenaan dari orang lain dan kemudiannya saya 'spin' kan di blog saya.

Kawan saya memberitahu dia mendapat cerita kononnya ada orang tertentu (bukan Yb Shukor) yang mengatakan dia lah yang memberikan idea tersebut kepada saya dan minta saya spin.

Ha..ha..ha, biasalah benda yang baik ramailah yang mengaku. Tak mengapalah itu mereka punya pasal. Cerita-cerita begini sudah banyak kali saya dengar. Cuma saya perlu menyatakan yang benar di sini.

Idea berkenaan dengan 25 sen datang secara spontan sewaktu saya membaca Utusan Malaysia jumaat lepas. Saya merasakan itu adalah antara 'point' yang menarik untuk membuktikan kerajaan 25 sen Selangor cakap tak serupa bikin. Kesimpulannya bukan orang itu dan bukan orang ini yang memberi idea kepada saya. Idea yang sebenar datangnya dari Utusan Malaysia.

Tanpa membuang masa , saya terus menggunting berita tersebut dari Utusan Malaysia untuk dimasukan ke dalam blog.

Lalu saya menghubungi saudara Samsul (my anger) untuk bertanya pendapat beliau sebelum saya menulis. Ini kerana Samsul seorang yang arif dalam bab ekonomi. Setelah menceritakan kepadanya dan dia berkata apa yang saya ceritakan itu benar dan satu 'point' yang bagus.

Saya tulis, saya kira dan kemudian saya minta pula bantuan Samsul untuk mengiranya sekali lagi kerana saya bimbang takut-takut salah. Maklumlah kita nak 'present' kat blog. Satu dunia boleh tengok. Jika salah ianya menjadi bahan ketawa orang. Maklumlah saya juga tidak biasa dengan angka yang berjuta-juta. Setelah puas hati dan saudara Samsul juga sahkan tiada kesalahan pada angka-angka dan nombor-nombor barulah saya siarkan.

Jadi anda boleh lihatlah betapa telitinya saya membuat kerja demi kepuasan anda semua membacanya. Daripada pagi saya mula menulis, berhenti untuk solat jumaat, sambung kembali jam 2.30 petang dan saya siarkan jam 3.30 petang.

Oleh yang demikian saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa idea asal berkenaan dengan 25 sen datang daripada orang lain yang kemudiannya meminta saya tuliskan di blog ini.

Berkenaan apa yang dikatakan oleh Ketua Penerangan Umno Selangor di Sinar Harian hari ini saya tidak mahu mengulasnya. Pembaca boleh menilai sendiri,biar pun dia tukar dari 5'055'400 kepada 5 juta dan daripada 25 sen kepada 26 sen. Ya, kita pun faham dia sebagai seorang yang ada jawatan sudah tentulah jatuh standardnya jika dia membuat kenyataan media merujuk kepada blog cabuk.

Cuma saya nak beritahu, apa yang dikatakan oleh rakan-rakan blogger dalam artikel ini atau komen-komennya pada saya ada asasnya. Umno tidak mengiktiraf blogger, tetapi mereka pakai bahan-bahan yang ada dalam blog. Sudahlah pakai secara percuma, kemudian tidak beri kredit pula. Bukan intan berlian yang diminta, cuma iktiraflah sikit hasil usaha orang lain yang bersusah payah.

Cerita tentang orang guna nama blogger untuk kepentingan mereka sudah lama saya dengar dan baru-baru ini kejadian berlaku di depan mata saya sendiri. Saya akan dedahkan selepas ini.

9 comments:

YANG GAMBI said...

Salam RBF, biasalah tu... apa yang diterima oleh bloggger-blogger terkenal macam tuan.... apatah lagi kalau blogger-blogger jalanan seperti kami...

Farihan said...

dedah bro jgn tak dedah!

agbr47 said...

Kita dah berubah. Yang belum pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Kita lebih kuat berkempen dari mereka. Mereka hanya berkempen di kalangan majlis dan kelompok mereka. Kumpulan ini tak perlu di kempen lagi. Kena berkempen di luar kotak. Ada tukang boo yang tengah tunggu. Baru tau kekuatan yang sebenar.

agbr47:RBF, ada yang sokong tak kurang yang booo....

Semut Hitam said...

Biasa la bro.
Diorang ni mana ada masa nak buat kira - kira, nak kaji itu ini.
Pakai je apa ada depan mata. Tu sebab mudah sangat kalahnya.
Report depan mata main sebat je ambik jadi hak dia.
Bukan dia nak kaji dulu ke apa ke.
Kot kalau kita menipu dalam blog ni ni pun dia pakai jugak. Lepas tu bila orang kata dia buat statemen salah, kita jugak yang kena.

fikir - fikirkan lah.

Sports said...

Salam RBF;

Itulah beza antara perjuangan kerana negara tercinta dan perjuangan utk kepentingan peribadi... jelas yg saya nampak byk blogger berjuang utk negara tercinta...

Teruskan perjuangan anda semua.. pasti anak bangsa akan bangga di masa depan!!!

Abu Garcia said...

Inilah masalahnya dengan UMNO. Pemimpin yang ada tidak cukup kreatif menangani isu. Puak-puak pembangkang faham situasi ini menyebabkan mereka mudah sekali mencipta isu yang tentu sekali sukar dihadapi UMNO. Mungkin kesilapan lampau UMNO adalah mengenepikan golongan siswazah yang cuba-cuba menceburi bidang politik. Mereka lebih dilihat sebagai ancaman lebih daripada sebagai pemimpin yang berpotensi. Jadi bila ada pertandingan merebut jawatan, maka sebahagian besar daripada golongan intelek ini akan tewas dan tercicir terus daripada UMNO. Insiden-insiden sebegini kerap kali berlaku di cawangan-cawangan pinggir bandar dan luar bandar.

Sekarang, siapa yang rugi?

Anonymous said...

Umno skrg lbh mementingkan puak2 mrk yg ade kuasa. Sepatutnya setiap wakil rakyat hanya boleh pegang jawatan paling lama pun tiga penggal. Kakitgn kjaan pun ade bersara wajib...bila pegang jawatan spai tua, idea dh lapuk, strategi pun dh ikut sama ketinggalan...br skrg gol profesional ingin d dekati ttp semua dh terlambat..turunkan pemimpin yg dh lama tu mcm YB Noh Omar, ini tidak lagi lama lg byk jawatan yg hendak d pungut...tok khalifah

Anonymous said...

Umno skrg lbh mementingkan puak2 mrk yg ade kuasa. Sepatutnya setiap wakil rakyat hanya boleh pegang jawatan paling lama pun tiga penggal. Kakitgn kjaan pun ade bersara wajib...bila pegang jawatan spai tua, idea dh lapuk, strategi pun dh ikut sama ketinggalan...br skrg gol profesional ingin d dekati ttp semua dh terlambat..turunkan pemimpin yg dh lama tu mcm YB Noh Omar, ini tidak lagi lama lg byk jawatan yg hendak d pungut...tok khalifah

Anonymous said...

Umno skrg lbh mementingkan puak2 mrk yg ade kuasa. Sepatutnya setiap wakil rakyat hanya boleh pegang jawatan paling lama pun tiga penggal. Kakitgn kjaan pun ade bersara wajib...bila pegang jawatan spai tua, idea dh lapuk, strategi pun dh ikut sama ketinggalan...br skrg gol profesional ingin d dekati ttp semua dh terlambat..turunkan pemimpin yg dh lama tu mcm YB Noh Omar, ini tidak lagi lama lg byk jawatan yg hendak d pungut...tok khalifah