Wednesday, June 2, 2010

Subsidi Untuk Kita Rakyat Asing Turut Balun


Ada seorang pembaca menggunakan i.d anonymous menghantar komen kepada saya tentang subsidi untuk rakyat negara ini turut sama dinikmati oleh rakyat negara jiran kita. Terima kasih diucapkan kepada anon berkenaan. Memang saya pun berhajat untuk menyentuh perkara tersebut dalam isu ini .

Setiap kali isu subsidi timbul, maka minyaklah yang akan menjadi mangsa. Saya pun pelik kenapa kerajaan suka hendak ‘berperang’ dengan rakyat dalam isu minyak. Banyak lagi benda lain yang kerajaan boleh fikirkan selain dari minyak.

Jangan bermain api dengan minyak, kelak membakar diri.Kerana minyak macam-macam boleh terjadi. Minyak adalah ibu kepada segala-gala. Negara boleh berperang, rakyat boleh berbunuhan, barang boleh naik dan kerajaan pun boleh hancur. Perkara ini telah terbukti dalam pru 2008. Semuanya kerana minyak. Apakah kerajaan sekarang tidak ambil iktibar daripada apa yang pernah terjadi.

Tentang minyak negara kita yang murah disedut pula oleh rakyat negara jiran, ini pun satu penyakit juga. Sakit hati rasanya melihat mereka menyedut masuk duit subsidi untuk kita ke dalam tangki kereta mereka. Lebih sakit hati lagi bila melihat mereka goncang-goncang kereta supaya minyak masuk lebih.

Sehingga ke hari ini tiada tindakan bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh kerajaan untuk membendung perkara ini. Cuba anda semua bayangkan berapa banyak duit kita dikebas oleh rakyat negara jiran setiap hari di Johor Bharu, Rantau Panjang, Pengkalan Kubur, Bukit Bunga, Padang Besar,Bukit Kayu Hitam dan Pengkalan Hulu. Perkara inilah sepatutnya diberi perhatian serius oleh kerajaan , bukannya sibuk hendak mengurangkan subsidi untuk rakyat sendiri.

Antara yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah,

Setiap kenderaan negara jiran yang hendak masuk ke Malaysia diperiksa terlebih dahulu minyak kenderaan mereka. Jika kurang dari 80 % jangan benarkan mereka masuk. Jangan gunakan meter minyak di dalam kenderaan sebagai ukuran, kerana mereka boleh menipu, gunakan mesin pengimbas seperti yang digunakan oleh negara Singapura. Perkara ini tidak perlu di sempadan Singapura kerana mereka telah mengenakan peraturan yang sama kepada kenderaan mereka yang keluar dari Singapura.Di sempadan Thailand belum ada peraturan sedemikian.

Jangan benarkan kenderaan asing mengisi minyak di negara ini dalam lingkungan jarak 50 km dari sempadan. Ini kerana untuk jika sesebuah kenderaan yang mempunyai minyak 80 % dalam tangkinya cukup untuk perjalanan pergi dan balik ke negara asal bagi jarak 100 km.

Jika kenderaan tersebut mengisi minyak diluar lingkungan jarak 50 km, maka mereka perlu membayar harga tanpa subsidi. Sebelum isi minyak , mereka letak deposit bergantung kepada jenis kenderaan. Selepas isi , mereka perlu kembali ke kaunter dan peniaga pam stesen berkenaan melihat berapa liter jumlah yang diisi olehnya, kemudian darab denga harga tanpa subsidi. Maka jumlah itulah yang perlu dibayar oleh kenderaan asing.

Untuk mengelak penipuan oleh peniaga pam stesen maka mereka harus diberi untung yang lebih bagi minyak yang dijual tanpa subsidi berbanding dengan minyak bersubsidi.

Walau bagaimana pun penipuan tetap boleh berlaku. Segelintir rakyat Malaysia memang kreatif dalam bab menipu kerajaan. Contoh , satu tangki minyak bersubsidi RM 100.00, manakala minyak tanpa subsidi RM 130.00. Kemudian dia minta dengan orang yang beli minyak tanpa subsidi ‘lu bayar wa satu latus dua puluh ma, wa talak kasi goverment punya lesit sama lu ,lu ada untung lagi ma, cari makan ma, wa untung lu pun ala untung ma”. Ya lah, kalau dia keluarkan resit atau masuk rekod berkomputer mungkin dia dapat untung RM 5.00 sahaja kerana baki perlu dipulangkan kepada kerajaan. Kalau dia tak masuk rekod atau masukan dalam rekod jualan minyak bersubsidi dia dapat untung RM 20.00.

Di sinilah perlunya pemantauan oleh kerajaan. Pemantauan hendaklah dibuat sepanjang masa, bukannya secara berkala atau hangat-hangat tahi ayam. Jika dapat tangkap peniaga yang jual minyak kepada rakyat asing dengan harga subsidi, kenakan hukuman yang amat-amat berat kepada mereka. Hukuman denda tidak memadai, kenakan hukuman penjara dan tarik balik serta merta lesen mereka.

Dalam bab ini juga, kakitangan kerajaan yang buat kerja perlu jujur. Jangan pula gelap mata dengan sogokan jika ditawarkan. Jangan pula bila sudah nampak RM 50-60 ribu, mata mereka juga gelap dan akhirnya mereka bersekongkol dengan penjenayah minyak dan sampai bila pun masalah tidak selesai.

Bersambung....

Minggu ini saya nak bercerita pasal subsidi sahaja, kerana bimbang negara bangkrap.

Pssttt...kepada sesiapa yang kenal Datuk Ismail Sabri KPDNHEP ,tolong sampaikan kepada dia saya nak berjumpa dia kerana nak bincang pasal subsidi untuk rakyat. Beritahu sahaja dimana dan bila saya akan datang.

8 comments:

Zaharah said...

Nak tambah sikit berkenaan Orang Singapore ni.. kenapa bila rakyat malaysia pergi singapore langgar undang-undang kecil,kena saman kereta ke apa ke tak boleh keluar singapore kalau tak bayar saman dulu..
kenapa orang singapore dengan senangnya keluar masuk malaysia walaupun langgar undang-undang sana sini..

kerajaan bodoh ke? kenapa nak jaga sangat orang singapore tu??
aku seru supaya JPJ dan Polis salurkan maklumat saman ke Imigresen di SEMPADAN dimana kalau mereka ni tak bayar saman jangan benarkan mereka keluar dari malaysia.dan denda hendaklah 2 kali ganda daripada rakyat malaysia..

Anonymous said...

Tu tak masuk lagi yang seludup gula kat sempadan, kalau boleh tangkap dan dakwa, Mandatori Penjara 6 bulan kalau denda-denda ni diorang boleh bayar punya, yelah kalau denda 3 ribu, 10 hari kerja seludup pun dah balik modal.

kalau boleh guna tentera atur dekat sempadan 1KM = dua orang. jangan tentera Marah pulak ni kira time berperang juga dengan tentera semut..

kalau dapat tangkap 1 orang bagi bonus 10 ringgit. aku sure ramai tentera nak gi sana.

Wake UP! said...

Patutnya kalau di sempadan tu siapa nak isi minyak kena tunjuk IC. Kalau IC warganegara Singapura atau Thailand, jangan bagi subsidi. Tu cara paling mudah nak kira.

Abu Garcia said...

Aku dah hangat hati betoi bila kerajaan mula dok acah-acah nak tarik balik subsidi bebrapa barangan pengguna. Alasan yang Jala berikan adalah negara mungkin bangkrap menjelang 2016.

Tidakkah menteri-menteri yang bertanggungjawab ambilkira potensi perkembangan ekonomi atau peningkatan pendapatan rakyat pada masa itu. Tiadakah usaha yang mereka boleh lakukan untuk membantu rakyat mencapai tahap pendapatan tinggi.

Yang menjadi isunya sekarang adalah kenapa bila timbul isu subsidi, yang mereka nampak cuma gula, tepung, susu dan minyak. Semuanya begitu dekat di hati rakyat jelata. Bak isi dgn kuku, kolestrol dgn darah.

Kenapa kerajaan tidak pula mahu memansuhkan subsidi jutaan ringgit yang dinikmati industri atau korporat. Begitu banyak subsidi diberikan kepada IPP (Independent Power Producer), Kilang Simen, Kilang Besi, Industri Binaan dan begitu banyak lagi. Kenapa tidak ditamatkan sahaja subsidi mereka.

Tolonglah fikir lebih sikit. Pendekatan si Jala ni pun bukannya bijak sangat. Nak untungkan MAS, jual bangunan. Woi, akupun reti la kalau mcm tu!

johnlabu said...

salam..

bro hanya sentuh tentang minyak kereta subsidi, tapi bagaimana dengan keperluan harian seperti gula, tepung, dan barangan lain yang disubsidi oleh kerajaan. bayangkan hampir 2 juta pekerja asing beli barangan tersebut yang sepatutnya hanya dinikmati oleh rakyat tempatan. KPDNHEP tak nampak ke benda ni, kalau nak tarik balik subsidi, tarik balik dulu barangan yang disubsidikan ni pada pekerja asing.

ruang bicara faisal said...

wow, kebanyakan komen kali ini bernas-bernas. T.Kasih semua kpd rakyat yg sayangkan negara dan bimbang negara bangkrap.

kpd zaharah, saya setuju cadangan anda. jika perkara itu dikuatkuasakan tiada lagi masalah 'lambakan' saman yang tidak dibayar oleh kenderaan asing.

sistem kena kemas. apabila disaman sahaja maka polis atau jpj harus masukkan ke dlm rekod dgn segera, kerana bimbang mereka masuk balik ke negara mereka cepat2 sblm bayar saman.

Anonymous said...

mereka yang mengatakan negara akan muflis tahun 2019.., seperti mereka yang mengatakan negara akan kehabisan minyak pada 2030 ketika mempertahankan kenaikan harga minyak tempoh hari..,

kesiannya, rakyat Malaysia tidak akan sempat mencapai Wawasan 2020.

Adakah subsidi hanya dalam setahun dua ini sahaja kerajaan berikan.., rasanya subsidi sejak dahulu lagi..,kalau negara hendak muflis dari dulu lagi.

Anti Singapura said...

Salam RBF,

Saya rasa cadangan saudara mengenai pengawalan jualan minyak bersubsidi pd rakyat asing agak rumit.Susah nak di laksanakan.

Cadangan saya,sebaik mereka entry ke Malaysia,kenakan cukai secukupnya.Lagi tinggi,lagi bagus.Contoh 1 kereta nak masuk M'sia rm100 atau 1 org rm30.Kaw2 kite tekan.

Cara ini nmpk dungu tp percayalah,ia lebih mudah, berkesan dan menguntungkan.Lepas tu dieorg nak isi brape bnyk minyak pun isi lah.Nak minum minyak pun xpe.Subsidi sudah cover mase kat pintu masuk.

Cara ini dah digunakan oleh S'pore dengan pengunaaan kad mcm Touch N Go (lupe name kad tu.Penah wat 2 3 thn lps).Cas yg dikenakan ialah 8 dolar s'pore setiap kali kete Malaysia nak masuk.

Kite jgn takut ngan rakyat asing ni.XDE MAKNE NYE DIEORG NAK BOIKOT XNAK MASUK MALAYSIA.Hujan ribut taufan melanda pun dieorg akan masuk.Segalanye ade di M'sia.X percaye,tngk CIQ kat JB tu.Hari minggu 24jam sesak s'pork masuk.

Sekian.