Thursday, June 3, 2010

Apabila Subsidi Tinggi , Minyak Yang Jadi Mangsa

Hari ini saya sambung lagi bab subsidi. Jika semalam kita bercakap pasal subsidi minyak yang disedut oleh rakyat asing, hari ini saya nak bercakap pula pasal subsidi barangan keperluan harian yang turut sama dinikmati oleh mereka.

Setiap kali hujung minggu kita boleh lihat di pasaraya-pasaraya besar di Johor Bharu penuh sesak dengan rakyat Singapura yang datang membeli-belah. Begitu juga di sempadan Thailand.

Dalam banyak-banyak barang yang dibeli sudah tentu ada juga barangan yang diberi subsidi oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia turut dibeli oleh mereka.

Kita rasa gembira bila melihat rakyat asing membawa duit mereka dan berbelanja di negara kita. Duit mereka bertukar menjadi duit kita, ianya sangat-sangat bagus untuk ekonomi negara kita. Tetapi dalam masa yang sama duit subsidi kita juga mengalir keluar, walaupun ianya kecil. Yang kecil bila dihimpunkan boleh jadi besar.

Perkara ini juga harus diberi perhatian serius oleh kerajaan. Jangan hanya fikirkan nak tekan rakyat sendiri sahaja. Rakyat asing pun kena tekan juga. Kita bukan nak merampas hak mereka, kita hanya nak pertahankan hak kita.

Untuk melaksanakan sistem harga bersubsidi dan tanpa subsidi di pasaraya-pasaraya atau kedai runcit bukan perkara senang. Penipuan tetap boleh berlaku.

Cara terbaik ialah setiap rakyat asing yang ingin keluar dari Malaysia melalui sempadan Singapura atau Thailand diperiksa secara terperinci. Baik yang berjalan kaki atau yang menaiki kenderaan. Jika ada barang yang bersubsidi dibawa oleh mereka,maka mereka kena bayar subsidi yang yang ditanggung oleh kerajaan.

Contoh : Harga KY Jelly bersubsidi RM 10.00/paket. Tanpa subsidi RM 12.00/paket. Subsidi kerajaan RM 2.00/paket.

Mereka beli dipasaraya dengan harga bersubsidi iaitu RM 10.00/paket. Sebelum meninggalkan Malaysia iaitu di pos kawalan sempadan atau CIQ mereka perlu bayar subsidi yang ditanggung kerajaan iaitu RM 2.00/paket.

Jangan bagi peluang, walaupun sekecil-kecil subsidi pun mereka kena bayar. Tak kira ianya 40 sen, satu ringgit atau berapa sahaja, subsidi yang kerajaan tanggung mereka kena bayar. Ini kerana mereka tidak layak untuk menikmatinya. Undang-undang kena tegas, jangan kluk klek. Jangan hanya nampak mereka bawa satu paket gula , maka pihak berkuasa kita pun kata "ah..takpelah, satu paket saja, jalanlah". Sikap begitulah yang membuatkan mereka naik lemak.

Selama ini kebanyakan kita buat tak tahu sahaja apa yang dikaut pergi oleh rakyat asing. Kita terlalu banyak bertoleransi. Akhirnya rakyat sendiri yang jadi mangsa. Bila kerajaan tanggung subsidi banyak, maka mulalah nak kurangkan subsidi minyak. Bila subsidi minyak kurang, harga minyak naik maka semua barang naik.

Sekiranya benar-benar kerajaan ingin bertegas dalam soal ini, maka penguatkuasaan haruslah ditingkatkan. Saya ingin mencadangkan, untuk kakitangan penguatkuasaan yang berpangkat adalah lebih baik kerajaan berikan kepada kaum wanita. Ini kerana mereka tegas dalam melaksanakan tugas, pemeriksaan terperinci dan tidak mudah kelabu mata dengan rasuah.

Sebagai contoh kita boleh lihat kakitangan Kastam wanita. Kebanyakan kita yang baru balik dari luar negara dan membeli barangan bercukai untuk dibawa balik ke sini akan lari daripada lorong yang dijaga oleh Kastam wanita kerana bimbang akan dikenakan cukai. Mereka tegas dalam melaksanakan tugas, periksa terperinci, kira satu-satu dan kalau mereka kata bayar, maka kena bayarlah kita. Janganlah lagi nak buat lembik tengkuk atau merayu-rayu. Mereka tidak peduli semua itu.

Jika kakitangan lelaki, mereka periksa sambil lewa sahaja. Merayu-rayu sikit , lepas atau kurangkan jumlah bayaran. Selain daripada Kastam banyak lagilah agensi-agensi penguatkuasaan lain baik Imigresen, JPJ, LPKP dan sebagainya yang kakitangan wanita lebih tegas dari lelaki.

Bersambung....

7 comments:

johnlabu said...

salam brader,

menteri dan kementerian tidur agaknya, bayangkan subsidi yang dibawa kuar tu boleh menjimatkan subsidi yang diberikan oleh kerajaan. asal kuar muka dafi, mesti subsidi akan tarik balik, tak pernahnya fikir mekanisma yang berakal sikit.

spt komen saya semalam, kerajaan juga harus memikirkan kaedah dan mekanisma mengasingkan bukan rakyat malaysia menikmati subsidi yang diberikan oleh kerajaan. yang penting ada usaha kerajaan nak buat. hampir 2 juta orang luar kat malaysia ni, bayangkan berapa banyak subsidi yang dibalun oleh dia orang ni....

FAN said...

Bagus artikel rbf ni..walaupun tidak disokong dengan fakta atau angka tetapi tepat pada tajuk dan sasaran..cuma contoh KY jelly tu lawak la..memang ada subsidi ke hehe..untungnya bang nuar kita..

Anonymous said...

Sy sokong penulisan ini juga,

jika dilihat di Pasar Pandan, hampir setiap mlm kenderaan singapore akan memenuhi di kwsn terbabit, mereka bebas membeli barangan bersubsidi di pasaraya di Pasar Pandan.

kwn sy pernah bertanya, kenapa begitu ramai org singapore dtg ke situ, ini adalah barangan di situ murah dan 3-4 kali seminggu mereka akan dtg untuk berbelanja.. dan juga perjalanan dari singapore ke tempat tersebut tidak sampai sejam... itu belum termasuk pembelian minyak kereta sebelum mereka meninggalkan JB..

Anonymous said...

apa itu AUTOPASS???
mengapa kerajaan tidak boleh menggunakan teknologi yg sama untuk mengawal barangan bersubsidi kepada rakyat asing??
walaupun kite mempunyai IC pintar, TnG dan lain2 lagi tapi syg is tidak dimaksimumkan...

from boyesen...

Anonymous said...

aku sokong john labu tu, patut ada mekanisma asingkan pembelian minyak warganegara dan bukan warganegara. Sektor kesihatan pun banyak subsidi yg dibazirkan utk rakyat asing, kenapa tak wajibkan rakyat asing ambil insuran sebelum masuk negara kita, subsidi utk warganegara bukan utk rakyat asing. Satu lagi dok sebut subsidi tinggi tapi.. rajin gak kerajaan sedekah kat negara luar..... kalau bagi org miskin dlm negara pun ada gak paedahnya...

Anonymous said...

aku ni sebulan lebih kurang 15 kali ulang alik port klang - tanjung balai. sejak pm pegang kuasa kastam port klang bongkar semua beg, kotak, plastik org yang nk keluar malaysia. aku tgk beras, gula, minyak, tepung, apa sajalah yang ada label ....... bersubsidi oleh kerajaan malaysia, semua kastam rampas. sblm najib pegang kuasa kastam tak rampas!!!

Anonymous said...

Harga barang di Malaysia dgn Indonesia(RM3.60=Rp10 000).
Gula RM1.65,Rp7800; tepung gandum RM1.35,Rp7000; minyak sawit RM2.50,Rp8400; Beras, roti premium.
Harga besi utk kaki patah hospital kerajaan Malaysia,indonesia RM800,Rp5.5juta. Mendapat rawatan pesakit luar dan duduk wad kelas 3 Hospital kerajaan (RAKYAT MALYSIA RM1 UNTUK SEGALA2 PERKHIDMATAN KELAS PERTAMA) Warganegara asing RM60 pendaftaran rawatan pesakit luar. 50 xray, 60 untuk rawatan temujanji, duduk wab kelas 3 RM50 sehari, rawatan diwad RM10 sehari. belum lg pembedahan, ortopedik, blahhhhhhhhh. Tolongla PM hapuskan subsidi makanan terutama gula!!! Rakyat malaysia byk lemak subsidi sbb tu di wad hospital kuala terengganu penuh dgn pesakit kencing manis, stork!!!