Wednesday, June 9, 2010

Judi Bola : Jika Kerajaan Gagal, PAS dan PKR Juga Boleh Selesaikan

Saya ingin menyambung apa yang dikatakan oleh GAP dan juga Info Corner. Perkara ini boleh diselesaikan oleh PAS dan PKR sendiri jika mereka merasakan kerajaan gagal menyelesaikannya. Dalam masa satu jam boleh selesai jika mereka benar-benar ikhlas menentang judi bola.

Benar seperti yang dikatakan oleh rakan-rakan saya, Datuk Kamaruddin Jaafar (DKJ) ahli parlimen Tumpat dari PAS yang juga bekas setiausaha agung pas dan bendahari pas adalah kawan baik Vincent Tan.

Semasa di dalam UMNO semua kita tahu DKJ adalah kawan rapat Anwar. Manakala Anwar pula pada masa itu menteri kewangan mempunyai hubungan yang rapat dengan Vincent Tan. DKJ kemudiannya dibawa masuk ke dalam DIGI. Manakala DIGI pula berada di dalam Berjaya Group yang dimiliki oleh Vincent Tan.

Hubungan rapat antara DKJ, Anwar dan Vincent tidak boleh dinafikan. Anwar adalah insan madani yang bertanggungjawab meluluskan lesen judi slot kepada Vincent di Kelab Tropicana. Surat permohonan untuk mendapatkan lesen tersebut dibuat oleh Dato Danny Tan (adik Vincent Tan)dan dihantar kepada Anwar .

Semasa Anwar menteri kewangan, pantang Anwar 'batuk' sahaja Vincent pasti terus muncul depan mata. Anwar sebut sahaja nak apa semua dapat. Jet milik Berjaya sudah menjadi jet milik Anwar. Ke mana sahaja Anwar nak terbang, Vincent akan beri jet tersebut untuk digunakan oleh Anwar.

Azmin pun sama juga, dia juga rapat dengan adik Vincent iaitu Danny Tan. Pantang Azmin batuk sikit, Danny pasti sampai.

Jadi jika PAS dan PKR benar-benar ikhlas untuk menuntut judi bola dibatalkan walaupun kerajaan belum meluluskannya mereka boleh berunding dengan Vincent Tan.

PAS ada wakil melalui DKJ, manakala PKR juga ada wakil melalui Anwar , pergi berjumpa dengan Vincent dan minta dia batalkan hasratnya untuk mendapatkan lesen judi bola dari kerajaan.

Dalam masa satu jam perkara ini boleh selesai jika PKR dan PAS benar-benar ingin jadi hero dalam menentang judi bola. Cara begini lebih berkesan selain dari duduk melalak di tepi jalan.

Tetapi pada pandangan anda sanggupkah PAS dan PKR buat begitu ?

Anda semua kena ingat, judi dan Anwar juga tidak dapat dipisahkan. Jika beliau benar-benar menentang judi, dia boleh lakukan semasa dia menteri kewangan. Tetapi tidak, pada masa itu tauke-tauke judilah yang menjadi teman rapat Anwar. Bukan setakat teman rapat malah bertindak juga sebagai bapa ayam kepada Anwar untuk 'supply' lubang depan dan lubang belakang.

Tak percaya, sila tanya Nalla. Tanya dia berapa banyak lubang yang dia pernah 'supply' kepada Anwar. Bukan setakat lubang sahaja malah duit sekali. UMNO Bahagian Permatang Pauh pada zaman Anwar boleh dikatakan hidup dengan duit magnum yang dibekalkan oleh Nalla.

Bukan setakat itu sahaja, Nalla juga bertanggungjawab membekal elaun bulanan atas arahan Anwar menggunakan wang magnum kepada puluhan ketua-ketua bahagian UMNO yang menjadi penyokong kuatnya.

Benar seperti yang dikatakan oleh rakan-rakan saya , bangunan Institut Kajian Dasar yang terletak di Bangsar juga dibeli menggunakan duit magnum.

Anwar sudah lama bergelumang dengan judi. Dia lebih arif dan tahu selok beloknya. Jadi sekarang adalah lebih afdal PAS meminta 'bos' mereka pergi menyelesaikan masalah tersebut dengan Vincent Tan kerana mereka adalah kawan baik yang sudah lama.

4 comments:

Wake UP! said...

Anwar Ibrahim yang menjadi ejen Israel akan buat apa sahaja untuk jadi PM. Sebab itu dia sanggup wujudkan jawatan TPM 2 kalau PR berkuasa kelak.

Forced to stop proceeding to Gaza.

Anonymous said...

Sebenarnya Anwar boleh selesaikan masaalah liwatnya dengan hanya bersumpah di masjid dan pasti kes liwatnya akan selesai.

1.Dia tak perlu tangguh dan tangguh perbicaraannya.

2.Dia tak perlu membelanjakan wang yang begitu besar untuk membayar peguam bela yang begitu ramai.

3.Dia tak perlu pening kepala untuk memikirkan apa lagi nak dibohong.

Tetapi teman tahu dia tak kan berani. Kerana apa? Dia tahu, Saiful tahu dan Allah tahu apa yang dia telah lakukannya. Dia takut kerana salah.

MR. Z said...

Anwar hidup mewah kerana bergelumang dgn duit judi Magnum 4 Nombor Ekor yg di supply oleh dato' nala. 60 juta beb! bukan sikit mengikut laporan. Itu duit haram sebab itu hidupnya sering ditimpa musibah lepas satu, satu dan saya percaya hidupnya tak pernah temteram dan diajaknya rakyat ikut sptnya supaya negara hura-hara jadinya. Tapi satu hari nanti beliau pasti akan menerima balasan ALLAH SWT. atas segala perbuatan dan penipuan beliau sekeluarga.

azman said...

Assalamualaikum rbf

Memang betul la..sape yang buat dosa dia yang akan menjawabnya di dalam kubur dan di padang mahsyar kelak.Yang susahnya kita semua ni..dah la kat dunia ni tak kaya mcm dia,kat akhirat pulak susah jugak sebab banyak sangat mengumpat keji dia.Kalau nak masuk syurga pon kena masuk neraka dlu sebab dia garenti tak akan maafkan kita punya. hehehehehehehe

mengumpat salah tak mengumpat lagi salah.