Thursday, June 3, 2010

Kerajaan Suka Beri Yang Rakyat Tidak Minta


Daripada dulu lagi saya perhatikan, kerajaan suka beri kepada rakyat perkara yang rakyat tidak minta. Perkara yang rakyat minta mereka sukar untuk berikan. Sebaliknya bila tokey padang golf minta mansuhkan cukai buggy mereka beri, rakyat minta minyak dan tol murah dia tak beri.

Rakyat tak minta cukai jalan motosikal dihapuskan, tetapi kerana kerajaan 'murah hati' maka dia beri. Berapa kerajaan rugi setahun ?

Rakyat tak minta cukai jalan motokar dikurangkan setakat RM 30-40 setahun. Benda setahun sekali rakyat boleh bayar. Berapa kerajaan rugi setahun ? Sekarang kalau nak naik balik, mampus kena maki dengan rakyat.

Rakyat tak minta duit minyak RM 625 setahun yang diberikan oleh Dollah semasa minyak naik dulu. Berapa kerajaan keluar duit untuk setahun tersebut ?

Rakyat tak minta harga paspot antarabangsa dikurangkan dari RM 300 untuk 5 tahun kepada RM 100 untuk 2 tahun. Dulu RM 300 boleh pakai 5 tahun, sekarang RM 300 (3 paspot) boleh pakai 6 tahun. Cerdik kan kerajaan ? Paspot sama, kualiti sama cuma tempoh sah sahaja berbeza maka kerajaan rugi RM 200 untuk hanya tempoh sah yang tidak perlu keluarkan modal apa-apa.

Orang yang nak pergi keluar negara, umrah atau haji adalah orang yang ada duit. Maka sudah tentulah mereka mampu untuk buat paspot RM 300.00. Sekarang, rata-rata orang yang pergi ke pejabat Imigresen untuk buat paspot semuanya nak buat yang harga RM 100.00. Saya cabar KDN nyatakan berapa kutipan Imigresen sehari semenjak paspot RM 100 diperkenalkan dan sebelum diperkenalkan. Jika ianya menunjukan peningkatan, saya berani berlari empat hari empat malam mengelilingi Dataran Merdeka.

Mungkin ada orang yang kata RBF ni gila ke nak berlari empat hari empat malam ? Saya tidak gila, saya berani berjanji benda gila kerana saya yakin 100 % yang saya tidak mungkin perlu melaksanakan janji saya. Ini kerana saya yakin Jabatan Imigresen mengalami penyusutan pendapatan semenjak paspot yang berharga RM 100 diperkenalkan. Ini bermakna hasil kerajaan sudah kurang. Bila hasil kurang mulalah nak tekan rakyat untuk naikan harga minyak.
Yang rakyat tak minta mereka beri, yang rakyat minta mereka buat tak tahu. Sudah lama rakyat merana kerana harga minyak dan harga tol, yang ini bila kerajaan nak tolong selesaikan ? Benda ini rakyat bayar hari-hari bukannya setahun sekali. Yang bayar setiap hari itulah yang kita terasa, yang setahun sekali kira boleh lah tahan sikit.

Kehidupan rakyat Malaysia betul-betul merana apabila Dollah menjadi PM. Habis jahanam, berpusing 360 darjah. Dulu sekali pergi pasar bawa RM 50.00 masih ada baki lagi, sekarang bawa RM 50.00 tak cukup.

Sambung lain kali lah, saya kalau sebut nama Dollah hati mula terasa panas. Kalau diteruskan juga bimbang sekejap lagi pelbagai maki hamun yang saya keluarkan disini.

3 comments:

Abu Garcia said...

Tolong jangan sebut nama Dollah ... nanti blood pressure aku naik ... bagi aku zaman dollah adalah zaman kegelapan malaysia.

Anonymous said...

Salam bro,
Hahaha, kena lari pusing dataran merdeka la ko..abg aku kerja sebagai accountant kat jabatan imigresen. Aku tanya dia semenjak ada passport RM100 ni, keuntungan jabatan meningkat lagi dari dulu..pasal apa? Sebab tempoh sah laku dia even tho 2 thn, tapi tak boleh carry forward, then 6 bln before expiry date, dah tak boleh pakai, so bertambah lagi la org nak kena renew passport je..hahah lari pusing tu yer, jgn tak lari. Nanti aku mintak dia bagikan details..

Anonymous said...

Sakit hari aku bila pikir baca pasal subisidi nih.. elok2 aku nak ngundi lagi PRU13.. rasanya baik aku simpan aje undi aku untuk akademi fantasia ke.. mentor ke.. patut nya Tun M ambik balik le position PM tuh..