Thursday, June 3, 2010

Negara Bakal Bangkrap, Wang Rakyat Dibazirkan RM 300-500 Juta



Bacalah !

Lihatlah !

Fikirlah !

Bagaimana negara tak bangkrap kalau begini caranya ?

Sana 500 juta, sini 300 juta, situ 900 juta, sana lagi, sini lagi, situ lagi. Campur kesemuanya entah berapa puluh bilion, akhirnya negara bangkrap dan rakyat yang akan disalahkan kerana terlalu banyak dapat subsidi.

Sumber berita diatas adalah dari Utusan Malaysia hari ini.

9 comments:

Anonymous said...

Nampak gaya payahlah UMNO/BN nak menang PRU akan datang.

Kami rakyat nak tengok setakat mana kemampuan kerajaan. Kalau semakin hari, semakin terlondeh jangan salahkan kami kalau kami memangkah pihak satu lagi.

Kami rakyat marhean takde pilihan, selain BN kami kena pilih PR untuk menjaga kebajikan kami. Kalau BN tak mampu nak urus ekonomi dengan baik, dan selalu terlibat dalam pembaziran sebagaimana dilaporakan dalam artikel ini. BN bersedialah untuk menjadi pembangkang di negara ini.

Pendek kata kepada BN/UMNO yang saya cukup sayang, bersedialah ikut jejak langkah parti LDP di Jepun yang tersungkur selepas memerintah 50 tahun.

Pembaziran dilakukan oleh mereka yang kononnya bijak pasal ekonomi dan pelaburan, rakyat disalahkan sebab terlalu banyak subsidi.

Memang UMNO/BN ni dah tak mampu nak berubah dah RBF.

-MR.PUAKA-

Abu Garcia said...

Inilah yang menjadi dilema kita bila setiap kali pilihanraya. Bila menang, lupa diri pulak. Jangan lantik menteri yang tak berwibawa.

Dalam kes terbaru EMU ni, kontrak ni patut dibatalkan dan SPRM wajar bertindak untuk siasat sama ada menteri atau orang kementerian atau jabatan keretapi turut terlibat.

Anonymous said...

UMNO bagus... Kalau tak bagus takkan negara kita boleh jadi aman dan damai serta dihormati oleh banyak negara Islam? Orang yang dalam UMNO je yang sesetengahnya tak ikhlas, kumpul kekayaan. Contohnya macam KJ tuu...

Anonymous said...

Salam Mr. RBF,

Mr. Puaka, itulah gunanya akhbar, untuk memberitahu rakyat. Bende alah tu lum beli lagi. Masih ader ruang untuk rakyat melahirkan ketidaksetujuan. Bukan mengeluh, pastu undi pakatan haram. Saya tahu, anda dari pakatan haram. Cara anda ini adalah reverse psikologi. hehehehe.... mudah sgt kecewa...

Syabas pada RBF yang terus memperjuangkan rakyat.

-Melayu Bangkit!!!-

Anonymous said...

Salam Melayu Bangkit,

Saya tidak berdaftar dengan mana-mana parti. Jadi ada baiknya jangan buat tuduhan melulu begitu terhadap saya.

Adakah salah saya cuba gertak pemimpin kita agar buka sedikit mata terima suara rakyat?

Takkan tegur sikit cakap saya dari pakatan haram? Apa la pendek sangat pemikiran saudara ni.

Kalau rakyat tk tegur pemimpin siapa lagi? nak harapkan KJ? sibuk nak jadi menteri ada la. Hahaha


-MR.PUAKA-

Anonymous said...

baiklah ada SUBSIDI camni... Amin...

Anonymous said...

Salam Mr. Puaka,

hahahaha... bagus-bagus... ada respons rupanya. Baru best...

Mohon maaf corak ice breaking saya yang terlalu direct. Apapun, itu lah tugas kita, devil's advocate. Sokong tetap sokong, tapi klu salah .. siap!!!

-Melayu Bangkit!!!-

Anonymous said...

Salam bro Melayu Bangkit,

Tak perlu di minta maaf, saya ok jer. Kita di pihak yang sama, dimana inginkan kemenangan besar berpihak kepada kita.

Tapi macam mana kita nak menang bro, kalau pemimpin atasan kita ni taknak dan tak mau berubah.

Negara amerika nun ada subsidi tak rugi pun, subsidi jagung kat amerika nun USD75 billion dari tahun 2007-2009 kalau tak silap saya. Jadi janganlah nak babitkan subsidi yang diberi kepada rakyat macam kita ni jadikan alasan negara akan bangkrap.

Negara akan bangkrap kalau ada pembaziran yang dilakukan oleh pemimpin macam dalam artikel tu. Tu mujur tk jadik beli lagi, kalau beli beratus juta rakyat kita rugi. Dari jumlah tu baiklah bagi kepada rakyat miskin.

UMNO/BN tolonglah berubah demi memastikan kemenangan berpihak kpd kita di PRU akan datang.

Saya taknak merayu dengan pemimpin supaya mereka berubah, tapi mereka kena ingat kuasa di tangan kami rakyat marhaen.

-MR.PUAKA-

Anonymous said...

Salam Mr. Puaka,

Boleh bankrupt klu gagal imbangkan subsidy dan investment yang masuk. Mgkin kerajaan patut cari satu jalan yang mana subsidi berdasarkan kemampuan. Takkan orang kaya dapat subsidi cam sama cam kita rakyat marhaen ni kan... Dan yang penting, wang rakyat takleh masyukkk poket sendiri.

Saya tgh bersemangat nak shoot at the right spot; Ketua Pemuda UMNO Selangor... misi kita nak tawan kembali, selangor bangkit la apa lar.... tapi org yg sepatutnya memimpin jadi penikus, menghancurkan umat melayu. Pemuda layu.

Apapun, salam perjuangan marhaen dihulur kepada sdr mr. puaka...

-Melayu Bangkit!!!-