Wednesday, June 2, 2010

Negara Bangkrap ! Apa Barang ? Berapa Subsidinya ?

Pertama sekali, saya ingin meminta maaf kerana tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini selama tiga hari. Bermula jumaat lepas hinggalah ke semalam (isnin) saya berada di selatan tanahair iaitu di Johor dan kemudiannya ke Melaka. Urusan kerja sambil berjumpa rakan-rakan lama serta rakan-rakan politik.

Menulis blog jika bukan di meja rasminya idea tak datang. Kena berada di meja rasminya. Saya sampai di rumah malam tadi, berehat bersama keluarga dan sekarang jam 6.45 pagi saya sudah memulakan 'tugas' di meja rasmi rbf.

Rombakan kabinet telah dilakukan semalam. Ahh....kita tidak perlu berbicara pasal itu, tiada apa yang menarik kecuali satu perkara yang pelik, iaitu Timbalan Presiden MIC dilantik sebagai Timbalan Menteri, manakala Naib Presiden MIC kekal sebagai Menteri. Lupakan yang itu.

Saya ingin mengajak anda semua berbicara pasal negara bakal bankrap serta subsidi yang tinggi ditanggung oleh kerajaan.

Minggu lepas seorang menteri mengatakan yang negara kita akan bangkrap pada 2019 jika kerajaan terus menanggung subsidi yang tinggi. Bab itu saya tidak perlu tulis panjang lebar, kerana saya punya pendapat sama sepertimana yang dikatakan oleh rakan saya disini.

Sebagai rakyat peranan kita sama seperti juruaudit. Kita boleh bertanya kepada kerajaan ke mana wang negara pergi dan berapa banyak subsidi yang dikeluarkan serta barang apa yang rakyat dapat subsidi.

Saya sendiri pun sehingga ke hari ini tidak tahu banyak apa bendanya barang yang diberikan subsidi oleh kerajaan. Yang saya tahu petrol, gula, beras, gas memasak dan minyak masak. Itu sahaja yang saya tahu.

Kebanyakan rakyat pun tidak tahu juga berapa banyak subsidi yang diberikan oleh kerajaan untuk sesuatu barangan melainkan harga petrol sahaja.

Bagaimana rakyat nak tahu kalau setiap kali pak menteri keluar tv mereka hanya sebut "kerajaan tanggung subsidi gula sebanyak 5 bilion untuk tahun ini" kemudian pula "kerajaaan tanggung subsidi beras 10 bilion untuk tahun ini".

Rakyat bawahan yang seperti saya ini bukannya tahu apa itu bilion-bilion. Jauh sama sekali lagi kami nak faham ayat-ayat ekonomi yang disebut oleh Menteri Kewangan setiap kali pembentangan belanjawan negara. Ianya hanya difahami oleh golongan atasan sahaja. Golongan atasan ialah orang yang ada duit, mereka ini tidak kisah gula berapa harga sekati dan beras berapa harga secupak, kerana mereka ada duit. Yang terasa ialah rakyat bawahan.

Sehingga kini kerajaan tidak pernah mengeluarkan secara terperinci apa barangan yang disubsidikan serta berapa subsidi yang diberikan oleh kerajaan untuk setiap barangan yang dibeli oleh rakyat kecuali harga petrol. Kerajaan boleh perhabiskan duit untuk iklan-iklan benda lain dalam suratkhabar atau tv. Tetapi mengapa kerajaan tidak boleh keluarkan iklan seperti contoh di bawah ini.

Selain untuk rakyat tahu senarai barangan yang ada subsidi, rakyat juga boleh tahu berapa subsidi yang dinikmati oleh mereka untuk setiap barangan yang mereka beli. Perkara ini juga boleh menyedarkan rakyat bahawa selama ini kerajaan ada memberi subsidi kepada mereka. Apabila rakyat sedar barulah mereka menghargai kerajaan dan mereka tahu bahawa selama ini kerajaan menolong mereka. You help me, i help you.

Bersambung...

8 comments:

umnotrosor said...

sokong rbf... kalo cam gini ler gaya nyer... jangan harap rakyat nak menyokong kepimpinan tok jib.. hancurler umno kalo cmni...

Anonymous said...

Apa pasat itu KY Jelly satu unit saja sebulah..

Sapa itu lakyat yg pakai itu balang?

Wa lasa wa tau itu 'lakyat' yg pakai itu jelly..

Lu tau juga kan?

Lim Tat

Anonymous said...

Bro saya ingat sakit,alhamdulilah rupa nya busy.org spore setuju bahwa subsidi ini perlu di tarik seperti menarik rambut di tepong. tepong tak roboh rambut ta putus. yg mengatakan malaysia bakal bengkrap org ni org teknokrat dan org begini melihat hanya dari sudut business.Fikiran dia jauh. di spore ada menteri fikiran nya serupa org ini.Bro Goh chok tong tidak pandai berpidato tapi idea dia ada baik nya di ambik kira. Subsidi yg wajib di tiadakan adalah utk orang spore dan thailand.apa2 yg krjaan beri subsidi utk org malaysia org spore dan thailand mesti bayar penuh.salam bro.

Wake UP! said...

Tarik balik saja subsidi. Dah rakyat Malaysia sebelum ni pun tak pernah berterima kasih dan menghargai bantuan kerajaan.

Apostate and tithe.

Anonymous said...

Betul saudara rbf, kerajaan patut nyatakan apa barang yg di subsidikan untuk pengetahuan semua rakyat n puak membannngkaaaaang aja, piss... ky jelly pun disubsidi ke?? tentu PKR simpan banyak stok.

Jalak Lenteng said...

salam bro rbf..

Kerajaan mudah cakap bahawa semua ada subsidi. Pendek kata, mula bangun tido lepas tu keluar rumah sampai nak tido semula, semua yg kita guna ada subsidi dari kerajaan.

Kita akui kerajaan membantu membayar apa yg jadi keperluan rakyat. Cuma kita confuse bila kerajaan cakap bagi subsidi tapi jumlahnya tak tau berapa..

Secara mudahnya, katakanlah mula bangun tido kita terus ke bilik air dan mandi.
Okey..air itu subsidi tapi jumlahnya berapa? Lepas tu sarapan..masak sarapan guna gas subsidi gas berapa? begitulah seterusnya bersambung dgn aktiviti harian lain yg mana ada aktiviti makan, minum, pengangkutan, pelajaran & bagai2 perkhidmatan lain...namun, subsidinya tak berapa jelas jumlahnya dlm seharian hidup kita?

Yg pasti, dlm masa sama kita bayar juga, barang & perkhidmatan tu..bukan dpt free je..!

Jadi, saya setuju benarlah pandangan RBF agar kerajaan tunjukkan kpd rakyat details setiap barangan dan perkhidmatan sehari-hari yg dikatakan ditanggung subsidi oleh kerajaan tu. Semoga dgn penerangan lengkap itu, ianya dpt mendidik rakyat utk berjimat cermat di samping membantu memakmurkan negara.

Cuma, kerajaan kenalah telus dlm perbelanjaan wang negara. Jgnlah pulak, tiap-tiap hari rakyat dihidangkan dgn berita ; ada pegawai kerajaan kena cekup rasuah sana rasuah sini. Ataupun ada anak syarikat kerajaan berniaga tapi rugi ratus2 juta. Kalau mcmtu nampak sgt kerajaan ni tak pandai mengurus dan mentadbir...jadi jgnlah mendungukan rakyat yg tiap-tiap hari makan hati asyik bersabar je!

Anonymous said...

Kerajaan perlu untuk melihat siapa yg dpt subsidi tersebut? Adakah hanya rakyat Malaysia sahaja yg memperolehi subsidi? Kenapa perlu diberikan kepada rakyat asing?? Walhal jika mereka memandu kenderaan ke Malaysia, adakah mereka semua membayar cukai jalan?? Dari sini kite nmpk rakyat asing lebih dimanjakan dari rakyat sendiri…. Mereka dgn senang lenang menyusuri jalan raya dengna titik peluh rakyat yg telah membayar cukai setiap tahun… RBF perlu highlight isu ini kepada Datuk Ismail Sabri KPDNHEP…

Anonymous said...

All out secara purata katakan 25j rakyat belanja RM10 sehari barangan bersubsidi.
25juta X 10 X 365 = rm 91 billion
Rm 10 ini lah merangkumi kos kesihatan, kebajikan, pendidikan dan biasiswa, petrol, gas memasak, gas dan elektrik, tol, penerbangan pedalaman, kereta api, minyak masak, gula, tepung, beras, makanan laut dsbg.